RSS Feeds

Translate

6.06.2013

Menyambut Cahaya Mata

Amalan-amalan berkaitan dengan kelahiran cahaya mata
mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.:

Pendahuluan
  
1- Azan dan iqamah di telinga bayi yang baru dilahirkan:
Hadith yang berkaitan dengan dua perkara ini adalah hadith yang lemah dan tidak kuat untuk dijadikan hujah dalam amalan ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah.
[Lihat Silsilah al-Ahadith al-Da'ifah karangan al-Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani; nombor 321dan 6121.]
  
2- Meminta Allah Ta’ala memberikan perlindungan kepada bayi:
عن ابن عباس قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين يقول أعيذكما بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة.
[Hr al-Tirmizi Kitab al-Tibb, Bab Ma ja’a fi al-ruqya min al-‘ain, No 1986; dan Abu Daud, Kitab al-Sunnah, Bab fi al-Quran, No. 4112. Dihukum Sahih oleh al-Albani, antara lain dalam Sahih Sunan al-Tirmizi No 2060.]
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas katanya 'Rasulullah sering meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain dengan berkata "Aku melindungkan engkau berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan dan serangga atau binatang berbisa serta daripada semua pandangan mata yang memudharatkan."

Perhatian: untuk bayi lelaki dibaca (U‘izuka) manakala untuk bayi perempuan dibaca (U‘izuki), "U'izuka (lelaki) / U'izuki (perempuan) bi kalimaatillaahit taammaati min kulli syaitaanin wa haammah wa min kullia 'ainin laammah" 

3- Mendoakan keberkatan secara umum untuk bayi:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِفَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ.
[Hr Muslim, Kitab al-Adab, Bab Istihbab tahnik al-maulud ‘inda wiladatih, No 4000.]
Maksudnya: Daripada Aisyah bahawRasulullah s.a.w. sering dibawa kepadanya bayi-bayi lalu Bagindamendoakan keberkatan untuk mereka dan mentahnikkan mereka.
* Jadi berdasarkan hadith ini sekiranya bayi itu lelaki, boleh dibaca seperti berikut:
 اللـّهُمَّ بَاركْ فِيْهِ.
Maksudnya: "Allaahumma baarik fiihYa Allah berkatilah dia.
* Manakala sekiranya bayi itu perempuan dibaca seperti berikut:
اللـّهُمَّ بَاركْ فِيْهَا.
Maksudnya: "Allaahumma baarik fiihaaYa Allah berkatilah dia.
Perhatian: untuk bayi lelaki dibaca (fiih) manakala untuk bayi perempuan dibaca (fiihaa). 

4- Mendoakan keberkatan dalam bentuk harta dan zuriat serta panjang umur (untuk bayi dan anak kecil):
اللهم أكثر ماله ، وولده ، وبارك له فيما أعطيته
Maksudnya: “Allaahumma akthir maalahu wa waladahu wa baarik lahi fiimaa a’taitahu” Ya Allah perbanyakkanlah hartanya dan anaknya serta berkatilah untuknya apa yang Engkau berikan kepadanya.
[Hr al-Bukhari, Kitab, Bab, No. dan Muslim, Kitab, Bab, No.]  

5- Mentahnikkan bayi:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ.
[Hr Muslim, Kitab al-Adab, Bab Istihbab tahnik al-maulud ‘inda wiladatih, No 4000.]
Maksudnya: Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sering dibawa kepadanya bayi-bayi lalu Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentahnikkan mereka.
[Tahniik ialah: Mengunyah atau melumatkan makanan manis (khususnya kurma) kemudian meletakkannya di dalam mulut bayi pada langit-langitnya. .Tahniik dengan mengunyah adalah khas untuk Nabi s.a.w. Bagi orang lain, cukuplah sekadar melumatkan kurma dengan sedikit air lalu diletakkan pada langit-langit bayi berkenaan.] 

6-Sembelih Aqiqah:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌبِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata ya’iq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab al-‘Aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156.Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]

Maksudnya: Daripada Samurah bin Jundub daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Semua bayi tergadai denganaqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama."
* Berapa ekor?
أَنَّ أُمَّ كُرْزٍ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْعَقِيقَةِ فَقَالَ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ وَعَنْ الْأُنْثَى وَاحِدَةٌ وَلَا يَضُرُّكُمْ ذُكْرَانًا كُنَّ أَمْ إِنَاثًا.
[Hr al-Tirmizi, Kitab al-Adahi, Bab Ma ja’a fi al-‘aqiqah, No 1435; dan al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Kam yu’aq ‘an al-jariah, No 4146-4147; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab Fi al-‘aqiqah, No 2451; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3153. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi no. 1516.]
Maksudnya: bahawa Ummu Kurz telah memberitahunya bahawa beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang aqiqah lalu Baginda bersabda, “Bagi pihak anak lelaki dua ekor kambing biri-biri dan bagi pihak anak perempuan seekor kambing biri-biri. Tidak kisah sama ada jantan atau betina.”
* Masa sembelih?
Masa yang terbaik ialah pada hari yang ketujuh:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata ya’iq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab al-‘Aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156.Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]
Maksudnya: Daripada Samurah bin Jundub daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama."
Sekiranya tidak dapat dibuat pada hari yang ketujuh, boleh dibuat pada mana-mana hari selepas itu tanpa had berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi Nabi:
عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعدما بعث بالنبوة.
[Hr al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar (1/461) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (1/529).  DihukumHasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah no. 2726.]
Maksudnya: Daripada Anas bahawa Nabi s.a.w. telah menyembelih aqiqah untuk dirinya selepas Baginda dilantik mejadi nabi.
Terdapat juga riwayat daripada ‘Aishah r.a. mengatakan sembelihan Aqiqah boleh dibuat pada hari ke 7 atau 14 atau 21,:
عن الميموني قال قلت لأبي عبد الله: متى يعق عنه؟ قال: أما عائشة فتقول: سبعة أيام وأربعة عشر ولأحد وعشرين.
[Tuhfah al-Maudud, oleh Ibnu al-Qayyim, hlm 45.]
Maksudnya: Daripada al-Maimuni katanya 'Aku bertanya Abu Abdillah (Imam Ahmad), Bilakah disembelih aqiqah bayi? Jawabnya 'Adapun Aisyah, beliau mengatakan "Tujuh hari, empat belas hari dan dua puluh satu hari." 

7- Cukur rambut bayi:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata yu’aq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab Fi al-‘aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156.Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]
Maksudnya: Daripada Samurah bin Jundub daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama."
* Timbang rambut itu dan sedekah nilainya yang bersamaan dengan perak, ini lebih utama (atau emas jika tidak dapat dengan perak):
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ.
[Hr al-Tirmizi, Kitab al-Adaha, Bab al-‘Aqiqah bi syah, No 1439, dan dihukum Hasan oleh al-Albani; dan Ahmad, Min musnad al-qabail, Hadith Abi Rafi’ radiAllahu ‘anhu, No 25930.]
Maksudnya: Daripada Ali bin Abu Talib katanya Rasulullah telah menyembelih seekor kambing sebagai aqiqah Hasan dan berkata kepada Fatimah "Wahai Fathimah! Cukurlah kepalanya, dan bersedekahlah dengan perak yang senilai dengan timbangan rambutnya." Dan berat rambut Hasan ialah satu dirham atau kurang sedikit." 

8- Beri nama:
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى.
[Hr al-Nasa’i, Kitab al-‘Aqiqah, Bab Mata yu’aq, No 4149; dan Abu Daud, Kitab al-Dahaya, Bab Fi al-‘aqiqah, No 2455; dan Ibnu Majah, Kitab al-Zabaih, Bab al-‘Aqiqah, No 3156. Dihukum Sahih oleh al-Albani antara lain di dalam Sahih Sunan al-Nasai no. 4231.]
Maksudnya: Daripada Samurah bin Jundub daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh kelahirannya, dan dicukur kepalanya dan diberikan nama." 

9- Khitan:
Masa terbaik untuk khitan ialah pada hari ke 7:
عن جابر قال عق رسول الله  صلى الله عليه وسلم  عن الحسن والحسين وختنهما لسبعة أيام.
[Hr al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (8/324); dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, hlm 185. Hadith ini dihukum kuat (Qawiy) oleh al-Albani menggunakan satu hadith lain di dalam Tamam al-Minnah, hlm 68.]
Maksudnya: Daripada Jabir katanya Rasulullah s.a.w. telah menyembelih bagi pihak Hasan dan Husain dan mengkhatan mereka pada hari ke tujuh.  
Sekiranya tidak dibuat demikian, maka wajib dilakukan khitan sebelum baligh:
عن سعيد بن جبير قال سئل ابن عباس مثل من أنت حين قبض النبي صلى الله عليه وسلم ؟ قال أنا يومئذ مختون قال وكانوا لا يختنون الرجل حتى يدركوقال ابن إدريس عن أبيه عن أبي إسحق عن سعيد بن جبير عن ابن عباس قبض النبي صلى الله عليه وسلم وأنا ختين
[Hr al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, Bab al-Khitan Ba’d al-Kibar Wa Natf al-Ibit, No. 5941.]

Maksudnya: Daripada Sa'id bin Jubair katanya, Ibnu Abbas ditanya, 'Seperti siapakah kamu (berapa umur kamu) apabila Nabi s.a.w. wafat?' Katanya, 'Saya telahpun dikhatan pada ketika itu.' Kata periwayat, 'Dahulu mereka tidak mengkhatan orang lelaki sehinggalah dia baligh.' Ibnu Idris berkata daripada ayahnya daripada Abu Ishaq daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn Abbas katanya, 'Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan saya telah dikhatan.'

Semasa menghuraikan hadith ini, Ibn Hajar rahimahullah telah membincangkan umur Ibnu Abbas semasa kewafatan Rasulullah s.a.w. dan membuat kesimpulan bahawa umurnya pada masa itu ialah sekitar 13 tahun.

Semoga Allah memberkati amalan kita dan menerimanya sebagai amalan salih! Amin. 

Keterangan al-Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah tentang hadith azan untuk bayi:

321- [ من ولد له مولود فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم الصبيان ]
Maudhu’.
Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya (4/1602), dan oleh Ibnu al-Sunni daripadanya dalam Amal alyaum wallailah (200/617), juga oleh Ibnu Asakir (16/182/2) melalui jalan Abu Ya’la, juga oleh Ibnu Basyran dalam alAmali (88/1), juga oleh Abu Tahir alQurashi dalam Hadith Ibnu Marwan alAnsari wa ghairih (2/1) melalui jalanYahya bin alAla’ alRazi daripada Marwan bin Sulaiman daripada Talhah bin Ubaidillah alUqaili daripada alHusain bin Ali secara marfu’.

Aku (alAlbani) berkata: Ini sanad yang maudhu’.Yahya bin alAla’ dan Marwan bin Salim mereka berdua me-maudhu’-kan (memalsukan) hadith.

Ibnu al-Qayyim telah menyandarkannya dalam Tuhfah alMaulud (hlm. 9) kepada alBaihaqi kemudian beliau berkata,“Dia kata sanadnya daif.’’

Aku (alAlbani) berkata: Kenyataan ini mempunyai kelonggaran yang jelas.

Sepertinya juga kata-kata al-Haithami dalam al-Majma’ (4/59),“Diriwayatkan oleh Abu Ya’la. Dan di dalamnya terdapat Marwan bin Sulaiman alGhifari dan dia matruk (ditinggalkan).’’

Lalu alMunawi mengkomen dalam Syarh alJami’ alSaghir dengan berkata,“Dan aku berkata: mengikatkan jenayah pada kepalanya seorang,mengisyaratkan bahawa tiada di dalam sanad ini orang yang diserang kecuali dia sahaja. Sedangkan realitinya adalah sebaliknya. Ini kerana di dalam sanad ini terdapat Yahya bin al-Ala’ al-Bajali al-Razi. Al-Zahabi telah berkata dalam al-Du’afa’ wal-Matrukin, “Ahmad berkata: kazzab wadda‘ (penipu besar dan pemalsu hadith).’’ Dan al-Zahabi berkata dalam al-Mizan,“Ahmad berkata: kazzab yada‘ (penipu besar dan memalsukan hadith).’’ Kemudian beliau (al-Zahabi) membawa contoh hadith-hadithnya antaranya hadith ini.’’

Aku (alAlbani) berkata: Sesungguhnya ke-maudhu’-an hadith ini telah tersembunyi ke atas sekumpulan ulamak yang menulis tentang zikir dan wirid seperti alImam alNawawi rahimahullah. Beliau telah menyatakannya dalam kitabnya dengan riwayat Ibnu alSunni tanpa mengisyaratkan kepada ke-daif-annya. Ibnu Allan yang mensyarahkan kitab itu (6/95) juga senyap dan tidak menyebut sesuatupun tentang sanadnya. Kemudian datang Ibnu Taimiyyah selepas al-Nawawi lalu dinyatakannya hadith ini dalam al-Kalim al-Tayyib. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibnu al-Qayyim yang menyatakannya dalam al-Wabil al-Sayyib. Mereka berdua hanya mengisyaratkan ke-daif-an hadith ini dengan menyebut wayuzkaru di hadapan hadith ini. Perbuatan ini, walaupun melepaskan tanggungjawab mereka daripada diam tidak menjelaskan ke-daif-annya, akan tetapi ianya masih tidak melepaskan langsung tanggungjawab menyatakan hadith ini. Ini kerana sebutanwayuzkaru hanya mengisyaratkan hadith ini daif sahaja dan bukannya maudu’. Kalau tidak, pasti mereka tidak menyatakan hadith ini sama sekali. Dan inilah yang difahami oleh sesiapa sahaja yang membacanya dalam kitab mereka berdua.

Amat jelas kesalahan perbuatan ini kerana mungkin akan datang orang selepas mereka berdua yang akan terpengaruh dengan perbuatan mereka berdua yang hebat lalu berkata, ‘Tidak mengapa, hadith daif masih boleh digunakan dalam babkelebihan amalan.’ Atau setidak-tidaknya menjadikan hadith itu syahid untuk dikuatkan dengannya kepada hadith daif lain. Sedangkan mungkin dia lupa bahawa syarat dalam dua situasi ini ialah ke-daif-annya tidak boleh melampau.

Aku telah dapati orang yang berbuat begini. Iaitu seperti dalam hadith yang diriwayatkan al-Tirmizidengan sanad daif daripada Abu Rafi’ katanya,
[ رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أذن في أذن الحسن بن علي حين ولدته فاطمة بالصلاة ]
alTirmizi berkata, “Hadith sahih dan ulamaberamal berdasarkannya.”
Al-Mubarakfuri menjelaskan kedaifan hadith ini berdasarkan kata-kata ulama tentang riwayatAsim bin Ubaidillah, kemudian berkata, “Jika kamu bertanya, ‘Bagaimana amalan ulama berdasarkannya sedangkan ianya daif?’ Aku jawab, ‘Ya, ianya daif, tetapi dikuatkan dengan hadith al-Husain bin Ali r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la al-Musili dan Ibnu al-Sunni.’ ”

Perhatikanlah bagaimana beliau (al-Mubarakfuri) telah menguatkan hadith daif dengan menggunakan hadith maudu’. Ini adalah kerana dia tidak mengetahui tentang ke-maudhu’-annya dan dia terpengaruh dengan ulama lain yang telah menyatakan hadith itu. Dan aku sendiri nyaris-nyaris terjatuh pada tempat yang sama, maka perhatikanlah!

Ya, hadith Abu Rafi’ boleh dikuatkan dengan hadith Ibnu Abbas:
[ أن النبي صلى الله عليه وسلم أذن في أذن الحسن بن علي يوم ولد وأقام في أذنه اليسرى ]
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Syu’ab bersama hadith al-Hasan bin Ali kemudian beliau (al-Baihaqi) berkata, “Di dalam sanad kedua-duanya terdapat kelemahan (du’f). Ianya juga dinyatakan oleh Ibnu al-Qayyim dalam al-Tuhfah (hlm 16).

Aku (al-Albani) berkata: mungkin sanad ini lebih baik daripada sanad hadith al-Hasan dengan ertikata ianya sesuai untuk jadi syahid kepada hadith Rafi’, wallahu a’lam.

Jika sekiranya demikian, hadith ini sesuai untuk syahid bagi azan kerana yang dinyatakan dalam hadith Abu Rafi’ ialah azan. Adapun berkenaan dengan iqamah maka ini satu keganjilan, wallahu a’lam.

Sekarang ini selepas al-Syu’ab telah dicetak, aku berkata: sesungguhnya hadith ini tidak sesuai menjadi syahid kerana di dalam sanadnya terdapat seorang kazzab matruk. Aku berasa pelik dengan al-Baihaqi kemudian Ibnu alQayyim bagaimana mereka boleh memadai dengan mendaifkannya sahaja. Sehinggakan aku sendiri nyaris-nyaris menerimanya sebagai sesuai untuk istisyhad. Jadi aku merasakan satu kewajipan untuk menerangkannya dan mentakhrijnya di bawah nombor (6121).

1 comments:

Nadim said...

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Tuan,Mohon copy utk rujukan.

Syukran Jazilan.

Related Posts with Thumbnails