RSS Feeds

Translate


6.04.2013

Aplikasi Takhrij Peringkat Siswazah

huruf pertama Cetak Halaman



APLIKASI TAKHRIJ HADITH PASCA SISWAZAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA[1]


Fadlan Mohd Othman

Student Affairs Division
Al-Madinah International University
(Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam UKM)


Mohd Arif Nazri[3], Latifah Abdul Majid[4],
Mazlan Ibrahim[5] & Ahmad Munawar Ismail[6]

ABSTRAK



UKM telah ditabalkan sebagai Universiti Penyelidikan pada tahun 2007. Oleh itu menjadi satu tanggungjawab untuk melihat kajian penyelidikan yang telah dilakukan oleh para pelajar Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam. Kajian ini perlu dilakukan untuk mengenalpasti etika penyelidikan yang betul dan tepat khususnya dalam mentakhrij hadith-hadith Nabi SAW. Kajian ini penting bagi melahirkan satu input (model penulisan tesis membabitkan hadith Nabi SAW) yang boleh digunapakai selepas ini oleh para pelajar sarjana di Fakulti Pengajian Islam secara khusus dan fakulti-fakulti lain secara umum. Matlamat kajian ialah untuk mengenalpasti metode penyelidikan sarjana yang dihasilkan di lima jabatan di Fakulti Pengajian Islam semenjak tahun 2007 hingga 2009 yang telah berinteraksi dengan hadith Nabi SAW, seterusnya menilai tahap keabsahan metode yang digunakan itu. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan penyelidikan telah mengabaikan suatu yang vital dalam bermuamalat dengan hadith-hadith Nabi SAW iaitu ilmu Takhrij. Kajian mencadangkan beberapa perkara, pertama; panduan rujukan hadith dalam Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM dikemaskini. Kedua; Ilmu Takhrij dinaik taraf kepada kursus wajib Fakulti.


PENDAHULUAN

Suatu kajian telah dilakukan berkenaan dengan Aplikasi Takhrij Hadith terhadap Disertasi Sarjana di Fakulti Pengajian Islam daripada tahun 2007 sehingga tahun 2009. Daripada penelitian yang telah dilakukan, bilangan tesis yang telah disemak dan bilangan hadith yang telah dikaji pada tahun 2007  yang terdapat di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah adalah sebanyak 8 tesis dan 225 hadith. Bilangan tesis dan hadith yang terdapat di Jabatan Syariah adalah sebanyak 10 tesis dan 128 hadith. Bilangan tesis dan hadith yang terdapat di Jabatan Usuluddin dan Falsafah pula adalah sebanyak 4 tesis dan 43 hadith. Manakala bilangan tesis dan hadith yang terdapat di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Islam adalah sebanyak 5 tesis dan 37 hadith dan bilangan tesis dan hadith yang terdapat di Jabatan Arab dan Tamadun Islam adalah sebanyak 2 tesis dan 9 hadith. Jumlah keseluruhan hadith yang dikaji bagi tahun 2007 ialah 442 hadith.

            Pada tahun 2008 pula, bilangan tesis yang telah disemak dan hadith yang telah dikaji di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah adalah sebanyak 7 tesis dan 187 hadith. Bilangan tesis dan hadith yang terdapat di Jabatan Syariah adalah sebanyak 13 tesis dan 91 hadith. Di Jabatan Usuluddin dan Falsafah pula hanya 1 tesis sahaja yang disemak dan bilangan hadith yang terdapat di dalam tesis tersebut sebanyak  27 hadith, manakala di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Islam terdapat 6 tesis dan 2 tesis sahaja yang mempunyai hadith. Bilangan hadith yang terdapat di dalam 2 tesis tersebut adalah sebanyak 26 hadith. Bilangan tesis yang telah disemak di jabatan Arab dan Tamadun Islam adalah sebanyak 11 tesis dan daripada 11 tesis tersebut, 6 tesis sahaja yang mempunyai hadith. Bilangan hadith yang terdapat di dalam 6 tesis tersebut adalah sebanyak 28 hadith. Jumlah keseluruhan hadith yang dikaji bagi tahun 2008 ialah 359 hadith.

            Kajian terhadap tesis dan hadith di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah pada tahun 2009 mencatat jumlah sebanyak 8 tesis dan 160 hadith. Di Jabatan Syariah pula tesis yang telah disemak adalah sebanyak 5 tesis dan hadith yang telah dikaji daripada 5 tesis tersebut adalah sebanyak 54 hadith. Bilangan tesis yang terdapat di Jabatan Usuluddin dan Falsafah pula adalah sebanyak 5 tesis. Daripada 5 tesis tersebut, 3 tesis tidak mempunyai hadith. Bilangan hadith yang telah dikaji daripada 2 tesis adalah sebanyak 5 hadith. Bilangan tesis yang telah disemak di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Islam adalah sebanyak 8 tesis, tetapi 6 tesis sahaja yang mempunyai hadith. Bilangan hadith yang terdapat di dalam 6 tesis tersebut adalah sebanyak 59 hadith. Bilangan tesis yang terdapat di Jabatan Arab dan Tamadun Islam pula adalah sebanyak 6 tesis, tetapi 4 tesis sahaja yang mempunyai hadith. Bilangan hadith yang terdapat di dalam 6 tesis tersebut adalah sebanyak 209 hadith. Jumlah keseluruhan hadith yang dikaji bagi tahun 2009 ialah 487 hadith.

Jadual berikut adalah jadual daripada jumlah tesis dan hadith yang terdapat di dalam disertasi sarjana Fakulti Pengajian Islam  pada tahun 2007, 2008 dan 2009.

Jadual 1: Jumlah tesis dan hadith dari 2007-2009

Tahun
2007
2008
2009
Keseluruhan
Jabatan
Bil Tesis
Bil Hadith
Bil Tesis
Bil Hadith
Bil Tesis
Bil Hadih
Bil Tesis
Bil Hadith
JPQS
8
225
7
187
8
160
23
572
SYARIAH
10
128
13
91
5
54
28
273
JUF
4
43
1
27
5
5
10
75
JPDK
5
37
6
26
8
59
16
122
JPATI
2
9
11
28
6
209
14
246
JUMLAH
29
442
30
359
32
487
91
1288


DAPATAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan merangkumi beberapa aspek penting dalam bidang Takhrij Hadith. Di antaranya ialah berkenaan dengan Merujuk Sumber Autentik Hadith, Catatan Terperinci Sumber Autentik dan Penyataan Status Hadith (Sahih atau Da‘if atau Mawdu’). Berikut adalah jadual-jadual yang menjelaskan setiap satu daripada tiga aspek ini yang disusuli dengan penjelasan dan huraian.


ASPEK PERTAMA: MERUJUK SUMBER AUTENTIK HADITH

Bahagian ini membincangkan usaha para pelajar Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam dalam merujuk sumber autentik sesuatu hadith dengan meletakkan empat kategori iaitu tidak dinyatakan sumber sama sekali, dinyatakan sumber primer, dinyatakan sumber sekunder dan dinyatakan sumber tertier.

Jadual 2: Merujuk Sumber Autentik

Tahun
Kategori
Jumlah
1
2
3
4
2007
5 (1.1%)
315 (71.3%)
115 (26%)
7 (1.6%)
442
2008
0 (0%)
267 (74.4%)
79 (22%)
13 (3.6%)
359
2009
36 (7.4%)
370 (76%)
75 (15.4%)
6 (1.2%)
487

Penerangan Kategori 
1
Tidak dinyatakan Sumber
2
Dinyatakan Sumber Primer
3
Dinyatakan Sumber Sekunder
4
Dinyatakan Sumber Tertier

Keterangan Jadual 2

Jadual 2 menunjukkan para pelajar Pasca Siswazah merujuk sumber autentik terhadap hadith yang terdapat dalam disertasi sarjana pada tahun 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2007, peratusan dan jumlah yang tertinggi adalah daripada Kategori 2 (rujukan primer) iaitu sebanyak 315 hadith (71.3%). Bagi Kategori 3 (rujukan sekunder) pula adalah sebanyak 115 hadith (26%), 7 hadith (1.6%) bagi Kategori 4 (rujukan tertier), manakala 0% bagi Kategori 1 (tiada penyataan sumber).

Pada tahun 2008, peratusan dan jumlah yang tertinggi adalah daripada Kategori 2 (rujukan primer) berjumlah 267 hadith (74.4%). Bagi Kategori 3 (rujukan sekunder) pula adalah sebanyak 79 hadith (22%), 13 hadith (3.6%) bagi Kategori 4 (rujukan tertier), manakala 0% bagi Kategori 1 (tiada penyataan sumber).

Pada tahun 2009 pula, peratusan dan jumlah tertinggi adalah daripada Kategori 2 (rujukan primer) iaitu sebanyak 370 hadith (76%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 3 (rujukan sekunder) adalah sebanyak 75 hadith (15.4%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 4 (rujukan tertier) pula adalah sebanyak 6 hadith (1.2%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 1 (tiada penyataan sumber) adalah sebanyak 36 hadith (7.4%).

ASPEK KEDUA: CATATAN TERPERINCI SUMBER AUTENTIK HADITH 

Bahagian ini membincangkan usaha para pelajar Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam dalam mencatat secara terperinci sumber autentik sesuatu hadith dengan meletakkan lapan kategori iaitu tidak dinyatakan catatan terperinci, dinyatakan kitab sahaja, dinyatakan bab sahaja, dinyatakan nombor sahaja, dinyatakan kitab bersama bab dan nombor, dinyatakan kitab bersama bab sahaja, dinyatakan kitab bersama nombor sahaja dan dinayatakan bab bersama nombor.

Jadual 3: Catatan Terperinci Sumber Autentik Hadith

Tahun
Kategori
Jumlah
1
2
3
4
5
6
7
8
2007
87
(19.7%)
12
(2.7%)
11
(2.5%)
45
(10.2%)
130
(29.4%)
89
(20.1%)
31
(7%)
37
(8.4%)
442
2008
54
(15%)
6
(1.7%)
9
(2.5%)
61
(17%)
138
(38.4%)
65
(18.1%)
13
(3.6%)
13
(3.6%)
359
2009
199
(40.9%)
93
(19.1%)
5
(1%)
1
(0.002%)
116
(23.8%)
24
(4.9%)
49
(10.1%)
0
(0%)
487


Penerangan Kategori 
1
Tidak dinyatakan Kitab, Bab mahupun Nombor Hadith
2
Dinyatakan Kitab sahaja
3
Dinyatakan Bab sahaja
4
Dinyatakan Nombor sahaja
5
Dinyatakan Kitab, Bab dan Nombor Hadith
6
Dinyatakan Kitab dan Bab sahaja
7
Dinyatakan Kitab dan Nombor sahaja
8
Dinyatakan Bab dan Nombor sahaja

Keterangan Jadual 3

Jadual 3 menunjukkan peratusan dan jumlah yang terhasil daripada catatan terperinci sumber autentik terhadap hadith yang terdapat dalam disertasi sarjana pada tahun 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2007, peratusan dan jumlah yang tertinggi adalah daripada Kategori 5 (kitab, bab dan nombor) iaitu sebanyak 130 hadith (29.4%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada  Kategori 6 (kitab dan bab sahaja) pula adalah sebanyak 89 hadith (20.1%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 4 (nombor sahaja) adalah sebanyak 45 hadith (10.2%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 8 (bab dan nombor sahaja) adalah sebanyak 37 hadith (8.4%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 7 (kitab dan nombor sahaja) adalah sebanyak 31 hadith (7%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 2 (kitab sahaja) mempunyai jumlah sebanyak 12 hadith (2.7%) manakala kategori 3 (bab sahaja) mempunyai jumlah sebanyak 11 hadith (2.5%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 1 (tidak dinyatakan kitab, bab mahupun nombor hadith) adalah sebanyak 87 hadith (19.7%).
           
Pada tahun 2008, peratusan dan jumlah yang tertinggi adalah daripada Kategori 5 (kitab, bab dan nombor) sebanyak 138 hadith (38.4%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 6 (kitab dan bab sahaja) pula adalah sebanyak 65 hadith (18.1%). Peratusan yang terhasil daripada Kategori 4 (nombor sahaja) adalah sebanyak 61 hadith (17%). Manakala peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 1 (tidak dinyatakan kitab, bab mahupun nombor hadith) adalah sebanyak 54 hadith (15%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 7 (kitab dan nombor sahaja) adalah sebanyak 13 hadith (3.6%). Begitu juga dengan Kategori 8 (bab dan nombor sahaja) iaitu sebanyak 13 hadith (3.6%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 2 (kitab sahaja) mempunyai jumlah sebanyak 6 hadith (1.7%) manakala kategori 3 (bab sahaja) mempunyai jumlah sebanyak 9 hadith (2.5%).
           
Pada tahun 2009 pula, peratusan dan jumlah tertinggi adalah daripada Kategori 1 (tidak dinyatakan kitab, bab mahupun nombor hadith) iaitu sebanyak 199 hadith (40.9%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 5 (kitab, bab dan nombor) adalah sebanyak 116 hadith (23.8%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 2 (kitab sahaja) adalah sebanyak 93 hadith (19.1%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 7 (kitab dan nombor sahaja) adalah sebanyak 49 hadith (10.1%). Manakala peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 6 (kitab dan bab sahaja) adalah sebanyak 24 hadith (4.9%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada kategori 3 (bab sahaja) mempunyai jumlah sebanyak 5 hadith (1%), manakala Kategori 4 (nombor sahaja) menghasilkan jumlah sebanyak 1 hadith (0.002%). Kategori 8 pula (bab dan nombor sahaja) mencatatkan 0%.

ASPEK KETIGA: PENYATAAN STATUS HADITH (SAHIH ATAU DA’IF ATAU MAWDU‘)

Bahagian ini membincangkan usaha para pelajar Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam dalam menyatakan status hadith samada sahih atau da‘if atau mawdu‘.

Jadual 4: Catatan Status Hadith (Sahih Atau Da’if Atau Mawdu‘)

Tahun
Kategori
Jumlah
1
2
3
2007
396 (89.6%)
1 (0.002%)
45(10.2%)
442
2008
225 (62.7%)
59 (16.4%)
75 (20.9%)
359
2009
452 (92.8%)
29 (6%)
6 (1.2%)
487


Penerangan Kategori 
1
Tiada Status
2
Status Terperinci
3
Status Ringkas

Keterangan Jadual 4

Jadual 4 menunjukkan bahawa hasil daripada kategori status hadith yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sarjana dalam disertasi sarjana pada tahun 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2007, peratusan dan jumlah yang tertinggi adalah daripada Kategori 1 (tidak dinyatakan status hadith) yang mencatatkan 396 hadith (89%). Kategori 3 (meletakkan status hadith secara ringkas) mengikuti dengan sejumlah 45 hadith (10.2%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 2 pula (meletakkan status hadith secara terperinci) adalah sebanyak 1 hadith (0.002%).
           
Pada tahun 2008, peratusan dan jumlah yang tertinggi jatuh pada Kategori 1 (tidak dinyatakan status hadith) yang mencatatkan 225 hadith (62.7%). Kategori 3 (meletakkan status hadith secara ringkas) menyusuli dengan sejumlah 75 hadith (20.9%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 2 (meletakkan status hadith secara terperinci) pula adalah sebanyak 59 hadith (16.4%).

Pada tahun 2009, peratusan dan jumlah yang tertinggi kekal pada Kategori 1 (tidak dinyatakan status hadith) iaitu sebanyak 452 hadith (92.8%). Kategori 2 (meletakkan status hadith secara terperinci) menyusuli dengan sejumlah 29 hadith (6%). Peratusan dan jumlah yang terhasil daripada Kategori 3 (meletakkan status hadith secara ringkas) pula adalah sebanyak 6 hadith (1.2%).




Perhatian!

Sebahagian daripada hadith yang dinyatakan oleh para pelajar Pasca Siswazah turut dinyatakan bahawa sumbernya adalah Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim. Akan tetapi sebahagian besarnya tidak dinyatakan bersumber daripada Sahih al-Bukhari mahupun Sahih Muslim. Impaknya ialah jika hadith itu tidak merupakan daripada dua sumber ini, maka semestinya hadith itu belum ternilai sebagai Maqbul (Sahih atau Hasan) bahkan perlu dinyatakan tahap kesahihannya. Berikut adalah jadual yang mencatat peratusan hadith yang disandar kepada Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim di samping hadith yang tidak dirujuk demikian.

Jadual 5: Perbandingan Hadith al-Bukhari atau Muslim dengan selainnya


Tahun
Kategori

Jumlah
1
2
2007
101 (22.9%)
341 (77.1%)
442
2008
163 (45.4%)
196 (54.6%)
359
2009
163 (33.5%)
324 (66.5%)
487

Penerangan Kategori 
1
Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim
2
Selain Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim

Keterangan Jadual 5

Jadual 5 menunjukkan perbandingan hadith yang dirujuk kepada Sahih al-Bukhari atau Muslim dengan hadith yang tidak dinyatakan demikian menurut apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sarjana dalam disertasi sarjana pada tahun 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2007, peratusan dan jumlah yang tertinggi adalah daripada Kategori 2 (selain Sahih al-Bukahri atau Sahih Muslim) yang mencatatkan 341 hadith (77.1%), manakala Kategori 1 (Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim) pula mencatatkan 101 hadith (22.9%).
           
Pada tahun 2008, peratusan dan jumlah yang tertinggi masih lagi Kategori 2 (selain Sahih al-Bukahri atau Sahih Muslim) yang mencatatkan 196 hadith (54.6%), manakala Kategori 1 (Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim) pula mencatatkan 163 hadith (45.4%).

Pada tahun 2009, peratusan dan jumlah yang tertinggi kekal untuk Kategori 2 (selain Sahih al-Bukahri atau Sahih Muslim) yang mencatatkan 324 hadith (66.5%), manakala Kategori 1 (Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim) pula mencatatkan 163 hadith (33.5%).

Saranan

Berdasarkan kepada dapatan kajian, pihak pengkaji menyarankan beberapa saranan dan penambahbaikan dalam penyelidikan Pasca Siswazah seperti berikut:
1.        Ilmu Takhrij al-Hadith perlu menjadi Kursus Teras di Fakulti Pengajian Islam, UKM

2.        Ilmu Takhrij al-Hadith perlu menjadi Kursus Elektif di Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.        Perlu diletakkan status hadith pada sistem takhrij hadith yang terdapat di dalam buku penulisan gaya UKM seperti berikut:
Catatan sedia ada (Bab IV, No 4.3.6 Rujukan kepada al-Hadith, Halaman 26):
a.      Pada kebiasaannya, rujukan hadith dalam koleksi tertentu dibuat kepada bilangan atau nama kitab atau bab atau nombor hadith sesuatu hadith itu didapati.
Sabda Rasul Allah s.a.w.:
إنما الأعمال بالنيات,  وانما لكل امرئ ما نوى, فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله, ومن كانت هجرته الى دنيا يصيبها, او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هجر اليه.4
______________________
4 al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab…,  bab…

Kaedah penulisan rujukan di atas perlu ditukar kepada kaedah berikut:
a.        Untuk hadith yang dirujuk kepada Bukhari dan Muslim:
Sekiranya hadith itu diriwayatkan oleh al-Bukhari atau Muslim atau kedua-duanya maka hendaklah dicatatkan Kitab, Bab dan Nombor. Contohnya:
Sabda Rasulullah SAW:
إنما الأعمال بالنيات,  وانما لكل امرئ ما نوى, فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله, ومن كانت هجرته الى دنيا يصيبها, او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هجر اليه.4
______________________
4 al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’u al-Wahyi,  Bab. Kaifa Kana Bad’u al-Wahyi ila Rasulullah SAW , No. 1

b.        Untuk hadith yang diriwayatkan oleh SELAIN al-Bukhari dan Muslim:
Sekiranya hadith itu diriwayatkan oleh selain al-Bukhari dan Muslim maka hendaklah   dicatatkan Kitab, Bab, Nombor dan Hukum hadith. Contohnya:
Sabda Rasulullah SAW:
إن الله أعطى كل ذي حق حقه ألا لا وصية لوارث. 4
______________________
4 Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Wasaya, Bab Ma Ja’a fi al-Wasiyyah li al-Warith, No. 2870. Hukum Hadith: Al-Albani berkata, “Hasan Sahih” (al-Albani, Sahih Sunan Abi Dawud).





Kesimpulan

Kajian ini mendapati bahawa aplikasi ilmu takhrij hadith belum lagi terlaksana secara sempurna oleh para pelajar pasca siswazah Fakulti Pengajian Islam. Sewajarnya pelajar pasca siswazah tanpa mengira pengkhususan dapat mengaplikasikan takhrij hadith di dalam penyelidikan mereka secara betul dan tepat. Justeru pengkaji mencadangkan kursus Ilmu Takhrij Hadith dijadikan kursus teras terutamanya dalam bidang Pengajian Islam kerana hadith merupakan salah satu sumber yang penting dalam bidang pengajian ini dan supaya penyelidikan dan sebarang penulisan baru yang membabitkan hadith Rasulullah s.a.w. tidak lagi menjadi bahan pertikaian. Sekian.





[1]  Kertas kerja ini disediakan oleh Kumpulan Penyelidik UKM-PTS-062-2010 dan dibentangkan dalam “Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti Dan Cabaran Semasa (MUSNAD)”, 12-13 Julai 2011 bersamaan 10-11 Syaaban 1432H, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[3] Pensyarah bidang Hadith dan Ulum al-Hadith di Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[4] Pensyarah Kanan bidang Kajian Hadith di Nusantara di Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[5] Profesor Madya bidang Tafsir di Nusantara di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[6]  Pensyarah Kanan bidang Aqidah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails