RSS Feeds

Translate


6.19.2010

PENDIRIAN AHLIS-SUNNAH WAL-JAMAAH TERHADAP PEMERINTAH

Cetak Halaman

Pendirian Ahlis-Sunnah wal-Jamaah Terhadap Pemerintah

Di dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan pendirian Ahlis-Sunnah wal-Jamaah terhadap pemerintah. Semoga maklumat ini, yang saya terjemahkan daripada kitab ‘A‘laam al-Sunnah al-Manshurah fi I‘tiqad al-Ta’ifah al-Mansurah’ oleh al-Shaikh Hafiz al-Hakami rahimahullah, dapat memberi penjelasan kepada kita berkenaan pegangan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah khususnya dalam berurusan dengan pemerintah. Selamat membaca;

<< KEWAJIPAN TERHADAP PEMERINTAH
216- Apakah kewajipan rakyat terhadap pemerintah?

Kewajipan mereka ialah memberi nasihat iaitu dalam bentuk membantu dan menyokong mereka di atas kebenaran, mentaati mereka dalam kebenaran, menyuruh mereka menepati kebenaran, memberi peringatan kepada mereka dengan lembut, bersolat di belakang mereka, berjihad bersama mereka, menunaikan zakat kepada mereka, bersabar ke atas kezaliman mereka, tidak memberontak terhadap mereka dengan senjata selagi mana mereka tidak melakukan secara terang satu kekufuran yang nyata, tidak menipu mereka dengan pujian yang palsu terhadap mereka, mendoakan supaya mereka menjadi salih dan mendapat petunjuk.

DALIL WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH
217- Apakah dalil berkenaan perkara ini?

Dalilnya banyak, di antaranya ialah firman Allah Ta'ala (al-Nisaa 4:59):
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan para pemimpin di antara kamu.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dengarlah dan taatlah walaupun yang memerintah kamu ialah seorang hamba.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang melihat pada pemimpinnya sesuatu yang dibenci, hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan al-Jamaah sebanyak satu jengkal lalu mati, maka dia mati dalam keadaan Jahiliyyah.
Ubadah bin al-Samit radiyallahu 'anhu telah berkata 'Nabi telah menyeru kami lalu kami berbai'ah kepadanya. Di antara perkara yang diambil janjinya daripada kami ialah kami berbai'ah kepadanya di atas dasar mendengar dan taat baik dalam keadaan segar mahupun benci. Juga agar kami tidak merebut pemerintahan daripada ahlinya kecuali jika kamu nampak kekufuran yang nyata yang mana kamu mempunyaii dalil nyata berkenaannya daripada Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sekiranya dilantik ke atas kamu seorang hamba yang terpotong anggota badannya lagi hitam di mana dia memimpin kamu dengan al-Quran maka dengarlah dan taatlah kepadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Orang muslim wajib dengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci kecualilah jika dia diperintah melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ketaatan itu hanyalah dalam perkara makruf.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Walupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu, hendaklah kamu dengar dan taat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang menarik tangannya daripada taat terhadap Allah, pada hari Qiamat tiada hujjah baginya. Dan sesiapa yang mati dan tiada di lehernya sebarang bai'ah, dia mati dalam keadaan jahiliyyah.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang ingin memecah belahkan urusan umat ini dalam keadaan urusan mereka bersatu, pukullah dia dengan pedang tidak kira siapa dia.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Akan wujud pemerintah-pemerintah yang kamu ketahui kebaikan mereka dan ingkari keburukan mereka. Sesiapa yang benci, dia telah menjauhkan diri (lepas tanggungjawab), sesiapa yang mengingkari dia telah selamat. Akan tetapi binasalah orang yang redha dan ikut. Mereka berkata: Wajarkah kami memerangi mereka? Jawab Baginda: Tidak selagi mereka solat.
Di samping hadith-hadith lain. Kesemua hadith-hadith ini terdapat dalam sumber hadith sahih (Sahih al-Bukhari dan Muslim).>>

7 comments:

Qisroh Al Islam said...

Wallahualam
Ana rasakan adapun posting ustaz ini kerana perkembangan baru yang terjadi sekarang. Cuma ana berharap jangan lah kita mengambil sesuatu tindakan atas dasar kita tersepit. Ana rasakan atas dasar tarbiyyah ustaz dan kawan2 ustaz maka kami telahpun faham & beri'tiqod bahawa Al Quran dan As sunnah sebaik2 kalam dan pertunjuk dan kami berbaiat pada keduanya. Adapun pemimpin kami dalam akidah di Malaysia adalah kumpulan Ustaz..maka kami akan taat atas dasar Aqidah yang sama cuma kita perlu ingat pada pertanyaan Sheikh AlBani pada pemimpin pebangkang Islam Mesir sewaktu menjemput Albaninya ke Mesir...dia memberi tahu tentang niatnya menyatukan umat mesir maka Sheikh AlBani bertanya adakah pengikutmu mengetahui Allah berada di Arasy...maka katanya kami harap bergitu...maka Sheikh AlBani kata kamu tidak akan berjaya menyatukan Akidah yg berbeza..Jazakallau Khoiron kasiron

anas nazri said...

salam dr fadlan,

aku ada reply dalam facebook.. harap dapat jawab....

wassalam, dari sahabatmu...

Anonymous said...

bangi dalam selangor..selangor pemerintahnya pakatan rakyat..umno pembangkang..kenapa ustaz lawan pemerintah pulak..kelakar sungguh geng wahabi .. jumpa tauhid dalam umno..

Anonymous said...

ust tidak iskhlas dlm membawa dalil taat kpd pemerintah..,disana kan ada dalil yg juga shahih utk kita tidak taat kpd pemerintah..,

seperti Hadis riwayat Hudzaifah Al-Yamani ra., ia berkata
Orang-orang banyak yang bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan, sedangkan aku justru bertanya kepada beliau tentang kejahatan karena takut aku terjerumus melakukannya. Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah mengalami zaman jahiliah dan kejahatan, lalu datanglah Allah dengan membawa kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan? Beliau menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kejahatan itu datang lagi kebajikan? Beliau menjawab: Ya, tetapi banyak kekurangan. Aku bertanya: Apakah kekurangannya? Beliau menjawab: Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunahku serta memberikan petunjuk dengan selain petunjukku, di antara mereka ada yang kamu kenal juga ada yang tidak kamu kenal. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kelak akan muncul para dai yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahanam. Siapa yang menuruti panggilan mereka, akan mereka lemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat mereka itu! Rasulullah saw. menjawab: Baiklah. Mereka adalah kaum yang kulitnya sama dengan kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab: Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka. Aku bertanya: Kalau mereka tidak memiliki jemaah serta pemimpin? Rasulullah saw. menjawab: Maka jauhilah semua sekte-sekte yang ada itu meskipun kamu harus menggigit pangkal pohon sampai maut menjemputmu kamu tetap demikian Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3434

Dari Ibnu Umar ra., dari Nabi Saww., beliau bersabda : Seseorang muslim
wajib mendengar dan taat
terhadap perintah yang disukainya maupun yang tidak, kecuali bila ia
diperintah mengerjakan
kemaksiatan, maka ia tidak wajib mendengar dan taat". (Hr.Bukhari dan
Muslim)

Siapapun penguasa yang memerintah kalian kepada kemaksiatan, maka
janganlah kalian mentaatinya -(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, As-Silsilah Ash-Shahihah
2324)

apakah kita patut taat pada pemerintah yg menghalalkan judi, tidak laksanakan hukum Quran?

kalau kita jadi pembangkang pun ,kita pun boleh membaiki pemerintah juga dgn cara menkritik kesalahan yg dibuat pemerintah itu.,

apa yg baik dari Allah & buruk dari saya sendiri..,

Anonymous said...

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Ridzuwan said...

Alhamdulillah. Sekarang 2023 negara kita dipimpin seorang pemimpin beriman, berakhlak, berilmu, berdakwah dan pandai mengurus tadbir. Seluruh dunia islam datang mengucapkan tahniah mengharap pimpinan DSAI dalam sidang mesyuarat dunia. Dalam sidang ASEAN baru2 ini Myanmar regim tentera sudah ditegur dan dalam pemantauan hak kemamusiaan.

Ridzuwan said...

Orang agamawan dalam pas hanyut dgn kuasa dan wang. Tidak mampraktiskqn islam bila mendapat kuasa.

Related Posts with Thumbnails