RSS Feeds

Translate

6.26.2010

Kenapa masuk UMNO?

Cetak Halaman

Kenapa masuk UMNO?

Segala puji dan puja hanya bagi Allah, solat dan salam ke atas Rasulullah, seterusnya:

Soalan ini, 'Kenapa masuk UMNO?' bukan sahaja ditujukan kepada saya, bahkan ditujukan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Cuma, ada yang memahami dan ada yang sukar menerima. Apapun, ingin saya nyatakan di sini kepada ikhwah sekelian bahawa kemasukan kami ke dalam UMNO telah dilakukan selepas pelbagai perbincangan dan penelitian dibuat termasuk mengambil pandangan ulama yang lebih senior.

Tujuan utama kami memasuki UMNO adalah untuk berdakwah dari dalam, untuk kebaikan ahli-ahli UMNO yang kami rasakan amat subur untuk proses peningkatan ilmiah, keagamaan dan kerohanian. Bukanlah tujuan kami untuk menimbulkan keresahan mahupun permusuhan di kalangan para pendakwah baik dalam UMNO mahupun dalam mana-mana parti, juga NGO-NGO. Kami hanya ingin mengambil peluang dan menerima janji pihak atasan UMNO yang ada menawarkan ruang luas untuk kami berdakwah. Dengan izin Allah jua, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menepati prinsip Ahli al-Sunnah wal-Jama‘ah dalam menyebar kebenaran dan berdakwah.

Seawal perbincangan, kami telah dapat merasakan akan timbul di hari penyerahan borang dan selepasnya nanti pandangan yang selesa, sinis dan juga berkecuali. Tetapi itu adalah asam garam perjuangan dakwah. Kami memohon agar Allah Ta‘ala sentiasa memberi petunjuk dan menetapkan pendirian kami dan semua pendakwah dalam melaksanakan usaha pembaikan.

Akhir kata, kami pohon agar semua sahabat yang prihatin terhadap perjuangan kami ini, sentiasa mendoakan agar kami tetap di atas landasan kebenaran bersesuaian dengan ruh Islam yang suci.

40 comments:

Anonymous said...

cerita paling lucu di abad ini .. sejarah tercatat ..

solehah said...

tp knp umno????

knp mesti umno??????????

dgn pas tak boleh berdakwah ke??

pelik!

TAIPINGMALI (TM) said...

BUKAN TAK BOLEH BERDAHWAH DALAM PAS, BOLEH SEKIRANYA DASAR PERJUANGAN PAS BERADA DALAM LANDASAN YANG BENAR.

HARI INI RAMAI CERDIK PANDAI DAN ILMUAN ISLAM YANG MENYOKONG PAS SUDAH TAK BOLEH BERSAMA PAS KERANA PAS SUDAH MENYELEWENG DAN MENYALAHGUNAKAN AGAMA DEMI POLITIK DUNIAWI MEREKA. DLLL

Zamari said...

yelah tu ustaz.. tapi ustaz ni ulama ke?

Anonymous said...

ya la tu taipingmali..pas telah menyeleweng..umno di atas jalan yang lurus .. justeru pilih umno .. umno menggunakan agama dengan sebenarnya menurut al quran dan sunnah selari kefahaman salafussoleh .. najib kan hafaz sunan sittah .. bikmama pula pakar riyadhusssolihin. haha

Jundi Ummah said...

1.Uz mengaku dabik diri ULAMA'?

2.Uz sendiri tahu dalam UMNO... dakwah bagaimana uz nak bawa? ilmiah kemana? dakwah kemana? Dasar UMNO meletakkan agama pada posisi terkebelakang....

3.Melihat yang masuk pun seperti ikut=ikut sahaja, bagaimana uz berishkan najis dengan kaedah masuk dalam tangki najis sekali? tangki tak bersih..uz terpalit najis pulak.

4. Mashur ini plot wahabi berpolitik nk elak kena hentam..jadi guna UMNO...?

5.Panglima ahli sunnah wal jamaah akan terus mempertahankan akidah ini.

6.Wahabi tidak mampu bertapak di hati2 rakyat malaysia.

7.Uz dan rakan-rakan telah masuk perangkap, ..menyerah borang UMNo bermakna rela menjadi alat politik UMNO. Diguna untuk kepentingan semasa...masa depan uz-uz sekalian akan tanggung malu dan jadi boneka.

8. uz pun akan keliru nanti..betul ke apa aku buat ?ni pada masa tu dah terlambat sangat...

wallahu'alam

Jundi Ummah

Anonymous said...

1.mereka masuk bukan atas nama peribadi , mereka pergi dengan bawa "ulamak" . maka apa lagi org tidak ulamak nak terangkan pada masyarakat... mereka akan kata hang sapa? atau hang bila lagi ? takkan hang lebih alim daripaada ulama "sunnah"

2. kalau mereka tak tahan dengan fitnah jahat penentang mereka sehingga dilabel wahabi ji dll, mereka digam dimsia sehingga tak boleh bergerak terutama semnejak akhir ni... apakah mereka sanggup dan tahan dengan tentangan ulama` PAS dll lepas ni. sudah pasti mereka akan pertahankan diri paling kurang , walau mungkin tak pertahankan umno. maka apa akan jadi ? salafi sunnah pun manusia biasa akan timbul dendam kesumat yang berpanjangan. walaupun sikit.Berlakulah ulama` lawan ulama atau org cerdik lawan orang cerdik yang bodoh tertawa...

3. ana yakin dan bersangka baik bahawa pemergian mereka 98% adalah taktik utk memudahkan jalan dakwah ... tapi apakah mereka ingat umno n najib ni amat dunggu dan bodoh dengan taktik mereka... sehingga akan membiarkan mereka bebas bergerak lepas ni. Betul tak boleh menghukum berdasarkan andaian , tp jgnah terlalu bodoh untuk membuat memahami situasi dan keadaan, kecerdikan akademik sja tak cukup ... anta perlu jgk dengar pandangan org2 tua.

4. kalau taktik dan strategi dakwah sekalipun siapakah yang tahu atau diberitahu??? apa akan jadi kepada penyokog n pendodkong sunnah atau pemuja mereka yang ikut jejak langkah mereka tanpa mengetahui itu hanya taktik ...

5. kalau itu jalan sunnah utk dakwah umno dah lama ulama sunnah yang lebih senior n berpengalaman yg ada dalam pas berbuat demikian termasuk TGNA... tapi menyedari fitnah lebih besar berbanding dngan sedikit manfaat maka perkara tersebut tak dilakukan wallahu a`lam ,

ana masih tgh lagi berfikir utk menilai positif situasi ini. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah.

Anonymous said...

fahamilah betul2 hadis yang kata tak boleh lawan pemerintah tu ... komunis dah tak de dah , apa yang pas buat bukan lawan pemerintah .. pas bergerak dalam ruang demokrasi yang dibenarkan oleh pemerintah.

agak2 kalau dakwah terhalang jugk lps ni ... nak keluar umno dan tubuh parti sendiri ke?

Orang cerdik orang bodoh sama je ... sama2 dalam umno.

habib said...

dia nak masuk UMNO atau PAS. lu nak sibuk buat apa? selama ni lu tak pernah ambik pot pasal dia.

dia masuk UMNO. tup.. tup.. lu masuk blog dia komplin dan pertikai kenapa bukan PAS.

lu tak pernah approach dia masuk PAS pun. jadi, lu apa kes nak sibuk?

zamari dan jundi ummah, gua baca statement pendek tu. gua masih lagi cerdik. ustaz tu tak ada mengaku dia ULAMA. yang panggil dia ulama orang UMNO. shahidan kassim sebut dia ULAMA.

jundi ummah, lu sibuk-sibuk nak panggil orang wahhabi apahal? lu tu sufi totok yang sibuk nak bercakap pasal politik.

sekali lagi gua cakap, lu orang apedehal diorang nak masuk UMNO? masa diorang neutral lu seekor pun tak datang approach dia masuk PAS. sekarang bila UMNO datang dan tawarkan ruang dakwah untuk mereka yang tertindas. lu nak bising-bising.

cakap pandai, kuliah dia orang pun lu tak pernah sampai.

habib said...

lagi satu jundi ummah.

yang ruwaibidah tu macam lu la. tahu qasidah tapi ilmu takdak.

ilmu lu ada pun belum tentu cecah lutut ilmu geng yang masuk UMNO tu.

betul, memang ilmu tu tak dikira dari PhD ataupun MA yang dipegang. tapi cakap banyak pun tak guna sebab lu memang tarak apa. kaput.

Qisroh Al Islam said...

Assalamulaikum kalian jangan lah kita terlalu mengherdik Ustaz Fadlan dan sesama kita..ada pun sebab dia masuk UMNO dia telah fikirkan sebaiknya kenapa bukan PAS itu bukan masalah tak payah lah kita yang menghukum dia..InsyaAllah dia tahu apa yg hendak dia perkatakan depan Allah nanti...adapun kita mohon bersungguh2 Allah Buka hati2 pemimpin kita utk menerima Al Quran dan As Sunnah Ana berdoa Ustaz Fadlan berjaya dimana Ulama Lain Gagal...Allah bersama2 orang yang Sabar...Ana tetap hormat Ustaz sebagai orang yg berilmu...

ahmad al-Libi said...

Jika demikian penjelasan ustaz, maka dapatlah kami bertenang. Hanya sangka baik dan doa yang akan membantu sebahagian dari kami yang terkilan dengan apa yang berlaku.

Semoga hasrat baik Ustaz akan ditimbang sebagai amal soleh di sisiNya. Kami akan terus berdoa agar perubahan dapat dilakukan. Semoga Allah membantu usaha dakwah tak kira di manapun dan di atas platform apa pun.

BarakalLahu fikum wa WaffaqakumulLah 'ala kulli umur..

Anonymous said...

dunia sunnah berkocak n bgolak dgn keputusan ‘syura’ sunnah yg bsetuju utk masuk umno.. dlm taklimat msk umno tidak semua penggerak sunnah dipanggil.. knp takut sunnah diharamkn mcm al-arqam sdgkn sunnah bukannya al-arqam.. kenapa perlu menggunakan alasan takut sunnah tkubur n takut ulamak sunnah digelar pengganas oleh zamihan.. knp takut ulama sunnah tidak dbenarkn bceramah di masjid surau kalu tak sertai umno?

knp tlalu mengikut pandangn islah di perlis n ds shahidan utk kuatkn sunnah.. knp hanya ikut pndagn bbrapa org kuat sunnah spt u.fadlan, kapten hf spy masuk umno.. knp hnya bincang hal ini hanya dlm satu malam.. knp tak tnya ulama2 sunnah lain.. knp takut sgt dgn zamihan hingga kita pn tpaksa ikut masuk lubang biawak utk lwn org mcm zamihan..

byk soalannya.. yg pasti dunia gerakan sunnah di m’sia sudah bpecah.. adakah anda sbg ahli ‘syura’ sunnah gembira dgn kepecahan di qayyim, di nidaa’, di fikrah, di islah [maaf kalu ada yg trasa.. maksud di sini perbezaan pendapat, bukan perpecahan bgaduh] dll yg kini sdg blaku hasil ‘fatwa’ karut anda itu??

aku juga kecewa spt ustaz.blogspot.com n ramai lg [from fikrah]

Anonymous said...

baiklah kalau ustaz benar2 nak dakwah umno dari dlm ..,saya syorkan ustaz ke laman forum mykmu milik umno..,

kalau ustaz berjaya menyedarkan mereka yg kat situ..,peluang utk umno lebih islamik lebih cerah..,tapi kalau tak dapat ,saya rasa apa yg ust cita2 kan tak akan berjaya..,

ust boleh jadikan mykmu sebagai salah satu tempat utk mentarbiyah mereka kpd adat & fikiran yg lebih islam..,

Anonymous said...

Di PAS apa kurangnya..ada juga fikrah sesat dan di antaranya adalah SYIAH & KHAWARIJ yang telah keluar daripada golongan ahlus sunnah wal jamaah.

Anonymous said...

Sahabat sekelian jgnlah sedih... Ustaz takkan lawan kita ... Dia adalah ejen kita Dari dalam umno, tp jgn lah bising2 nanti belum sempat apa2 dia kena tendang.

Anonymous said...

Takpe ust.. harap ust banyak2x sabar.. jgn cepat terasa.. mereka yang marah sangat tu semua sayangkan ust.. sayangkan ilmu ust.. tapi cuba ust ingatkan mereka dgn pesan nabi tentang ulama2x di akhir zaman.. :)

habib said...

yang emran tu sibuk sangat nak meluahkan 'kekecewaan' dia buat apa?

yang masuk semua ada sekurang-kurangnya degree dalam bidang agama. bukan masalah tak nak ajak dia. tapi dia ada apa?

"knp takut sunnah diharamkn mcm al-arqam sdgkn sunnah bukannya al-arqam.. kenapa perlu menggunakan alasan takut sunnah tkubur n takut ulamak sunnah digelar pengganas oleh zamihan.. knp takut ulama sunnah tidak dbenarkn bceramah di masjid surau kalu tak sertai umno?"

ustaz-ustaz ini pun perlu jaga survival dakwah serta keselamatan diri mereka sendiri. lu ustaz ke nak kompelin diorang. lu tak tanggung beban. duk kira nak bubuh orang. pe bende?

cakap kat emran yang kecewa sangat tu. pegi tukar nama betul dulu baru boleh join orang.

soleh said...

org masuk umno bukan kerana menyetujui umno, apa kita pi berdakwah ke disco sebab kita setuju dengan kemaksiatan dlm disco? itu cuma contoh, dan sy tak menggambarkan disco tu dgn umno. bahkan umno mungkin lebih baik.

dn dlm pengamatan sy, pas dn manhaj yg pegang ustaz fadlan agak berbeza, setuju tak? mungkin kita perlu dptkan penjelasan ustaz, dn sy melihat dari sudut sy sebagai org yg bleh dikatakan ahli pas dn bergerak didalamnya.

kemasukkan ustaz dlm umno tidak semestinya menentang pas, ini pun biar ustaz yg jelaskan, sy paham dri manhaj yg dipegang ustaz, pas bukanlah musuh, cuma salah satu sasaran mad'u dlm dakwah sunnah. sy yakin klu ustaz diberi peluang pasti bnyk perkara dpt dperjelaskan, almaklum dlm umno ni, ustaz2 yg diorg dgr sikit je, tu pun sy risau dgn ustaz2 yg diorg dgr, klu nak diharap pas, pas ckp sampai berdemo2 baru nak dgr, tu pun mcm tak redha dn terpaksa.

kami sokong ustaz atas landasanNya, kalau sekiranya ada khilaf kembalilah kepada Al-Quran dn As-Sunnah.

sy sedih tgk komen2 ni, org2 pas ke ni? org2 pkr ke ni? org2 dap? ekh dap? yeke? apa2pun kita bersangka baik.

soleh said...

maafkan sy, "sy risau dgn ustaz2 yg diorg dgr" tidak bermakna keburuk tapi perbezaan pendapat.

Anonymous said...

Kalau ikut sejarah, saya yakin anda akan jadi lebih UMNO dari UMNO.

Dan mustahil UMNO akan MENJADI ISLAM.
Orang Islam belajar dari sejarah dan kesilapan orang lain bukan mengulangi kesilapan orang lain.

Saya juga yakin, UMNO bukan berharapkan Ilmud ari golongan agama tetapi mempergunakan golongan agama untuk kepentingan peribadi. Akhirnya orang2 agama ini akan dimabukkan dengan pangkat dan harta sehingga mereka lupa dengan "niat" asal untuk berdakwah dari dalam.

Mari kita sama2 lihat..tunjukkan kepada saya orang agama dalam UMNO yang tidak mabuk dengan pangkat dan harta....

soleh said...

tak kira betapa teruk latar belakang seseorang, tapi apabila dia bertaubat tiada siapa dapat menghalangnya.

hilmi said...

kalaopun dalam umno dah mulai subur keislamannya, ko jd pendakwah bebas dah la...mcm2 alasan la ko bagi ustaz... buat malu kompeni je ko ni... Dah la ko tipu bdak2 lain datang dan meramaikan majlis masuk umno korang...Baru masuk umno dah buat perangai macam umno..mcmna nak dakwah dalam umno????

pria malaya said...

BONGKAR: Cerita '40 ulamak masuk Umno' hanya sandiawara Umno/Najib!!

Oleh: Pria Malaya

Penulis sudah awal-awal lagi memperkatakan bahawa ada dari kalangan mereka (ulamak yg dilaporkan 'menyertai umno') adalah terdiri dari 'orang kita'..

Niatnya mahu membongkar isu ini kemudian hari, namun Harakahdaily terlebih dahulu membuat pembongkaran, boleh baca artikel penulis terdahulu di sini..

Ternyata Umno terdesak utk mendapatkan sokongan rakyat sehingga memperalat golongan agamawan..Apapun, banyak lagi 'misteri' yg bakal dibongkar selepas ini dlm isu ini..sama2 tunggu dan saksikan..

**baca sterusnya di sini
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/06/bongkar-cerita-40-ulamak-masuk-umno.html

lan said...

ada dpt tekanan kut selepas dilabel sebagai JI/pengganas? lepas masuk itu kerajaan seperti senyap pula dlm issue JI ni

mungkin utk lepaskan diri dari ISA? saya pun tak tahu, byk sgt spekulisinya!

lan said...

moga Allah beri ustaz kekuatan!

abu jaabir said...

shaykhuna, stay istiqaamah, insha Allah... watawakkal `alAllah, wakafaa billaahi wakeela

24. And We made from among them (Children of Israel), leaders, giving guidance under Our Command, when they were patient and used to believe with certainty in Our Ayāt. [as-Sajdah 32:24]

Anonymous said...

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Boleh terangkan... betul ker?

mangchikla said...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-special-position-for-young-ulama-says-hishammuddin/

“It does not matter those who join Umno are ulama, teachers or students but they can struggle for the party together, guided by the party’s principles."

soleh said...

http://www.malaysiakini.com/news/135828

Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."

Anonymous said...

Asalamualaikum,
1.Sabar..Rasulallah..apabila selesai ISRAK MIKRAJ...ramai yang kembali ke agama asal..

Anonymous said...

jgn jadi uz-uz yang dah berada dalam umno sudah la....
bila umno sendri membelakangkan islam.. sunyi sepi.. semua menyorok dalam semak.. bila umno bawak sesuatu pasal agama konon nye pertahankan agama.. dan-dan keluar dari semak..

Anonymous said...

Tahniah ustaz... cuba lihat dalam website umno-online... dah terpampang dengan jelas...
"Perjuangan UMNO adalah berdasarkan AlQur'an dan Sunnah"..
OK lah, beberapa minggu lepas mereka cuba mewujudkan judi 'halal', ditarik balik pun disebabkan bantahan rakyat (bukan tegahan Allah), Tun Mahathir sendiri mengaku berleluasanya rasuah dalam UMNO, begitu juga Dr Asyraf Wajdi pun pernah sebut, tahun lepas dua orang yang mengaku terima rasuah seks masuk UMNO (siap buat statement
'orang nak bagi sedekah, kita terimalah" rawahu utusan)... sekarang UMNO mendabik dada mengatakan apa yang mereka perjuangkan adalah berkandaskan AlQuran dan Sunnah.. lps ni ustaz akan bagi penerangan, ana faham ustaz tak setuju.. tapi kesian pada makcik2, pakcik2 kat kampung atau bandar yang kurang memahami, mereka akan faham seperti intima'nya ustaz bersama UMNO seakan mengizinkan, membenarkan maksiat yang berlaku...

Anonymous said...

apa la semua ni...suka ati la klu org nak masuk parti mana pun...bukan bdosa pun...ni yg marah2 ni kenapa?mcm la diri tu betul sgt...apa?igt hidup ni semua kena berpolitik ke?politik is the way of life ke?isk3...islam is the way of life...islam boleh masuk untuk semua cabang pkara dlm kehidupan ni...parti bukan ukuran seseorang tu salah atau x....tp,apa yg pasti yg kutuk mengutuk ni kompom salah...kamu pasti ke BN tu xder yg baik2 orgnye?PAS tu xder yg jahat?pasti ke?klu pasti, kamu mmg taksub...kita yg org luar ni xtau apa2 yg terjadi sbenrnya dlm parti2 tu...so,serahkan je pada Allah...

Anonymous said...

40 ekor penyamun wahabi tarbus yg dihantar terlebih dahulu org ketua penyamun tarbus si MAZA..


der...selagi ada org spti ustz uthman al muhammady di mlysia ni xusah bermimpi la puak2 wahabi lu nak sebarkan fahaman wahabi di mlysia ni..

lpas tu pdi lak gna nama salaf tuk kaburi umum dr brand WAHABI..

Anonymous said...

ust uthman al muhammadi tu awal2 lagi umno.

hebat gok umno wahabi n asyari ada belaka.

pondok buku said...

salam ustaz,

hanya ALLAH yg Maha Tahu niat ustaz. n setiap kebaikan pasti akan dibalasi dgn kebaikan begitu juga sebaliknya. disebalik semua perkara sy hanya berharap Islam itu dapat ditegakkan n kembali dimasyhurkan. walaupun jalannya susah, adapun jalan dakwah Rosulullah n para sahabat dulu lebih perit n payah.

bagi yg lain, xusahlah kita mencaci sesama kita muslim. malu rasanya andai saat ini Baginda masih hidup n melihat kita sebegini. sedangkan Baginda telah pun mengajar n menunjukkan kita tentang akhlak yg indah, yg dengan akhlak mulia itu juga ramai org jahiliah n kafir musyrikin terpesona lantas memeluk Islam n bersama2 Baginda. istighfar n bercakaplah dgn akhlak.

kalau ada yg merasakan tindakan ustaz2 itu suatu yg salah, doakan mereka n nasihati mereka agar kembali ke jalan yg benar dgn cara yg berakhlak. namun jika ada yg berpendapat mungkin ini ada kebaikan tersendiri di mana dgn senyap2 n perlahan2 ustaz2 boleh menegur n menyerap kefahaman Islam yg benar pada pemerintah, doakanlah mereka berjaya.

sesungguhnya kita semua pasti akan ditanyakan dgn setiap apa yg kita lakukan, katakan, niatkan, segala2nya di hadapan-NYA kelak.

smoga kita semua diampuni ALLAH atas segala kesalahan n smoga kita smua slalu dalam perlindungan n rohmat-NYA.

Anonymous said...

allahuakbar...

mudah nya kita menghina seseorang...

betul sgt kah kita?

klu betul pon, betulkah cara kita membuat pembetulan..

*allahumma maghfirlana zunubana... amin.

Anonymous said...

Teringat saya kepada sejarah Nabi Muhammad SAW yang ditawarkan untuk menjadi pemimpin di Kota Mekah jika baginda tinggalkan dakwah. Secara logiknya, apakah salahnya jika baginda terima dahulu tawaran tersebut dengan niat untuk menggunakan kuasa yang bakal diperolehi sebagai pemimpin nanti untuk mendakwah seluruh rakyat Mekah. Apakah sebabnya baginda tidak berbuat demikian ? Sama-sama kita renungkan....

teroka jaya said...

perkara yang baik selalunya akan mendapat tentangan dan halangan yang hebat ustaz. Allah tidak pernah menyuruh kita meninggalkan saudara se islam kita yang lain jika kita melihat mereka terleka dan lalai dengan ajaran Islam. banyak hadis nabi juga menyuruh kita mengutamakan persaudaraan dan berdakwah kepada saudara2 kita sendiri seblm org kafir. semoga usaha Ustaz dan sahabat yang lainnya akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah, Insyaallah.. apa ada pada nama parti, yg penting niat dihati.. biarlah allah shj yang menilai, penilaian manusia tidak sepenting penilaiannya. jika kita membiarkan saudara kita terus hanyut, kita juga yang akan ditanya di akhirat kelak.. wallahualam.. selamat berjuang!

Related Posts with Thumbnails