RSS Feeds

Translate


12.29.2015

Nasi lemak dan nikmatnya

Coretan pagi Selasa; nasi lemak dan nikmatnya:

Yg menjadikan nasi lemak ini sedap adalah: kesihatan...
 dalam bahasa Arab disebut: Al-'Afiyah...
Kerana jika sakit, makanan yg sedap2 pun tiada dapat dirasai kelazatannya...

Rasa Nikmat:
Nikmat yg benar dinikmati hanya orang-orang yg merasai pengalaman sesuatu nikmat itu sendiri...
Juga orang yang melihat sesuatu nikmat itu dinikmati oleh orang lain dalam keadaan dia menyanyangi org itu...
Kerna kasih sayang itu adalah punca rahmat sesama manusia...

Nabi Rahmat:
Oleh itu, tidak hairanlah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam diberi nama: Nabiyyur Rahmah (Nabi pembawa rahmat)...
Baginda amat menyayangi sekelian manusia dan sekelian makhluk Allah Ta'ala. Sedaya upaya Baginda berusaha menyelamatkan mereka daripada api neraka...

Ayuhlah:
Justeru, ayuhlah wahai pengikut2 Nabiyyur Rahmah! Ayuhlah kita menyanyangi manusia dan makhluk Allah...

Bagaimana?
Caranya satu sahaja. Tidak lain tidak bukan; ikutlah jejak langkah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dalam semua perkara...

Sekian dahulu...

Related Posts with Thumbnails