RSS Feeds

Translate


6.29.2010

Etika dan Adab Pergaulan Apabila Berselisih Pendapat

Cetak Halaman

Etika dan Adab Pergaulan Apabila Berselisih Pendapat:

Memandangkan kepentingan etika dan adab dalam Islam, terpanggil saya untuk mengutarakan beberapa adab semasa berlakunya perselisihan pendapat yang saya petik daripada buku saya dan dua rakan lain, tajuknya (Khilaf dalam Islam: Sebab dan Adab). Etika dan adab berikut adalah berkaitan pergaulan dan interaksi sesama mereka yang berselisih pandangan, pendirian dan pendapat:

1. Tidak fanatik (ta‘assub)

Di dalam sebuah hadith:
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أُرَاهُ رَفَعَهُ قَالَ أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا
Maksudnya: Daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah, (Aku rasakan dia merafa’kan hadith ini) katanya, “Cintalah orang yang kamu cinta secara berpatutan, kerana mungkin dia akan menjadi orang yang kamu benci satu hari nanti. Bencilah orang yang kamu benci secara berpatutan, kerana mungkin dia akan menjadi orang yang kamu cinta satu hari nanti.

Apabila pandangan dialihkan ke arah pergaulan, Islam merupakan agama terhebat dalam membentuk keseimbangan dalam kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Pergaulan yang harmoni dan mesra di semua peringkat menjadi simbol agama mulia ini. Kita dapati, walaupun junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW terasa terguris dengan pembunuhan pakciknya Hamzah, Baginda masih memaafkan pembunuhnya yang telah memeluk Islam. Cuma, Baginda memintanya supaya tidak menampilkan dirinya di hadapan Baginda supaya nostalgia silam tidak menghantui Baginda. Ukuwwah tetap ukuwwah. Kesilapan peribadi pula ditangani dengan cara yang amat profesional; tanpa fanatik terhadap hubungan kekeluargaan, kenegaraan, kemazhaban dan sebagainya.

2. Tidak berkelompok (tahazzub)
Sabda Rasulullah SAW :
الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي لَا يُخَالِطُهُمْ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ قَالَ حَجَّاجٌ خَيْرٌ مِنْ الَّذِي لَا يُخَالِطُهُمْ
Maksudnya: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar terhadap amalan mereka yang menyakitkan lebih besar pahalanya daripada orang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak pula bersabat terhadap amalan mereka yang menyakitkan.

Setiap seorang yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai keistimewaan dan kehebatannya yang tersendiri, di samping kelemahan dan kekurangan yang jelas dan pasti. Di dalam menghadapi senario ini, Islam mendidik penganutnya supaya saling bantu-membantu di dalam memartabatkan kebenaran dan ketaqwaan. Orang yang mahir di dalam sesuatu bidang seharusnya membantu Islam dari sudutnya serta menggalakkan orang yang berkemahiran dalam bidang lain supaya turut membantu Islam. Persepakatan ini akan menguatkan agama ini. Sebaliknya, jika setiap ahli atau pakar menganggap jurusannya sahaja yang dapat membantu Islam, manakala jurusan lain tidak penting, ini hanya akan mewujudkan pertembungan yang merugikan Islam. Kita dapati, di kalangan para Sahabat, kepelbagaian dalam kemahiran tidak menghalang mereka daripada bersatu untuk memperjuangkan Islam. Khalid dengan kepahlawanannya, Abu Hurairah dengan ketajaman hafalannya, Ibnu Mas‘ud dengan kepakaran ilmunya; semuanya tidak pernah memperkecilkan peranan orang lain di dalam menjunjung Islam, apatah lagi menghalang pengikutnya daripada mendapat faedah daripada tokoh-tokoh lain.

3. Menghormati orang lain.
Sabda Rasulullah SAW :
وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Maksudnya: Dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim ialah saudara bagi orang muslim lain. Dia tidak boleh menzaliminya, membelakanginya dan menghinanya. Ketaqwaan terletak di sini (lalu Baginda menunjukkan kepada hatinya, sebanayak 3 kali). Sudah memadai keburukan pada seseorang lelaki apabila dia menghina saudara muslimnya. Setiap muslim adalah haram ke atas muslim yang lain dari sudut darah, harta dan maruah.

Kebiasaannya apabila disebut perkataan dosa, akal akan terus terfikir dosa-dosa yang masyhur seperti membunuh, berzina, mencuri dan sebagainya. Rasanya sedikit yang akan menekankan pandangan manusia terhadap manusia lain. Akan tetapi Rasulullah  telah menjelaskan bahawa memandang rendah terhadap saudara seagama adalah satu dosa yang utama. Jika tiada tambahan dosa lain, memandang rendah kepada orang lain sudah memadai. Sudah tentu, dosa ini menjurus kepada perbuatan orang yang mempunyai kelebihan memandang rendah kepada orang yang jurang upaya dalam apa sahaja bidang dan situasi. Bagaimanakah sekiranya tidak mempunyai kelebihan tetapi masih memandang rendah orang lain? Ini sebenarnya lebih dahsyat daripada yang tadi; di samping dosa besar, Allah menambahnya dengan satu lagi balasan iaitu tidak akan ditegur olehNya di akhirat kelak.

Semoga coretan ini menjadikan kita lebih beretika dalam menghadapi perselisihan di antara kita.

7 comments:

Anonymous said...

2. Tidak berkelompok (tahazzub)
menarik..tapi umno tu bukan hizb ke? masuk umno bukan tahazzub?

“Saya simpati dengan mereka”
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7881918.asp

Soleh said...

UMNO sudah menjadi kerajaan! dan tiada dua pemimpin, klu ada dua pemimpin bunuh yg keduanya. sepatutnya, PAS juga bersama UMNO menasihati mereka sungguhpun ditolak. ke saya silap?

Anonymous said...

Asalamualaikum,
1.Nik Aziz telah membutakan hati-hati pengikutnya...mereka sajalah yang Islam...

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Teruskan dakwah...semasa diawal dakwah Rasulallah di mekah.. Baginda melalui berbagai cabaran.. terutama ancaman dari abu jahal...
2.Anda juga sedang berhadapan dengan abu jahal-abu jahal Malaysia..maka saya rasa Tuan sudah maklum bagaiman nak atasi abu jahal-abu jahal Malaysia ini.

Anonymous said...

"UMNO sudah menjadi kerajaan!"

kerajaan kat mana ?? di selangor umno pembangkang.

lepas PRU 13 ni mungkin di pusat pun pembangkang.

Anonymous said...

3. Menghormati orang lain.

patut la dalam siri ceramah ust yg saya ikuti, ust sangat menghormati orang lain dan menjaga adab berselisih pendapat.!? :) :) :)

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

saya slh sorg student ust dulu.
ketika kali pertama saya membaca berita mengenai ustaz, saya agak terkejut. Namun saya tahu dan yakin bhw ada hikmahnya disebalik semua ini. Moga2 terdidiklah golongan pemimpin negara kearah yang diredhai.

Related Posts with Thumbnails