RSS Feeds

Translate


4.10.2009

Amalan-amalan berkaitan dengan kelahiran cahaya mata

Amalan-amalan berkaitan dengan kelahiran cahaya mata mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.:

1- Azan dan iqamah di telinga bayi yang baru dilahirkan:
Hadith yang berkaitan dengan dua perkara ini adalah hadith yang lemah dan tidak kuat untuk dijadikan hujah dalam amalan ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah.
[Lihat Silsilah al-Ahadith al-Da'ifah karangan al-Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani; nombor 321dan 6121.]

2- Meminta Allah Ta’ala memberikan perlindungan kepada bayi:
عن ابن عباس قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين يقول أعيذكما بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة.
[Hr al-Tirmizi Kitab al-Tibb, Bab Ma ja’a fi al-ruqya min al-‘ain, No 1986; dan Abu Daud, Kitab al-Sunnah, Bab fi al-Quran, No. 4112. Dihukum Sahih oleh al-Albani, antara lain dalam Sahih Sunan al-Tirmizi No 2060.]
Maksudnya: Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas katanya 'Rasulullah sering meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain dengan berkata "Aku melindungkan engkau berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan dan serangga atau binatang berbisa serta daripada semua pandangan mata yang memudharatkan."

Perhatian: untuk bayi lelaki dibaca (U‘izuka) manakala untuk bayi perempuan dibaca (U‘izuki)
3- Mendoakan keberkatan untuk bayi:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ.
[Hr Muslim, Kitab al-Adab, Bab Istihbab tahnik al-maulud ‘inda wiladatih, No 4000.]
Maksudnya: Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sering dibawa kepadanya bayi-bayi lalu Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentahnikkan mereka.
* Jadi berdasarkan hadith ini sekiranya bayi itu lelaki, boleh dibaca seperti berikut:
اللـّهُمَّ بَاركْ فِيْهِ.
Maksudnya: Ya Allah berkatilah dia.
* Manakala sekiranya bayi itu perempuan dibaca seperti berikut:
اللـّهُمَّ بَاركْ فِيْهَا.
Maksudnya: Ya Allah berkatilah dia.
Perhatian: untuk bayi lelaki dibaca (fihi) manakala untuk bayi perempuan dibaca (fiha).
4- Mentahnikkan bayi:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ.
[Hr Muslim, Kitab al-Adab, Bab Istihbab tahnik al-maulud ‘inda wiladatih, No 4000.]
Maksudnya: Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sering dibawa kepadanya bayi-bayi lalu Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentahnikkan mereka.
[Tahniik ialah: Mengunyah atau melumatkan makanan manis (khususnya kurma) kemudian meletakkannya di dalam mulut bayi pada langit-langitnya. .Tahniik dengan mengunyah adalah khas untuk Nabi s.a.w. Bagi orang lain, cukuplah sekadar melumatkan kurma dengan sedikit air lalu diletakkan pada langit-langit bayi berkenaan.]
5- Sembelih Aqiqah:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata ya’iq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab al-‘Aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]

Maksudnya: "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama.
* Berapa ekor?
أَنَّ أُمَّ كُرْزٍ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْعَقِيقَةِ فَقَالَ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ وَعَنْ الْأُنْثَى وَاحِدَةٌ وَلَا يَضُرُّكُمْ ذُكْرَانًا كُنَّ أَمْ إِنَاثًا.
[Hr al-Tirmizi, Kitab al-Adahi, Bab Ma ja’a fi al-‘aqiqah, No 1435; dan al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Kam yu’aq ‘an al-jariah, No 4146-4147; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab Fi al-‘aqiqah, No 2451; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3153. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi no. 1516.]
Maksudnya: bahawa Ummu Kurz telah memberitahunya bahawa beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang aqiqah lalu Baginda bersabda, “Bagi pihak anak lelaki dua ekor kambing biri-biri dan bagi pihak anak perempuan seekor kambing biri-biri. Tidak kisah sama ada jantan atau betina.”
* Masa sembelih?
Masa yang terbaik ialah pada hari yang ketujuh:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata ya’iq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab al-‘Aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]
Maksudnya: "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama.
Sekiranya tidak dapat dibuat pada hari yang ketujuh, boleh dibuat pada mana-mana hari selepas itu tanpa had berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi Nabi:
عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعدما بعث بالنبوة.
[Hr al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar (1/461) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (1/529). Dihukum Hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah no. 2726.]
Maksudnya: Daripada Anas bahawa Nabi s.a.w. telah menyembelih aqiqah untuk dirinya selepas Baginda dilantik mejadi nabi.
Terdapat juga riwayat mengatakan sembelihan Aqiqah boleh dibuat pada hari ke 7 atau 14 atau 21,:
عن الميموني قال قلت لأبي عبد الله: متى يعق عنه؟ قال: أما عائشة فتقول: سبعة أيام وأربعة عشر ولأحد وعشرين.
[Tuhfah al-Maudud, oleh Ibnu al-Qayyim, hlm 45.]
Maksudnya: daripada al-Maimuni katanya 'Aku bertanya Abu Abdillah (Imam Ahmad), Bilakah disembelih aqiqah bayi? Jawabnya 'Adapun Aisyah, beliau mengatakan "Tujuh hari, empat belas hari dan dua puluh satu hari."
6- Cukur rambut bayi:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata yu’aq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab Fi al-‘aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]
Maksudnya: "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama.
* Timbang rambut itu dan sedekah nilainya yang bersamaan dengan perak, ini lebih utama (atau emas jika tidak dapat dengan perak):
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ.
[Hr al-Tirmizi, Kitab al-Adaha, Bab al-‘Aqiqah bi syah, No 1439, dan dihukum Hasan oleh al-Albani; dan Ahmad, Min musnad al-qabail, Hadith Abi Rafi’ radiAllahu ‘anhu, No 25930.]
Maksudnya: Daripada Ali bin Abu Talib katanya Rasulullah telah menyembelih seekor kambing sebagai aqiqah Hasan dan berkata kepada Fatimah "Wahai Fathimah! Cukurlah kepalanya, dan bersedekahlah dengan perak yang senilai dengan timbangan rambutnya." Dan berat rambut Hasan ialah satu dirham atau kurang sedikit.
7- Beri nama:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata yu’aq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab Fi al-‘aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]
Maksudnya: "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama.
8- Khitan:
Masa terbaik untuk khitan ialah pada hari ke 7:
عن جابر قال عق رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الحسن والحسين وختنهما لسبعة أيام.
[Hr al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (8/324); dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, hlm 185. Hadith ini dihukum kuat (Qawiy) oleh al-Albani menggunakan satu hadith lain di dalam Tamam al-Minnah, hlm 68.]
Maksudnya: Daripada Jabir katanya Rasulullah s.a.w. telah menyembelih bagi pihak Hasan dan Husain dan mengkhatan mereka pada hari ke tujuh.
Sekiranya tidak dibuat demikian, maka wajib dilakukan khitan sebelum baligh:
عن سعيد بن جبير قال سئل ابن عباس مثل من أنت حين قبض النبي صلى الله عليه وسلم ؟ قال أنا يومئذ مختون قال وكانوا لا يختنون الرجل حتى يدرك
وقال ابن إدريس عن أبيه عن أبي إسحق عن سعيد بن جبير عن ابن عباس قبض النبي صلى الله عليه وسلم وأنا ختين
[Hr al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, Bab al-Khitan Ba’d al-Kibar Wa Natf al-Ibit, No. 5941.]

Maksudnya: Daripada Sa'id bin Jubair katanya, Ibnu Abbas ditanya, 'Seperti siapakah kamu (berapa umur kamu) apabila Nabi s.a.w. wafat?' Katanya, 'Saya telahpun dikhatan pada ketika itu.' Kata periwayat, 'Dahulu mereka tidak mengkhatan orang lelaki sehinggalah dia baligh.' Ibnu Idris berkata daripada ayahnya daripada Abu Ishaq daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn Abbas katanya, 'Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan saya telah dikhatan.'

Semoga Allah memberkati amalan kita dan menerimanya sebagai amalan salih. Amin

Cetak Halaman

Kelas Malam ni dan Malam esok

Kelas

saya insyaAllah ada malam ni di al-Nidaa' jam 8:15 malam = Akhlak.
dan juga malam esok di Akademi al-Fakeh, Klang 8 malam = al-Sunnah dalam mengamalkan al-Sunnah.
dan juga hari Ahad seperti biasa di Darul Ta'lim, TTDI 3:50 petang.

shukran.

Cetak Halaman
Related Posts with Thumbnails