RSS Feeds

Translate

6.04.2013

Dakwah Melalui Media

huruf pertama Cetak Halaman



DAKWAH MELALUI MEDIA:
KEPERLUAN, PELUANG DAN CABARAN[1]

FADLAN BIN MOHD. OTHMAN

Student Affairs Division
Al-Madinah International University

(JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM)


Definisi operasi kajian:

Dakwah: 1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan; golongan – golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah, - songsang bp penyampaian atau penyebaran ajaran yg bertentangan dgn syariat-syariat  Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg kelihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah -.[2]
Melalui: 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang – lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian – titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah – titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan – radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya – peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada – beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes itu menjadi usang – masa.[3]
Media: alat atau perantara komunikasi (perhubungan); - am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; - cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); - elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat electron moden (spt radio, televisyen, dll); - massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpad orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am.[4]
Keperluan: 1. perihal perlu: - akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu – utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untk membeli – hidup utk keluarganya; - bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) – perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada – apa-apa hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.[5]
Peluang: kesempatan baik, ketika yg baik: kalau – ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal.[6]
Cabaran: ajakan (utk berlawan dsb); 3. Sesuatu (unsur, factor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn –.[7]



PENDAHULUAN

Menyeru kepada agama Allah Ta‘ala merupakan tanggungjawab Rasululullah r serta para pengikutnya. Seruan ini mestilah dilakukan di atas dasar basirah iaitu keterangan yang nyata;  berlandaskan fakta-fakta ilmiah yang jitu lagi padu khususnya yang bersumberkan wahyu Ilahi merangkumi al-Kitab dan al-Sunnah. Firman Allah Ta‘ala (Yusuf 12:108):

Maksudnya: Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

Dua sumber agong ini hendaklah dihayati dan diselami menggunakan kelengkapan yang menepati dan mengikuti kefahaman generasi perintis umat ini untuk mendapat keredaan Allah Ta‘ala. Firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:100):

Maksudnya: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

Rasulullah r juga telah mewajibkan ke atas semua pengikutnya agar menyampaikan apa sahaja ilmu wahyu yang tersemat di dada mereka, yang telah mereka kuasai, sudah tentu, walaupun ianya hanyalah sepotong ayat al-Quran al-Karim. Sabda Rasulullah r :
« بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ »[8].
Maksudnya: [Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Riwayatlah tentang Bani Israil tanpa keberatan. Sesiapa yang berbohong terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia sediakan tempatnya di dalam neraka].

Penyampaian ilmu hendaklah dilakukan sebaik mungkin dan seluas mungkin. Dalam apa sahaja situasi, tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan saluran yang paling efektif. Kita dapati Rasulullah r menggunakan pelbagai saluran, dalam usaha menyampaikan ilmu kepada sebanyak mungkin manusia yang menjadi sasaran dakwahnya. Terdapat beberapa contoh kesungguhan Rasulullah r  agar ajaran Islam sampai kepada semaksimum mungkin jumlah manusia. Antaranya:

1.      Solat di atas minbar:
عن سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِىَّ قال: "ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - صَلَّى عَلَيْهَا، وَكَبَّرَ وَهْوَ عَلَيْهَا ، ثُمَّ رَكَعَ وَهْوَ عَلَيْهَا ، ثُمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى فَسَجَدَ فِى أَصْلِ الْمِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ ، فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ « أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلاَتِى »"[9].
Maksudnya: Daripada Sahl bin Sa'd al-Sa'idi katanya, "Kemudian aku melihat Rasulullah r  solat di atas minbar itu, Baginda takbir di atasnya, ruku' di atasnya, kemudian Baginda mengundur ke belakang dan sujud di atas tanah. Kemudian Baginda mengulangi perbuatan itu. Apabila selesai, Baginda menghadap kepada orang ramai lalu berkata, [Wahai sekelian manusia, saya buat seperti ini supaya anda semua dapat mengikutiku dan mempelajari solatku]".

2.      Buka puasa di khalayak ramai:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ - رضى الله عنهما - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَرَجَ عَامَ الْفَتْحِ إِلَى مَكَّةَ فِى رَمَضَانَ فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الْغَمِيمِ فَصَامَ النَّاسُ ثُمَّ دَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ فَرَفَعَهُ حَتَّى نَظَرَ النَّاسُ إِلَيْهِ ثُمَّ شَرِبَ فَقِيلَ لَهُ بَعْدَ ذَلِكَ إِنَّ بَعْضَ النَّاسِ قَدْ صَامَ فَقَالَ « أُولَئِكَ الْعُصَاةُ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ ».[10]
Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah r  keluar pada tahun Pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadan lalu Baginda berpuasa sehingga tiba di Kura' al-Ghamim di mana orang semua berpuasa. Kemudian Baginda meminta seberkas air dan mengangkatnya sehingga dapat dilihat orang ramai lalu Baginda minum air itu. Tidak lama selepas itu, ada orang mengadu kepadanya bahawa masih ada orang yang terus berpuasa, lalu Baginda bersabda, [Mereka benar-benar ingkar, mereka benar-benar ingkar].

3.      Menyampaikan khutbah di atas minbar.

Semua contoh-contoh ini adalah merupakan manifestasi kesungguhan Rasulullah r menggunakan saluran dakwah paling efektif yang terdapat di zaman Baginda r sebaik mungkin agar dapat disampaikan mesej Islam kepada jumlah manusia semaksimum mungkin.

Menerokai zaman awal, saluran informasi didapati amat mudah dan naif. Penyampaian ilmu dilakukan antara lain dengan penyampaian secara langsung di mana ‘sumber’ memindahkan ilmu kepada ‘sasaran’. Jika sasaran ini berada berjauhan atau di perantaun, ‘sumber’ akan menurunkan ilmu kepada ‘wakil’ yang kemudiannya bertindak bergerak atau mengembara bagi tujuan pemindahan ilmu kepada ‘sasaran’. Perhatikan bagaimana proses ini mungkin mengambil masa berjam-jam, berhari-hari, berbulan-bulan bahkan mungkin juga bertahun-tahun! ‘Wakil’ di sini juga boleh menjadi dalam bentuk penulisan buku yang akan ditatap oleh ‘sasaran’ yang berminat.

Menyusuri peredaran zaman, setibanya di zaman kecanggihan teknologi maklumat, saluran informasi didapati kian canggih. Penyampaian secara langsung atau lebih masyhur dengan perkataan Inggerisnya ‘live’, juga perkataan Arabnya ‘bathth mubashir’; tidak lagi memerlukan pergerakan atau pengembaraan oleh ‘wakil’. Peralatan canggih telah memudahkan proses penyampaian secara langsung dan meringankan beban yang dipikul ‘wakil’ selama ini. Telah muncul ‘wakil-wakil’ kaku samada buku, siaran television dan alam maya (internet) yang mampu memukau  dan menjadikan ‘sasaran’ memaku[11] dengan kepelbagaian wajahnya serta keterkinian ilmunya.




DAKWAH MELALUI MEDIA; SUATU KEPERLUAN

Persimpangan jalan, bagi pencari dan pengembara yang kehilangan arah atau kehilangan peta lokasi adalah merupakan satu pengalaman penuh tekanan. Seringkali kita melihat kereta yang terhenti di garisan putih berjalur tiga segi di susur keluar lebuhraya utara selatan. Kenapa? Kerana mereka keliru dan hilang panduan arah.

Merujuk kepada kecanggihan saluran informasi atau media pula, didapati ramai ramai, khususnya para pendakwah, pada mulanya ada di kalangan mereka yang berasa janggal dan merasakan ianya tidak wajar dijadikan sebagai salah satu saluran utama mereka dalam penyampaian ilmu agama. Akan tetapi, penulis yakin, kebelakangan ini, kebanyakan para pendakwah sudah mula melihat penggunaan pelbagai saluran informasi atau media ini sebagai satu keperluan di zaman ini. Pendapat ini diyakini penulis sebagai pendapat yang kuat kerana Rasulullah r memberitahu kita bahawa pengikutnya adalah pengikut yang paling ramai dalam hadith Baginda:
« تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّى مُكَاثِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ »[12].
Maksudnya: [Kahwinilah gadis yang penyayang dan produktif, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu semua terhadap umat-umat lain.]

Justeru, antara cara untuk meramaikan pengikut Baginda r di samping memperbanyakkan zuriat, adalah dengan mempergiatkan usaha dakwah dengan cara yang paling efektif dan berkesan. Usaha Rasulullah r mengumpul orang ramai untuk menyampaikan seruan terhadap agama Allah Ta‘ala wajar dijadikan asas kepada usaha kita sebagai aktivis dakwah untuk mempergunakan segala uslub yang mendapat perhatian orang ramai termasuklah media. Perhatikanlah bagaimana Rasulullah r berusaha memanggil sebanyak mungkin orang untuk mendengar dakwahnya[13]:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ ( وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ ) صَعِدَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - عَلَى الصَّفَا فَجَعَلَ يُنَادِى « يَا بَنِى فِهْرٍ ، يَا بَنِى عَدِىٍّ » . لِبُطُونِ قُرَيْشٍ حَتَّى اجْتَمَعُوا ، فَجَعَلَ الرَّجُلُ إِذَا لَمْ يَسْتَطِعْ أَنْ يَخْرُجَ أَرْسَلَ رَسُولاً لِيَنْظُرَ مَا هُوَ ، فَجَاءَ أَبُو لَهَبٍ وَقُرَيْشٌ فَقَالَ « أَرَأَيْتَكُمْ لَوْ أَخْبَرْتُكُمْ أَنَّ خَيْلاً بِالْوَادِى تُرِيدُ أَنْ تُغِيرَ عَلَيْكُمْ ، أَكُنْتُمْ مُصَدِّقِىَّ » . قَالُوا نَعَمْ ، مَا جَرَّبْنَا عَلَيْكَ إِلاَّ صِدْقًا . قَالَ « فَإِنِّى نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَىْ عَذَابٍ شَدِيدٍ » . فَقَالَ أَبُو لَهَبٍ تَبًّا لَكَ سَائِرَ الْيَوْمِ ، أَلِهَذَا جَمَعْتَنَا فَنَزَلَتْ }تَبَّتْ يَدَا أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ * مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ{[14].
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, "Apabila turunnya ayat {Dan berilah amaran kepada saudara-mara terdekatmu}, Nabi r telah menaiki Bukit Safa dan memanggil, [Wahai Bani Fihr, wahai Bani 'Adiyy…], Baginda memanggil suku-suku kabilah Quraish sehingga mereka berkumpul. Sehinggakan jika seseorang itu tidak dapat pergi, dia akan menghantar wakilnya. Abu Lahab dan Quraish pun berkumpul. Di situ Nabi r bersabda, [Apakah pendapat kamu jika aku memberitahu kepadamu bahawa sekumpulan tentera berkuda berada di lembah berdekatan untuk menyerang kamu, adakah kamu semua akan mempercayaiku?] Mereka menjawab, "Sudah tentu, kami tidak pernah lihat kamu keculi bercakap benar". Baginda bersabda, [Ketahuilah bahawa aku ini pemberi amaran kepada kamu semua sebelum datangnya azab yang dahsyat]. Abu Lahab terus berkata, "Binasalah  kamu sepanjang hari. Adakah untuk ini sahaja kamu memanggil kami?" Lalu turunlah firman Allah Ta'ala {Binasalah kedua tangan abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan}.

Begitulah caranya untuk mendapat sebanyak mungkin perhatian di zaman permulaan Islam di tanah Arab. Bersama peredaran zaman, selepas lebih 1430 tahun daripada peristiwa tersebut, pastinya pelbagai uslub dan cara penyampaian efektif telah wujud; antaranya ialah media, yang merupakan suatu keperluan dalam Dakwah Islam di era ini!

DAKWAH MELALUI MEDIA; SUATU PELUANG

Rasulullah r telah meletakkan pelbagai pahala dan ganjaran bagi mereka yang dapat memberi hidayat kepada orang lain. Antaranya ialah sabda Baginda r  kepada Ali r.a. pada pembukaan Kota Khaybar:
« انْفُذْ عَلَى رِسْلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ، ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الإِسْلاَمِ ، وَأَخْبِرْهُمْ بِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حَقِّ اللَّهِ فِيهِ ، فَوَاللَّهِ لأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ »[15].
Maksudnya: [Bergeraklah dengan tenang sehingga kamu tiba di perkarangan tempat mereka. Kemudian serulah mereka kepada Islam dan jelaskanlah kepada mereka perkara yang wajib ke atas mereka berkenaan hak Allah dalam Islam. Demi Allah, jika Allah memberi hidayat melaluimu kepada seorang lelaki, adalah jauh lebih baik daripada kamu mendapat unta-unta merah].

Dengan ini, kita wajar mempergunakan segala peluang yang ada untuk menyampaikan ajaran Islam walaupun kepada seorang individu sahaja.  Justeru, apakah yang harus kita lakukan sekiranya ada peluang untuk kita menyampaikan ajaran Islam yang suci murni ini kepada bilangan yang amat banyak seperti siaran langsung sesuatu rancangan televisyen? Penulis yakin kita semua akan menjawab sebulat suara, “Apa lagi, ambillah peluang itu!” Kenapa? Kerana ganjarannya adalah lebih banyak. Tetapi penulis juga yakin, tidak ramai para pendakwah yang bersedia untuk menceburkan diri mereka dalam bidang ini. Kenapa? Kerana mereka merasakan diri mereka kerdil, tidak cukup ilmu, tidak cukup sedia, tidak… tidak… tidak… Untuk menangani perkara ini, ayuh kita berpindah kepada perenggan berikutnya.

Di samping faktor pahala, faktor lain yang menuntut kita mengambil peluang dakwah melalui media seperti siaran langsung sesuatu rancangan television, ialah bahawa peluang yang ada ini ibarat satu vakum[16] yang pasti akan diisi oleh sesiapa sahaja yang bersedia. Amatlah merugikan sekiranya para pendakwah yang menjunjung usaha pemartabatan Sunnah Rasulullah r menyepi diri daripada peluang yang terhidang dan membiarkannya dikecapi oleh golongan pendakwah lain yang kurang memberi penekanan terhadap institusi dan autoriti Sunnah Rasulullah r, bahkan kurang memberi penekanan terhadap unsur ilmiah dalam penyampaian maklumat agama kepada audien. Akibatnya, apabila keluar pendapat-pendapat yang kurang menghiraukan Sunnah Rasulullah r atau jauh daripada unsur-unsur ilmiah, para pendakwah yang menyepi diri tadi akan marah-marah, tidak puas hati dan mengatakan mungkin sahaja berkata, “Tak patut dia ni keluar tv…” Nah, tadi menolak untuk masuk tv, sekarang hanya mampu menimbulkan rasa tidak puas hati…

Al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah telah berkata, “Di antaranya, bahawa jika tersaji kepada seseorang lelaki itu peluang untuk membuat amala yang mendekatkannya kepada Allah dan ketaatan, hendaklah dia benar-benar mengambil peluang itu dan bersegera melakukannya.” Al-Hafiz Ibn Hajar pula telah berkata, “Di antara faedah hadith ini ialah: Jika tersaji peluang ketaatan bagi seseorang individu, hendaklah dia bersegera menerimanya dan jangan melengahkannya, supaya dia tidak dilarang daripadanya”[17].

Ingatlah bahawa penyampaian ilmu Islam bukan sekadar satu prestij, sebaliknya ia adalah satu kemestian. Firman Allah Ta‘ala (Ali Imran 3:187):

Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang Telah diberi Kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima.

Rasulullah r juga telah menggalakkan kita agar menyampaikan ilmu yang telah dikuasai walaupun sepotong ayat:
« بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ »[18].
Maksudnya: [Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Riwayatlah tentang Bani Israil tanpa keberatan. Sesiapa yang berbohong terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia sediakan tempatnya di dalam neraka].

Justeru, para pendakwah dan aktivis Dakwah Islamiah haruslah menerima segala peluang dakwah melalui media yang tersedia di zaman ini. Dakwah melalui media amat luas, merangkumi:
1.      Dakwah melalui media cetak
·         Buku.
·         Surat khabar.
·         Majalah / buletin.
·         Lain-lain.

2.      Dakwah melalui media siber (alam maya/internet).
·         Website (Sesawang).
·         Blog
·         Ceramah Interaktif (Pal Talk dsb).
·         Lain-lain.
Perhatian!
Penulis merasakan sudah tiba masanya untuk para pendakwah bergiat aktif dalam dakwah melalui alam maya (internet) yang tidak mempunyai sempadan dan tidak pula memerlukan lesen khas. Apatah lagi apabila pendakwah dilarang daripada menyampaikan ilmu melalui saluran tradisional, hendaklah dia menggunakan peluang berdakwah melalui saluran moden ini. Dengan hanya sebuah computer, satu jalur lebar (broad band) dan bilik yang tertutup; pendakwah dapat merealisasikan kewajipan menyampaikan ilmu agama Islam kepada sejumlah besar sasaran di dalam dan di luar negara…[19]

3.      Dakwah melalui media massa/penyiaran (radio, television).
·         Penyiaran secara langsung.
·         Penyiaran secara rakaman.

Terus terang penulis katakan di sini, memang banyak pendedahan yang perlu dilakukan kepada para pendakwah supaya mereka lebih yakin untuk menerokai dakwah melalui media khususnya yang memerlukan kemahiran ict seperti ceramah interaktif dan penyiaran secara langsung…Semoga gandingan antara para pendakwah dan aktivis Dakwah Islamiyyah dapat memantapkan dan memanfaatkan peluang dakwah melalui media sebaik mungkin.

DAKWAH MELALUI MEDIA; SUATU CABARAN

Dapatlah penulis rumuskan bahawa cabaran sejagat dalam dakwah melalui media ialah:

1.      Kekangan masa pendakwah.
Seringkali kita mendengar ungkapan, "Masa mencemburui kita…" Walhal sebenarnya pengurusan masa kita yang tidak tersusun. Walaupun terkena batang hidung sendiri, apakan daya, penulis terpaksa juga melafazkannya sesuai dengan hadith:
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ وَأَنْ نَقُومَ أَوْ نَقُولَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّا لَا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ[20].
Maksudnya: Daripada Ubadah bin al-Samit katanya, ‘Kami telah berbai‘ah kepada Rasulullah r agar mendengar dan taat dalam keadaan cergas dan benci. Juga agar kami tidak merampas urusah pemerintahan daripada ahlinya. Juga agar kami bangkit atau bercakap dengan kebenaran di mana sahaja kami berada, tanpa takut kepada orang yang mengeji, semuanya demi Allah.

Al-Imam al-Shafi‘i radiallahu ‘anhu telah berkata, “Aku telah bersahabat dengan golongan sufiyyah dan aku tidak mendapat apa-apa faedah daripada mereka melainkan dua ungkapan. Pertama, kata-kata mereka, ‘Waktu ialah pedang, jika engkau tidak potongnya, ia akan memotongmu’… Dan, ‘Jiwamu, jika kamu sibukkannya dengan kebaikan baguslah. Jika tidak, ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan’.”[21]

2.      Pendakwah tidak siaga.
Masalah pengurusan adalah masalah utama para pendakwah, menurut pemerhatian penulis. Sedangkan kita dapati masalah pengurusan amat dititik beratkan oleh agama Islam. Firman Allah Ta'ala (al-Taubah 9:46):

Maksudnya: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang Yang tinggal".

Di antara bentuk persiapan yang boleh dilakukan oleh para pendakwah ialah mencari buku-buku yang merangkumi pelbagai perbahasan di mana apabila digesa untuk memberi sesuatu tajuk ceramah atau ucapan, beliau dapat merujuk dengan mudah kepada buku-buku itu untuk mendapat satu gambaran dan isi yang mantap lagi padat. Penulis ingin mencadangkan beberapa buku yang kemungkinan besar dapat membantu para pendakwah:
a.       Mausu‘ah al-Adab al-Islamiyyah oleh Abdullah bin Muhammad al-Mu‘taz.
b.      Majmu‘ah Rasail al-Taujihat al-Islamiyyah oleh Muhammad bin Jamil Zeno.
c.       Al-Wajiz Fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab al-Aziz oleh Abdul Azim Badawi.
Semoga dengan ini, para pendakwah dapat merealisasikan sikap al-Itqan atau professionalism yang sememangnya menjadi tuntutan agama Islam.[22]

3.      Kegerunan pendakwah terhadap beberapa andaian.
Menjadikan siaran langsung sebagai contoh, mungkin ada di kalangan pendakwah yang sejuk apabila diminta memberi kerjasama. Bagi penulis, ini adalah perkara biasa. Akan tetapi, di sana ada satu perkara yang luar biasa, iaitu pendakwah merasakan bahawa "Siaran langsung ini kita tidak boleh buat silap, jika silap satu Malaysia akan tahu, bahkan satu dunia mungkin tahu!" Bila ditanya, "Dalam surau dan masjid pula bagaimana?" Jawapannya ialah, "Dalam surau dan masjid, kalau silap tak teruk sangat…"

Pada pandangan penulis dari satu sudut, memang kesilapan yang dilafazkan di surau atau masjid, skopnya tidak luas berbanding sekiranya penyampaian merupakan siaran langsung. Akan tetapi melihat kepada dua perkara lain, andaian ini tidak sepatutnya menebal dalam sanubari pendakwah:
a.       Pertama, kesilapan di surau juga tetap merupakan kesilapan walaupun lebih kecil skopnya.
b.      Kedua, jika andaian ini menghalang pendakwah untuk berdakwah, akhirnya semangat dakwah akan melebur, kerana mungkin kekosongan itu akan diisi oleh orang kurang keahlian atau mungkin juga tiada keahlian.

4.      Andaian lain yang mungkin timbul ialah, bentuk soalan cepumas yang mungkin tidak dapat ditangani dengan baik oleh pendakwah.
Menghadapi soalan yang tidak dijangka, memang memberi sedikit tekanan kepada pendakwah. Akan tetapi sekiranya ada keikhlasan (dan penulis yakin para pendakwah memang ikhlas) di samping sedikit persiapan, penulis yakin tekanan ini dapat diatasi. Bagi penulis, pendakwah harus menganggap bahawa orang yang bertanya memang inginkan jawapan. Justeru, berilah jawapan yang paling kuat yang diketahui oleh pendakwah. Jika jawapan tidak berapa jelas, berilah jawapan yang dekat dengan soalan yang dilontarkan.








Rumusan dan kesimpulan

Allah Ta‘ala telahpun memberikan kepada kita garis panduan dalam berdakwah. Amatlah wajar jika sesiapa sahaja yang ingin berdakwah memerhatikan garis panduan ini. Al-Quran al-Karim sepatutnya menjadi rujukan utama dalam penyediaan sebarang dokumen, diiringi dengan al-Hadith al-Sharif al-Sahih dan dimantapkan dengan Fahm al-Salaf al-Salih. Di antara garis panduan yang dinyatakan oleh Allah Ta‘ala adalah seperti berikut:

1.      Al-Hikmah, yang bererti: ‘Meletakkan semua perkara pada tempatnya dengan cermat dan teliti, di samping ketepatan dalam pertuturan dan perbuatan’.[23]
2.      Al-Maw‘izah al-Hasanah,
3.      Al-Jidal bi allati hiya ahsan. (al-Nahl 16:125):

Maksudnya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah(perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

4.      Al-Basirah (Yusuf 12:108):

Maksudnya: Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

5.      Fala yahzunka qawluhum (Yasin 36:76):

Maksudnya: Maka janganlah Ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.
Pendakwah sewajarnya membiarkan sahaja celaan dan cercaan orang-orang jahil sekiranya tidak mendatangkan kefasadan. Al-Imam al-Nawawi rahimahullah telah berkata, “Hadith ini menunjukkan betapa disunatkan bagi orang-orang mulia supaya mengabaikan kebodohan ahli batil sekiranya tidak mendatangkan kefasadan”.[24]

6.      Fa‘lam annahu la ilaha illallahu (Muhammad 47:19):
óOn=÷æ$$sù ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) žwÎ) ª!$# öÏÿøótGó$#ur šÎ7/Rs%Î! tûüÏZÏB÷sßJù=Ï9ur ÏM»oYÏB÷sßJø9$#ur 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ öNä3t7¯=s)tGãB ö/ä31uq÷WtBur ÇÊÒÈ
Maksudnya: Maka Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.

7.      Wa a‘iddu lahum mastata‘tum min quwwah (al-Anfal:60):

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Menunjukkan kekuatan fizikal mahupun ilmiah tidak semestinya dihukum riya’. Sebaliknya, dengan niat yang ikhlas, ia merupakan salah satu uslub dakwah yang berkesan dan punca kepada kemenangan dalam peperangan dan juga pertempuran pemikiran.[25]
               
8.      Lima taquluna ma la taf‘alun (al-Saff 61:2-3):

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah telah berkata, “Ulama’ Su’ (jahat) sering duduk di pintu-pintu syurga seraya memanggil orang kepadanya dengan kata-kata mereka. Akan tetapi mereka memanggil orang kepada neraka dengan perbuatan mereka. Apabila kata-kata mereka menyebut, ‘Datanglah’, perbuatan mereka menyebut, ‘Jangan dengar daripada mereka ini’. Jika apa yang mereka dakwahkan itu benar, pasti merekalah orang pertama yang melaksanakannya. Mereka ini pada zahirnya penunjuk jalan, tetapi pada hakikatnya adalah perompak jalanan”.[26]

Semoga Allah Ta‘ala memperkuatkan persaudaraan kita agar dapat kita mempergiatkan dan memperkasakan usaha Dakwah Islamiyyah. Kerana ayat-ayat al-Quran dan juga al-Sunnah jelas menunjukkan kejayaan Dakwah Islamiyyah adalah dengan gerakan yang dilakukan secara tersusun dan mendapat bantuan dan sokongan setiap individu atau dengan kata lain, dilakukan secara jama'iyy.[27]




Rujukan

Al-Quran al-Karim.


‘Ar’ur, ‘Adnan bin Muhammad. Manhaj al-Da‘wah Fi Daw’ al-Waqi‘ al-Mu‘asir. Al-Madinah. Cetakan 1, 1426H/2005M.

Abu Ghuddah, ‘Abd al-Fattah. Qimat al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama’. Beirut: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah. Cetakan 10, 1422H/2002M.

Al-Maktabah al-Shamilah Versi 3 dan Mawsu ‘ah al-Hadith al-Sharif, Syarikat Harf:
a.      Sahih al-Bukhari.
b.      Sahih Muslim.
c.       Sunan Abu Daud.

al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Cetakan 1, 1420H/1999M.

Husayn, Muhammad al-Khidr. Al-Da‘wah Ila al-Islah ‘Ala Daw’ al-Kitab Wa al-Sunnah Wa ‘Ibra Tarikh al-Ummah. Al-Riyadh: Dar al-Rayah. Cetakan 1, 1417H. Hlm. 41-46.

http://www.karyanet.com.my



[1]  Kertas kerja ini dibentang pada 26 Disember 2009 di Konvokesyen Sunnah, Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
[2]  Sila rujuk: http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=dakwah&sid=c5a45114d8bc6d6330ad1faa7ae06abb&find=Cari
[3]  Sila rujuk: http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=melalui&sid=c5a45114d8bc6d6330ad1faa7ae06abb&find=Cari
[4]  Sila rujuk: http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=media&sid=c5a45114d8bc6d6330ad1faa7ae06abb&findd=Cari
[5]  Sila rujuk: http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=keperluan&sid=c5a45114d8bc6d6330ad1faa7ae06abb&find=Cari
[6]  Sila rujuk: http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=peluang&sid=c5a45114d8bc6d6330ad1faa7ae06abb&find=Cari
[7]  Sila rujuk: http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=cabaran&sid=c5a45114d8bc6d6330ad1faa7ae06abb&find=Cari
[8]  HR al-Bukhari, Kitab , Kitab Ahadith al-Anbiya', Bab Ma Dhukir 'An Bani Israil, No. 3274.
[9]  HR al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, Bab al-Khutbah 'Ala al-Minbar, No. 875.
[10]  HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Jawaz al-Sawm wa al-Fitr fi Shahr Ramadan li al-musafir fig hair ma'siayah…, No. 2666.
[11]  Tidak bergerak-gerak dari tempat.
[12]  HR Abu Daud, Kitab al-Nikah, Bab al-Nahy 'an Tazwij Man Lam Yalid Min al-Nisa', No. 2052. al-Albani berkata, "Hasan Sahih".
[13]  Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Cetakan 1, 1420H/1999M. Hlm. 84.
[14]  HR al-Bukhari, Kitab al-Tafsir, Bab Surah al-Shu'ara', No. 4492.
[15]  Muttafaq 'alaih: al-Bukhari, Kitab Fada'il al-Sahabah, Bab Manaqib 'Ali bin Abi Talib, No. 3498. Muslim, Kitab Fada'il al-Sahabah, Bab Min Fada'il 'Ali bin Abi Talib, No. 6376.
[16]  Vakum: kekosongan.
[17] Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Hlm. 110-111.
[18]  HR al-Bukhari, Kitab , Kitab Ahadith al-Anbiya', Bab Ma Dhukir 'An Bani Israil, No. 3274.
[19]  Lihat: ‘Ar’ur, ‘Adnan bin Muhammad. Manhaj al-Da‘wah Fi Daw’ al-Waqi‘ al-Mu‘asir. Al-Madinah. Cetakan 1, 1426H/2005M. Hlm. 425-430.
[20] HR al-Bukhari, Kitab , Kitab al-Ahkam, Bab Kaifa yubayi’ al-imam al-nas, No. 6660.
[21]  Abu Ghuddah, ‘Abd al-Fattah. Qimat al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama’. Beirut: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah. Cetakan 10, 1422H/2002M. Hlm. 25.
[22] Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Hlm. 414.
[23]  Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Hlm. 426.
[24]  Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Hlm. 515.
[25]  Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Hlm. 598.
[26]  Lihat: al-Qahtani, Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf. Fiqh al-Da‘wah Fi Sahih al-Imam al-Bukhari. Hlm. 64.
[27]  Lihat: Husayn, Muhammad al-Khidr. Al-Da‘wah Ila al-Islah ‘Ala Daw’ al-Kitab Wa al-Sunnah Wa ‘Ibra Tarikh al-Ummah. Al-Riyadh: Dar al-Rayah. Cetakan 1, 1417H. Hlm. 41-46.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails