RSS Feeds

Translate


10.24.2010

Sekitar IFF

Cetak Halaman

Sekitar IFF

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, seterusnya:

Pulang dari negara jiran pada malam Jumaat setelah 3 hari berkunjungan, kemudian pada hari Jumaat meneruskan kerja di pejabat untuk menjayakan seminar pada hari Isnin nanti; menjadikan saya agak terasing dari perkembangan semasa. Baru hari ini (pagi Ahad), saya sempat melihat FB dan mendapati ada permintaan agar diberi pandangan berkaitan IFF (Islamic Fashion Festival) kerana DR MAZA dan UZAR telahpun memberi respon. Ada dua jenis cara meminta respon daripada saya, satu beretika dan satu lagi durjana; apapun saya tetap berterima kasih kepada kedua-dua peminta respon tanpa prejudis!

Setelah melihat dua pandangan tokoh agamawan iaitu DR MAZA (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) dan UZAR (Ustaz Zahrudin Abdul Rahman) serta melihat beberapa maklumat berkaitan, dengan rendah dirinya saya menyatakan kenyataan ringkas berikut:

Berkenaan dengan mengadakan festival fesyen Islamik;

1- Secara umumnya, saya amat setuju dengan teguran DR MAZA dan UZAR dalam perkara ini.
2- Perkataan ‘Islamik’ perlu diteliti penggunaannya oleh semua pihak agar tidak menimbulkan kekeliruan apatah lagi penghinaan terhadap agama Islam.
3- Amat wajar cadangan yang meminta agar diwujudkan badan agama yang meneliti kewajaran penggunaan ‘Islamik’ untuk festival tersebut, sebagaimana telah wujudnya badan agama untuk produk-produk perbankan Islam, contohnya.
4- Menurut pandangan saya, semua ‘ulama’ mahupun ‘ulama muda’ pastinya tidak bersetuju dengan IFF ini, walaupun mungkin tidak menyuarakan demikian.

Berkenaan dengan etika pemakaian dalam Islam;

Untuk tambahan dan renungan, saya ingin menyuarakan di sini bahawa tahap pemakaian dalam Islam dapatlah dikategorikan kepada dua iaitu:

Pertama: bagi orang yang baru memeluk Islam dan yang baru kembali kepada ajaran Islam, dibolehkan memakai pakaian yang masih bercorak dan tidak cukup sifat Islamiknya. Ini dilihat dari sudut dakwah di mana mungkin banyak perkara dasar yang masih belum diketahui oleh individu yang berada di peringkat ini, yang saya boleh namakan sebagai peringkat ‘peralihan’. Di peringkat ini, kebiasaannya individu itu masih mencuba pakai tudung dan mencuba pakaian menutup aurat walaupun ketat serta masih takut-takut dengan kata-kata sinis rakan lama. Justeru dibenarkan, agar proses ‘peralihan’ tidak berlaku dengan begitu drastik yang mungkin menjerumuskannya semula ke kancah lama. Akan tetapi, persoalan susulan ialah adakah kita ingin berada di peringkat ‘peralihan’ selama-lamanya?

Kedua: bagi orang yang sudah lama berpegang kepada ajaran Islam, adalah tidak wajar baginya berada di tahap ‘peralihan’ sedangkan dia sepatutnya sudahpun sampai ke peringkat ‘menengah’ ataupun ‘tinggi’ bahkan ‘profesional’. Jika kita inginkan peningkatan berterusan dalam dunia, maka begitu jugalah kita sewajarnya berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan penghayatan agama Islam secara berterusan. Mungkin satu masa dulu kita hanya ingin mencuba dan masih mempunyai perasaan takut-takut. Tetapi sekarang, setelah tiadanya keinginan dan perasaan itu, wajarlah kita beridentiti Islamik dalam pemakaian. Ciri Islamik pakaian itu mestilah ditentukan oleh nas al-Qur’an dan al-Sunnah dan bukannya adat semata-mata. Akhir kata, amat tidak wajar seorang tua berlagak muda, begitu juga adalah tidak wajar seorang muslim dan muslimah sejati berlagak seperti muallaf yang baru mengenali.

Sekian, semoga bermanfaat.

8 comments:

Anonymous said...

salam ust. mohon dikomentarkan juga hujah dari ust fathul bahri. (sy cdgkan ust menonton video hujah daru ust fathul bahri semasa perhimpunan agung umno)

rujuk link ini. ada video.

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5985:video-ucapan-ust-fathul-bari-di-perhimpunan-agung-umno-2010&catid=48:berita-dan-isu

Anonymous said...

Salam ustaz. Saya yakin kebanyakan orang tidak mahu mendengar ulasan ustaz tentang ISU AURAT. Tetapi mereka mahu mendenagr suara ustaz berkenaan ucapan UFB di perhimpunan Agong UMNO. Adakah ustaz tahu, ttg apa yang diucapkan oleh beliau pada persidangan tersebut?

Saya agak KESAL....

Anonymous said...

salam ust. saya yakin ust tahu mgenai ucapan UFB (yg mana viseo nya telah tersebar di dalam youtube ) yg mana nampak seperti mengipas2 pemimpin dalam pantun beliau dan mempertahankan sesuatu yg terang2an yg salah. Ini jg menyebabkan saya sebgi seorg pelajar, tertanya2, apakah beliau sudah bertukar seperti ustaz2 yg hanya mahu makan gaji sahaja. harap ust boleh bg komen sedikit.

Anonymous said...

salam ust, walaupun saya ini bukan lah pro-UMNO. tp saya agak terkilan mengenai apa yg disebut oleh UFB semasa perhimpunan agung umno. menyebabkan saya terfikir, dimanakah pendirian beliau?.saya harap ust boleh membuat post baru bagi menjawab persoalan ini.terang2 telah mempertahankan pemimpim, seolah2 tidak menegur langsung, hatta menyindir pun tidak...wallahualam.

Anonymous said...

salam ustaz, dalam byk keadaan saya melihat ustaz lebih byk berdiam dan UFB lebih terkehadapan. Lalu di manakah ustaz sebagai ketua iLMU? Bukankah lebih baik jika UFB yang menjadi ketua iLMU agar setiap apa yang dilakukannya (dari sudut penulisan dan ucapan) tidak dikaitkan dengan ustaz? Walau SEBENARNYA ustaz tidak tahu menahu ttg hal tersebut, tetapi Orang akan lebih menuding jari pada ustaz kerana orang melihat pada KETUAnya bukan pada orang dibawahnya.

Riduan Khairi said...

Salamualaykum,

Pada hemat saya, ia tidak perlu dipanjangkan. Oleh kerana isu ini telah dipolitikkan. Lazimnya isu politik akan berlalu dalam masa yang sekejap sahaja.

Kenyataan kedua-dua orang, Ustaz Fadhlan (tentang aurat) dan Ustaz Fathul Bari (tentang metod menasihati pemimpin) jelas.

Kalau ikutkan pembangkang, mereka hanya akan redha jika ustaz menggunakan metod seperti mereka juga : maki, caci, dan dedah aib orang Islam lain secara terbuka. Kemudian barulah mereka redha.

MaM said...

Salam,

Terdapat hujah balas yg berilmiah dari ulama pelapis Pas dan dari Ust Wan Ji kepada Ust Fathul Bari. Sila cari artikel2 mereka di AAN.
Bukan semua yang caci maki terhadap Ust Fathul Bari.

Saya juga kesal kerana seolah2 Ust Fathul Bari mcm takda isu lain selaku wakil ILMU dan Perlis. Bawa lah isu, cadangan memperbaiki rumahtangga UMNO dulu.

Fadlan-Mohd-Othman said...

Assalamu alaikum ikhwah yang dihormati sekelian,

Seperti yang saya jelaskan, berkenaan isu IFF, memang ada yang minta saya ulas; oleh itu saya menyahut permintaan mereka. Dan sekarang bila ada yang minta saya ulas tentang perbahasan Ustaz Fathul Bari, saya akan ulas dalam posting yang berlainan insya Allah.

Berkenaan dengan menjadi ketua Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), saya rasa tidak ada masalah jika saya banyak berdiam diri. Ini kerana kami memang telah melantik Ustaz Fathul Bari sebagai jurucakap rasmi. Justeru pihak media boleh menghubungi saya dan boleh juga menghubungi beliau untuk mendapat pandangan iLMU.

Shukran atas segala pandangan...

Related Posts with Thumbnails