RSS Feeds

Translate

7.23.2013

Hikmah Ramadan_2



Konsep Global Kebaikan dan Keburukan

Berikut dijelaskan beberapa konsep kebaikan yang secara langsungnya berlawanan dengan konsep keburukan:
·                     Keazaman kental yang disusuli usaha, lawannya tiada kehendak yang menyebabkan tiada persiapan. Firman Allah Ta‘ala (Ali Imran 3:159):
Maksudnya: Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Firman Allah Ta‘ala lagi (al-Taubah 9:46):
Maksudnya: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan (oleh Syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal.

·                     Bersegera, lawannya melewat-lewatkan:
Firman Allah Ta‘ala (Ali Imran 3:133):
Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Firman Allah Ta‘ala lagi (al-Nisa’ 4:72):
Maksudnya: Dan sesungguhnya ada di antara kamu: Orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang). 

·                     Berpatutan, lawannya melampau:
Firman Allah Ta‘ala (al-Taghabun 64:16):
Maksudnya: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ. [1]
Maksudnya:Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seorangpun yang keterlaluan dalam amalan agama kecuali dia akan dikalahkan oleh agama. Jadi hendaklah kamu berusaha menepati kebenaran dan berusaha menepati kesempurnaan serta bergembiralah (dengan janji-janji baik Allah). Hendaklah kamu berusaha pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.”

·                     Berterusan, lawannya terputus:
Sabda Rasulullah s.a.w.:
وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ.[2]
Maksudnya: Sebaik-baik amalan di sisi Allah Ta'ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ  مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ.  قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا الاِسْتِعْجَالُ؟ قال يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيْبُ لِيْ فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ. [3]

Maksudnya: Akan sentiasa dimakbulkan bagi seseorang hamba itu sekiranya dia tidak berdoa meminta perkara berdosa atau memutuskan silaturrahim, selagimana dia tidak tergopoh-gapah. Lalu sahabatpun bertanya; Ya Rasulullah, apakah dia tergopoh-gapah itu? Sabda Baginda; Dia (pendoa) berkata; Aku telahpun berdoa dan berdoa, tetapi aku tidak nampak doaku dimakbulkan untukku. Lalu diapun merasa dukacita dan meninggalkan doa.






[1]  HR al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab al-Din Yusr, No. 38.
[2]  HR al-Bukhari, Kitab al-Libas, Bab al-julus 'ala al-hasir wa nahwih, No. 5861. Juga Muslim, No. 782.
[3]  HR Muslim, Kitab al-Dzikr Wa al-Du‘a Wa al-Taubah Wa al-Istighfar, Bab Yustajab li al-Da‘i Ma Lam Ya‘jil…, No. 4918. Dan al-Bukhari, Kitab al-Da‘awat, Bab Yustajab li al-‘Abd Ma Lam Ya‘jal, No. 5865.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails