RSS Feeds

Translate


6.06.2013

Permasalahan Menghukum Hidayat dan Sesat

huruf pertama Cetak Halaman



MANHAJ ASWJ DALAM HIDAYAH DAN DALALAH:

Dr Fadlan Mohd Othman

Student Affairs Division
Al-Madinah International University
(Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam UKM)



1-      Manhaj ASWJ berlandaskan tiga dasar sahaja iaitu:
a.       al-Quran al-Karim.
b.      Sunnah Rasulullah s.a.w. yang sah.
c.       Ijma‘ para Salaf yang dikepalai oleh para Sahabat r.a.

2-      Sifat ma’sum hanyalah untuk Nabi s.a.w. Mana-mana manusia selain Nabi s.a.w. terbuka kepada kesilapan. Kata-kata dan perbuatan mereka hendaklah dibentangkan kepada Tiga Dasar tadi.
قول الإمام مالك رحمه الله: " كل يؤخذ من قوله ويرد إلا صاحب هذا القبر، ويشير إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم ".

3-      Tidak boleh sekali-kali diletakkan seorang tokoh untuk dijadikan kayu pengukur terhadap hidayah atau kesesatan; di mana orang yang menyetujuinya adalah benar dan orang yang menyalahinya adalah sesat kerana tokoh itu tidak ma’sum, jadi bagaimana mungkin beliau dijadikan pengukur untuk ketepatan atau kesilapan.

4-      Tidak boleh sekali-kali diletakkan ijtihad atau pendapat seorang tokoh untuk dijadikan satu dasar dalam al-wala’ dan al-bara’.
قال شيخ الإسلام ابن تيمية (728هـ) رحمه الله: " وليس لأحد أن ينصب للأمة شخصاً يدعو إلى طريقته، ويوالي ويعادي عليها غير النبي صلى الله عليه وسلم، ولا ينصب لهم كلاماً يوالي عليه ويعادي غير كلام الله ورسوله وما اجتمعت عليه الأمة، بل هذا من فعل أهل البدع الذين ينصبون لهم شخصاً أو كلاماً يفرقون به بين الأمة، يوالون به على ذلك الكلام أو تلك النسبة ويعادون ". (20/164)

5-      Tidak boleh dididik para penuntut ilmu agar berkelompok dan fanatik terhadap seorang tokoh walau bagaimana tinggi sekali ilmunya. Ketaatan yang mutlak untuk makhluk hanyalah untuk Rasulullah s.a.w. Sebaliknya, adalah wajib dididik para penuntut ilmu agar mempunyai konsep cinta dan benci kerana Allah Ta’ala tanpa melihat kadar kesesuaiannya dengan seseorang tokoh.
قال شيخ الإسلام ابن تيمية (728هـ) رحمه الله: " فإذا كان المعلم أو الأستاذ قد أمر بهجر شخص أو بإهداره وإسقاطه وإبعاده ونحو ذلك نظر فيه: فإن كان قد فعل ذنباً شرعياً عوقب بقدر ذنبه بلا زيادة، وإن لم يكن أذنب ذنباً شرعياً لم يجز أن يعاقب بشيء لأجل غرض المعلم أو غيره.
وليس للمعلمين أن يحزبوا الناس ويفعلوا ما يلقي بينهم العداوة والبغضاء، بل يكونون مثل الإخوة المتعاونين على البر والتقوى، كما قال الله تعالى: (( وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ )) " (28/15-16)

6-      Tidak semestinya orang yang menyalahi seseorang tokoh itu menjadi sesat dan keluar daripada daerah al-Sunnah. Perkara ini mestilah dinyatakan dengan terperinci seperti berikut:
a.       Jika dia menyalahi seseorang tokoh kerana tokoh itu amat kuat berpegang dengan al-Sunnah dan Ijma‘ Salaf, maka dia adalah ahli bid’ah yang sesat.
b.      Jika dia menyalahi seseorang tokoh kerana ketidaktepatan ijtihadnya atau cemburu atau hasad atau salah faham, maka dia bukanlah ahli bid’ah dan bukan sesat.

7-      Bukan semua orang yang memuji ahli bid’ah menjadi ahli bi’ah. Perkara ini juga dapat dinyatakan secara terperinci seperti berikut:
a.       Sekiranya dia memuji ahli bid’ah itu dalam bid’ahnya dan kesesatannya, maka dia juga ahli bid’ah yang sesat.
b.      Sekiranya dia dikenali sebagai pendokong al-Sunnah lalu dia memuji ahli bid’ah itu dalam perkara lain yang bukan bid’ah dan kesesatan, atau bersangka baik kepadanya, atau tidak jelas kepadanya kesesatan ahli bid’ah itu, maka dia bukan ahli bid’ah dan bukan sesat.

8-      Wajib dijadikan dasar dakwah di Malaysia dan di mana-mana sahaja berlandaskan konsep Cinta dan Benci kerana Allah Ta’ala dan bukannya kerana seseorang tokoh atau mazhab atau warna kulit atau apa-apa jua sekalipun.

9-      Sesiapa yang berada di atas dasar-dasar ASWJ dengan mengagungkan dan mendahulukan al-Quran dan al-Sunnah serta Ijma‘ al-Salaf al-Salih, kemudian tanpa niat jahat dia tersilap dalam beberapa persoalan, maka tidaklah boleh dia dikira keluar daripada ASWJ atau dihukum sebagai ahli bid’ah atau dihukum sesat.
وقال شيخ الإسلام ابن تيميه (728هـ) رحمه الله: " ومما ينبغي أن يعرف أن الطوائف المنتسبة إلى متبوعين في أصول الدين والكلام على درجات، منهم من يكون قد خالف السنة في أصول عظيمة، ومن من يكون إنما خالف السنة في أمور دقيقة.
ومن يكون قد رد على غيره من الطوائف الذين هم أبعد عن السنة منه، فيكون محموداً فيما رده من الباطل وقاله من الحق، لكن يكون قد جاوز العدل في رده بحيث جحد بعض الحق وقال بعض الباطل، فيكون قد رد بدعة كبيرة ببدعة أخف منها، ورد باطلاً بباطل أخف منه، وهذه حال أكثر أهل الكلام المنتسبين إلى السنة والجماعة.
ومثل هؤلاء إذا لم يجعلوا ما ابتدعوه قولاً يفارقون به جماعة المسلمين يوالون عليه ويعادون كان من نوع الخطأ، والله سبحانه وتعالى يغفر للمؤمنين خطأهم في مثل ذلك.
ولهذا وقع في مثل هذا كثيرٌ من سلف الأمة وأئمتها لهم مقالات قالوها باجتهاد وهي تخالف ما ثبت في الكتاب والسنة، بخلاف من والى موافقه وعادى مخالفه، وفرق بين جماعة المسلمين، وكفر وفسق مخالفه دون موافقه في مسائل الآراء والاجتهادات، واستحل قتال مخالفه دون موافقه، فهولاء من أهل التفرق والاختلافات ". مجموع الفتاوى (3/348-349) 

وقال الإمام الذهبي (748هـ) رحمه الله: " ثم إن الكبير من أئمة العلم إذا كثر صوابه، وعلم تحريه للحق، واتسع علمه، وظهر ذكاؤه، وعرف صلاحه، وورعه واتباعه، يغفر له زلله، ولا نضلله ونطرحه، وننسى محاسنه، نعم! ولا نقتدي به في بدعته وخطئه، ونرجو له التوبة من ذلك ". سير أعلام النبلاء (5/271)

10-  Perlu dibezakan antara menyanggah orang yang bersalahan dengan al-Sunnah (الرد على المخالفين) dengan bidasan dan hukuman bid’ah (التجريح والتبديع), di mana kewajipan kita ialah menyanggah dengan dalil orang yang bersalahan dengan al-Sunnah tidak kira setinggi mana ilmunya. Ini tidak bererti kita wajib membidas, menghukumnya bid’ah dan sesat kecuali jika dia menyalahi asas-asas ASWJ.

11-  ASWJ adalah manusia yang paling penyayang di kalangan umat manusia. ASWJ sangat berkeinginan agar semua orang, baik kafir mahupun muslim, berada di atas kebenaran dan al-Sunnah. ASWJ sekali-kali tidak membawa cita-cita untuk mengeluarkan orang daripada al-Sunnah apatah lagi menghumban mereka ke dalam neraka.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails