RSS Feeds

Translate


5.13.2009

Pengalaman Bersama Pelajar di Langkawi

Sekadar berkongsi pengalaman. Selepas pelbagai rintangan, akhirnya dapat saya menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi bersama Muaz dan Mariyah untuk program anjuran Jakim (kem motivasi pemimpin ipta). Menjadi wakil tunggal pensyarah2 jabatan ke sana memang memilukan. Apapun saya yakin rakan2 pensyarah lain ada urusan yang tidak dapat dielakkan, semoga pelajar yang mengikuti kem tersebut dapat memaafkan mereka.

Antara pengajaran yang dapat saya ambil ialah:

1- Ketepatan masa: yang kurang ditekan oleh sebahagian para Ustaz dan ustazah. Saya sendiri tak terkecuali. Tapi ini suatu perkara yang perlu diubah.

2- Para Ustaz dan ustazah perlu melibatkan diri dalam aktiviti pelajar. Mereka amat mengharapkan sentuhan 'keibu-bapaan' dan 'kekakak-abangan'.
Merasmikan blog Jannah membawa saya untuk mengangkat semangat rakan-rakan pelajar sekelian untuk memanfaatkan ruang ini sebaik mungkin. Masukkanlah juga pensyarah2 yang tergolong dalam alumni JPQS (macam saya, Ustaz Sabri dll) agar mereka dapat menasihati, menegur dan memantau…

Rasanya itu sahajalah yang utama di sini. Di lain kesempatan kita bertemu kembali.
Wassalam

Cetak Halaman

5.01.2009

Feqah Tandas

Assalamualaikum wbt

Berikut adalah rakaman program 'Hello Malaysia', TV Bernama di bawah tajuk 'Feqah Tandas'.

Program ini dihoskan oleh Encik Dahlan Maamor bersama dua orang ahli panel iaitu Ustaz Fadlan Mohd Othman (Pensyarah Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan ustaz Fathulbari Mat Jahya (YDP Pertubuhan Kebajikan al-Qalam, Negeri Perlis)



Untuk melihat rakaman selanjutnya, sila muat turun di sini.

Cetak Halaman
Related Posts with Thumbnails