RSS Feeds

Translate


7.14.2010

UMNO dan PAS

Cetak Halaman

Bersatulah wahai umat Islam demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara!

Seawal malam pertama penglibatan saya dan rakan-rakan sebagai ahli UMNO, kami telah mendapat beberapa soalan yang diajukan oleh rakan media. Mereka bertanya adakah "ulama muda" akan bertelagah dengan ulama dari parti-parti lain. Saya menjawab, "Kami ingin menekankan aspek Dakwah dengan ahli-ahli UMNO, dengan parti-parti lain dan juga dengan NGO-NGO." Pertentangan antara UMNO dan PAS juga dilihat oleh kami dari sudut yang positif, iaitu sudah wujudnya keinginan daripada sebahagian pucuk pimpinan PAS untuk bersatu dengan UMNO… Saya nyatakan bahawa itulah yang kami citakan; agar umat Islam di Malaysia ini dapat bersatu di atas landasan al-Qur'an dan al-Sunnah! Semoga kami dapat menjadi sebahagian daripada usaha murni ini.

Alhamdulillah, akhbar semalam pula menampilkan kenyataan pucuk pimpinan UMNO bahawa mereka bersedia untuk bersatu dengan PAS. Sebahagian ahli dan tokoh agama juga menyatakan kepentingan perkara ini untuk direalisasikan. Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang amat positif. Saya juga amat suka melihat perjalanan alam ciptaan Ilahi ini dari sudut yang positif, walaupun tidak dinafikan kita sebagai insan perlu juga berwaspada. Saya amat bersetuju dengan cadangan yang mengatakan bahawa ulama dan golongan agama wajar memainkan peranan yang proaktif dalam usaha suci ini. Kedua-dua pihak seharusnya mengorak langkah untuk mengadakan perbincangan demi perbincangan yang dapat membina semangat ukhuwwah Islamiyyah yang mendalam. Pepatah Arab ada mengatakan "al-Bu'du jafa' " yang bererti "berjauhan punca kerenggangan".

Perbincangan yang serius harus dilakukan untuk menyatukan umat Islam di bumi tercinta ini. Pastinya landasan perbincangan ialah al-Qur'an dengan tafsiran yang sahih, al-Sunnah dengan huraian yang absah serta kefahaman para ulama yang muktabar. Ayat 2 Surah al-Ma'idah perlu dijadikan paksi perjuangan mulia ini:

Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Untuk bangsa dan agama lain di bumi tercinta ini, janganlah anda rasa tertekan atau terpinggir dengan usaha murni penyatuan umat Islam. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa jika sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran agama Islam, penindasan tidak akan berlaku; tidak kepada umat Islam dan tidak juga kepada yang bukan Islam. Sebagai permulaan, bacalah sejarah Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) dan empat khalifah selepasnya. Inilah yang kita citakan; agar umat Islam benar-benar menghayati ajaran agama Islam

Alhamdulillah, setakat ini saya telah memaparkan dua atau tiga Siri Etika dan Adab Semasa Berselisih Pendapat. Masih berbaki beberapa siri. Pada hemat saya, ini adalah secebis usaha untuk membekalkan kita sekalung etika dan adab, semoga dengannya dapat kita mengharungi kehidupan di bumi Malaysia ini dengan lebih beriman dan berwawasan.

4 comments:

Anonymous said...

wah..semakin lucu plak penulisan ustaz ni.
malu nak baca.



al bu'du jafa ? !

من بدا جفا
sesiapa yang tinggal di padang pasir ( bersama badawi ) akan bersikap kasar

Qisroh Al Islam said...

Salam Bagi ana islam perlu bersatu tapi hendaklah pada Al Quran dan As Sunnah. Suma soalan ana ustaz

1)Ustaz sampai sekarang ana x tahu apa pendirian UMNO tentang Al Quran dan As Sunnah. Boleh ustaz jelaskan?

2)Benar DAP kafir ana tak nafikan ana juga tak bersetuju dgn Pas jadi kawan DAP tapi UMNO juga berkawan dgn MCA dan MIC yg juga kafir. Dalam masalah ni Pas lucutkan DAP, Umno pula lucutkan MIC dan MCA. Apa pandangan Ustaz?

3) Setelah bersatu siapa yang akan ambil pemerintahan Ulama ke atau masih lagi golongan sekular?

Anonymous said...

tolong la jgn taksub sgt ngan parti2 politik yer anonymous & Qisroh al-Islam....kamu ni ilmu xtinggi mana pun....cuba berfikir secara wajar ckit....cuba letak diri di tengah2 antara umno n pas...kan baik tu klu semua islam bersatu?ni lagi satu,qisroh ni alim sangat ke smpi mempersoalkan iman org lain?ni la salah satu kelemahan Islam...xbleh bersatu....mintak tolonglah bersatu...saya berani jamin, dengan bersatunya org2 Islam, kita kan jadi yg terkuat di dunia...

p/s:xsuka ngan org yg sentiasa igt dirinya baik....

Anonymous said...

nak cari makan dalam umno carilah.. jangan kaitkan pula dengan agama.. kalau alasan ni keluar dari orang jahil takpe, ni orang belajar agama (tapi bukan ulamak la).. tanya hati sendiri wahai ustaz..

Related Posts with Thumbnails