RSS Feeds

Translate

7.23.2013

Hikmah Ramadan_8



1.6.Konsep Terperinci Penjanaan Taqwa Dalam Bulan Ramadan (Perintah)

·                     Bersahur dan berbuka pada waktunya:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ  [1]
Maksudnya: Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa.

Ø   Penerapan taqwa 1: Perkataan sahur dalam bahasa Arab bererti makanan yang diambil di akhir malam sejurus sebelum waktu subuh. Amalan ‘bersahur’ di tengah malam sewajarnya dinamakan makan lewat malam dan bukannya sahur. Hadith di atas menunjukkan bagaimana pentingnya muslim melewatkan sahurnya sebagaimana ianya menuntut muslim agar mempercepatkan buka puasa. Ini mendidiknya untuk sentiasa memberi perhatian kepada masa. Umurnya yang merupakan masa hendaklah disusun menurut kehendak Allah Ta‘ala sesuai dengan petunjuk Rasulullah s.a.w., antara lain seperti amalan qailulah (tidur sejenak di waktu tengahari) yang membantu muslim untuk melaksanakan qiyamullail. Sabda Rasulullah s.a.w.:
قيلوا فإن الشياطين لا تقيل. [2]
Maksudnya: “Tidurlah (atau rehatlah) sejenak di waktu tengahari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada waktu itu.”

Ø   Penerapan taqwa 2: Menepati masa dalam bersahur dan berbuka mengundang kebaikan dan keberkatan. Justeru, hendaklah muslim sentiasa mencari kebaikan dan keberkatan yang diiktiraf oleh Allah Ta‘ala. Hendaklah dihindari perkara yang disangka baik dan berkat oleh manusia tanpa bersandarkan apa-apa dalil yang sahih. Allah Ta‘ala sahaja yang berhak menentukan wujudnya kebaikan dan keberkatan pada sesuatu tempat, waktu dan objek.


[1]  HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Ta‘jil al-Iftar, No. 1957. Juga Muslim,  Kitab al-Siyam, Bab Fadl al-Sahur WaTa’kid Istihbabih Wa Istihbab Ta’khirih Wa Ta‘jil al-Fitr, No. 1838.
[2]  HR al-Tabarani dalam al-Ausat. Dihukum hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 1647 dan Sahih al-Jami' 4431.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails