RSS Feeds

Translate

7.23.2013

Hikmah Ramadan_7



1.5.Konsep Terperinci Penjanaan Taqwa Dalam Bulan Ramadan (Perintah)

·                     Bersabar di hadapan provokasi. Sabda Rasulullah s.a.w.:
قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ. [1]
Maksudnya: Allah berfirman, {Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, ianya adalah untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjarannya}. Puasa adalah perisai. Jika tiba hari puasa salah seorang dari kamu, janganlah dia bercakap lucah atau berjimak dan mengangkat suaranya. Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebut, ‘Saya berpuasa.’ Demi tuhan yang jiwa Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada kasturi. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; semasa dia berbuka dia akan gembira dan semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya.

Ø   Penerapan taqwa: Puasa mendidik muslim agar menahan dirinya daripada pergaduhan. Dengan ini puasa mendidik sifat mulia iaitu sifat sabar dalam jiwa muslim. Setelah diterapkan sifat ini, hendaklah diteruskan walaupun Ramadan telah berakhir. Tidak dinafikan bahawa praktikal sifat ini adalah begitu sukar. Oleh itu, Allah menjanjikan pahala yang tidak terhad kepada orang yang sentiasa bersabar. Firman Allah Ta‘ala (al-Zumar 39:10):

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

Ø   Sekiranya sifat sabar dapat diterapkan maka sempurnalah agama seseorang muslim itu. Ini kerana sabar itu merangkumi tiga aspek utama penghayatan agama iaitu:
i.          Sabar dalam mengamalkan ketaatan.
ii.        Sabar dalam meninggalkan maksiat
iii.      Cekal dalam menghadapi musibah.


[1]  HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Hal Yaqulu Inni Sa’im Idza Shutim. No. 1904.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails