RSS Feeds

Translate

7.23.2013

Hikmah Ramadan_3



1.1.Konsep Terperinci Penjanaan Taqwa Dalam Bulan Ramadan (Perintah)

Seterusnya akan dijelaskan beberapa amalan yang dilakukan dan juga disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Himpunan amalan dan petunjuk ini merealisasikan penerapan taqwa di bulan Ramadan yang mulia ini. Amalan-amalan itu adalah seperti berikut:

·                     Berakhlak mulia. Di dalam sebuah hadith:
...أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ. [1]
Maksudnya: … bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata, ‘Nabi s.a.w. adalah orang yang paling baik dalam kebajikan. Dia menjadi paling baik di bulan Ramadan apabila Jibril datang berjumpa dengannya. Jibril a.s. sering berjumpa baginda setiap malam dalam bulan Ramadan sehingga akhir bulan agar Nabi s.a.w. membentangkan bacaan al-Quran kepadanya. Apabila Jibril a.s. berjumpa baginda, baginda akan menjadi lebih baik daripada angin yang lembut.’

Ø   Penerapan taqwa: Hadith ini jelas menunjukkan akhlak mulia hendaklah ditingkat dalam bulan Ramadan dan diwujudkan sepanjang tahun. Akhlak yang mulia ialah akhlak yang berlandaskan al-Quran. Di dalam satu riwayat:
عَنْ سَعْدٍ بْنِ هِشَامٍ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَتَيْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِيْنَ أَخْبِرِيْنِيْ بِخُلُقِ رَسُوْلِ اللهِ  r قالت (كان خُلُقُهُ الْقرآنَ  أَمَا تَقْرَأُ القرآنَ قولَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ {وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمٍ} قلْتُ فإنِّيْ أُرِيْدُ أنْ أتَبَتَّلَ قَالت (لاَ تَفْعَلْ أَمَا تَقْرَأ {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} فَقَدْ تَزَوَّجَ رَسُوْلُ اللهِ r وَقَدْ وُلِدَ لَهُ.)        رواه أحمد. [2]
Maksudnya: Dari Sa‘d bin Hisham bin ‘Amir bahawa dia telah datang kepada ‘Aisyah lalu berkata, ‘Wahai Ummul Mukminin, beritahukanlah kepadaku tentang akhlak Rasulullah r ,’ Jawab ‘Aisyah, ‘Akhlak Baginda adalah Al-Quran. Tidakkah kamu membaca firman Allah ‘Azza wa Jalla {Dan sesungguhnya kamu berada di atas akhlak yang agung}.’ Kataku lagi, ‘Sesungguhnya aku ingin tekun beribadah (sahaja).’ Jawab beliau, ‘Jangan kamu buat, tidakkah kamu membaca firmanNya {Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah terdapat ikutan yang mulia}, sesungguhnya Rasulullah r telah berkahwin dan mempunyai anak.’

Ø   Ketahuilah bahawa kedudukan akhlak mulia dalam Islam amat penting. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ. [3]
Maksudnya: “Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan budi pekerti.”
alam syurga, hendaklah dia berpegang kepada kesatuan.”



[1]  HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Ajwadu Ma Kana al-Nabi s.a.w. Yakunu Fi Ramadan, No. 1769.
[2]  HR Ahmad, Baqi Musnad al-Ansar, Hadith al-Sayyidah ‘Aishah Radiya Allah ‘anha, No. 24645 dan 24854. Dihukum Sahih oleh Shu‘aib al-Arna‘ut.
[3] HR Ahmad, Baqi Musnad al-Mukthirin, Baqi al-Musnad al-Sabiq, No. 8939. Dihukum Sahih oleh Shu‘aib al-Arna‘ut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails