APLIKASI ILMU TAKHRIJ DALAM KITAB TAFSIR MELAYU: TINJAUAN AWAL
TERHADAP SURAH AL-BAQARAH,
KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN OLEH AL-SHAYKH
MUHAMMAD SAC ID BIN CUMAR
Dr Fadlan Mohd. Othman
Student Affairs Division
Al-Madinah International University
(Jabatan
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam UKM)
Mohd. Fadhil Mohd. Faudzi
Jabatan
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam UKM
Abstrak
Artikel ini menjelaskan aplikasi ilmu Takhrij dalam
penulisan kitab Tafsir Melayu. Tinjaun awal dilakukan terhadap Surah
al-Baqarah, kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Artikel ini memperlihatkan tahap
penekanan dalam aspek penyataan rujukan hadith di dalam kitab tafsir Melayu. Kajian
ini menghasilkan beberapa dapatan iaitu, pertama: jumlah hadith ialah dua belas;
di mana enam sahih, dua hasan, empat daif dan tiada mawdu'. Kedua: hanya satu
hadith dinyatakan lafaznya. Ketiga: tiada penilaian status hadith. Keempat:
hanya satu hadith sahaja yang dinyatakan sumber. Kelima: tiada hadith yang dinyatakan sanadnya.
Secara keseluruhan, tahap aplikasi Takhrij dalam kitab ini perlu diperbaiki
oleh para pengkaji terkemudian bagi memperkasakan warisan kitab tafsir Melayu.
Pendahuluan
Keberadaan hadith-hadith dalam tafsir Nur al-Ihsan
sebagai huraian kepada ayat-ayat al-Quran memberi impak kepada masyarakat dari
sudut kefahaman dan amalan. Justeru kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap
keabsahan hadith-hadith tersebut melalui aplikasi ilmu takhrij. Kajian ini
merupakan tinjauan awal yang dihadkan kepada Surah al-Baqarah berbentuk
analisis. Kitab tafsir Nur al-Ihsan dipilih kerana pengarangnya adalah salah
seorang tokoh agama Malaysia pertama yang telah mentafsir tiga puluh juzuk
al-Quran secara sempurna dalam empat jilid edisi jawi. Kitab ini masih belum digiatkan
usaha untuk memartabatkan kehebatan ilmunya khususnya dari sudut penelitian
hadith. Justeru kajian ini mengorak langkah untuk memperkasakan aplikasi ilmu
takhrij dalam kitab tafsir dan mewujudkan keserasian dua bidang takhassus mulia
ini iaitu pengajian al-Quran dan pengajian al-Hadith.
Latar Belakang
Ringkas Pengarang
Nama penuh beliau ialah Muhammad Said bin Umar yang
dilahirkan di Kampung Kuar Jerlun, Kedah pada tahun 1275H bersamaan 1857M.
Beliau pernah belajar di Mekah dan beliau telah membuka pondok di tempatnya di
samping menjadi guru diraja serta dilantik sebagai qadi di Jitra. Beliau wafat
pada hari Rabu, 22 Zulkaedah 1350H bersamaan 19 Mac 1932M dalam usia 75 tahun.
Beliau pernah menulis dua buah kitab iaitu Tafsir Nur al-Ihsan yang dicetak
pertama kalinya di Mekah dan sejurus kemudian dicetak di Pulau Pinang selepas
mendapat izin Kerajaan Negeri Kedah. Kitab kedua ialah Fatwa Kedah yang
merangkumi pelbagai fatwa, namun ianya masih lagi berada di dalam simpanan
Kerajaan Negeri Kedah dan masih belum lagi dicetak.
Metodologi Penggunaan Hadith Dalam Tafsir Nur al-Ihsan
Melalui tinjauan awal yang dilakukan terhadap Surah
al-Baqarah, Tafsir Nur al-Ihsan, kajian merumuskan perkara-perkara berikut sebagai metodologi
pengarang dalam penggunaan hadith[1]:
- Sanad hadith: Pengarang hanya menyebut matan hadith tanpa sanad.
- Matn hadith: Kebanyakan hadith disebut secara makna tanpa lafaz dan sebilangan kecil didatangkan dengan lafaznya.
- Sumber hadith: Majoriti hadith dinyatakan tanpa disebut sumber pengambilan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang disebutkan sumbernya.
- Status hadith: Pengarang tidak menentukan status hadith.
Dapatan Kajian
Tinjaun awal mendapati terdapat dua belas hadith dalam
Surah al-Baqarah yang dapat diklasifikasikan statusnya seperti berikut; enam
hadith sahih, dua hadith hasan, empat hadith daif dan tidak terdapat hadith mawdu'.
Hadith yang dinyatakan lafaz Arabnya hanya satu
hadith sahaja manakala hadith-hadith lain hanya disebutkan ertinya tanpa lafaz
Arab. Pengarang juga tidak menyatakan sebarang penilaian status hadith samada dari
aspek 'maqbul' mahupun 'mardud'. Selain itu, sumber rujukan hadith tidak
dinyatakan kecuali pada satu hadith sahaja dan pengarang didapati tidak
menyatakan sanad bagi hadith-hadith yang diutarakan dalam tafsirnya[2].
Kesimpulan dan Saranan
Secara keseluruhan, kitab ini merupakan salah satu aset
dan khazanah Nusantara yang terbilang dan gemilang. Penghasilan kitab tafsir
dari ulama terdahulu pastinya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Generasi
kini sepatutnya meneladani kesungguhan ulama terdahulu dalam menimba dan
mencurahkan ilmu. Usaha-usaha perlu dipergiatkan untuk memperkasakan lagi
warisan ilmu antara lainnya dengan pemantapan aplikasi Takhrij dalam kitab ini.
Dua tindakan drastik wajar dilakukan iaitu: Tindakan pertama, pemerkasaan ilmu
Takhrij dan aplikasinya dalam jiwa pelajar dan pengajar bidang Tafsir. Tindakan
kedua, penggiatan kajian ilmiah samada sarjana mahupun kedoktoran terhadap
hadith-hadith kitab Tafsir Melayu silam dan semasa.
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Al-Bukhari,
Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Ju‘fi (194-256H), Sahih al-Bukhari,
Darussalam, al-Riyadh, Cetakan 2: 1419H-1999M.
Al-Qazwini, Muhammad bin Yazid Abu Abdillah Ibn Majah, (209-273H), Sunan
Ibni Majah, Tahqiq Muhammad Nasiruddin al-Albani, I‘tina Masyhur bin Hasan
Al Salman, Maktabah al-Ma ‘arif, al-Riyadh, Cetakan 1.
Al-Sijistani,
Sulaiman bin al-Ash‘ath Abu Daud (202-275H), Sunan Abi Daud, Tahqiq
Muhammad Nasiruddin al-Albani, I‘tina Masyhur bin Hasan Al Salman, Maktabah
al-Ma ‘arif, al-Riyadh, Cetakan 1.
Al-Tirmidhi,
Muhammad bin Isa Abu Isa. 1980. Sunan. Beirut: Dar al-Fikr.
Muhammad Said
bin Umar, Tafsir Nur al-Ihsan. Dar al-Macarif, Pulau Pinang.
Muslim bin al-Hajjaj, Abu al-Husain al-Qushairi al-Naisaburi (204-261H), Sahih
Muslim, Darussalam, al-Riyadh, Cetakan 1: 1419H-1998M.
http://eprints.uum.edu.my/846/1/ISRAILIYYAT_DALAM_KITAB_TAFSIR_MELAYU_-_TAFSIR_NUR_AL-IHSAN_-_SATU_ANALISIS.pdf
http://www.dorar.net/
Lampiran: Tinjauan Awal Aplikasi
Ilmu Takhrij Di Dalam Tafsir Nur al-Ihsan (Surah al-Baqarah)
PETIKAN
DARI KITAB
|
METODOLOGI
PENGARANG
|
ANALISA
KAJIAN
|
||||||
BIL
|
HADITH
|
HLM
|
SANAD
|
MATN
|
SUMBER
|
STATUS
|
SUMBER
|
STATUS
|
1
|
Sabda Nabi
s.a.w: Apabila menyusah akan dia oleh satu perkara, menyegera ia kepada
sembahyang.
|
16-17
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Sunan Abi Dawud
|
Hasan
|
2
|
Sabda Nabi
s.a.w: Barangsiapa baca "Inna lillah wa inna 'ilayhi rajicun"
ketika musibah, nescaya memberi pahala akan dia oleh Allah padanya, ganti ia
atasnya yang terlebih baik daripada yang binasa.
|
48
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan
al-Tirmidhi,
|
Sahih
|
3
|
Pelita Nabi
s.a.w padam maka istarjac ia yakni baca "inna lillah wa inna 'ilayhi rajicun".
Kata cA'ishah, Hanya ini pelita ya Rasulullah s.a.w
maka sabdanya tiap-tiap yang menyakiti orang mukmin itu musibah
|
48
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Al-Marasil li Abi Dawud, Dacif al-Jamic
|
Dacif
|
4
|
Sabda Nabi
s.a.w: Allah s.w.t telah fardhu atas kamu itu saci .
|
49
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Al-Istidhkar oleh al-ShafiCiy, al-Tamhid oleh Ibn CAbd al-Barr
|
Sahih
|
5
|
Sabda Nabi
s.a.w: "Ibda'u bi ma bada'a Allah" maksudnya: Mula oleh kamu dengan barang yang memulai oleh Allah
s.w.t dengannya yakni safa.
|
49
|
Tiada
|
Ada
|
Tiada
|
Tiada
|
Al-Muhalla oleh Ibn Hazm
|
Sahih
|
6
|
Nabi s.a.w
berhenti dengannya (Mashcar al-Haram), berzikir akan Allah
s.w.t dan doa hingga asfar cerah.
|
63
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan Ibn Majah,
|
Sahih
|
7
|
Sabda Nabi
s.a.w: Barangsiapa baca Bismillah ketika jimak maka datang akan dia
oleh anak, maka baginya kebajikan dengan sebilang-bilang nafas demikian itu
anak dan sebilang-bilang nafas anak cucunya hingga hari kiamat.
|
72
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abi Dawud
|
Sahih
|
8
|
Jamilah,
saudara Macqal ibn Yasar, ditalak akan dia oleh suaminya cAsim ibn cAdiyy rajci, maka berkehendak bahawa rujuk
akan dia maka menegah oleh Macqal, diriwayatkan oleh Hakim.
|
76
|
Tiada
|
Tiada
|
Ada
|
Tiada
|
Sahih al-Bukhari, Sunan Abi Dawud, al-Mustadrak
|
Sahih
|
9
|
Sabda Nabi
s.a.w: Barangsiapa baca ayat al-kursi tiap-tiap lepas sembahyang
fardhu, nescaya tiada menegah masuk syurga melainkan mati dan tiada mengekali
atasnya melainkan sadiq atau cabid.
Barangsiapa baca akan dia apabila hendak tidur aman oleh Allah atas dirinya
dan jirannya dan segala rumah-rumah kelilingnya.
|
87-88
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
ShuCab al-Iman oleh al-Bayhaqi, Al-Kafi Al-Shaf oleh Ibn Hajar, al-Fawa'id al-MajmuCah
oleh al-Shawkani
|
Dacif tetapi rangkap pertamanya adalah sahih
|
10
|
Turun ayat
ini pada cUthman ibn cAffan, ia sedekah pada perang Tabuk dengan
seribu unta kenaikkan dengan alatnya dan seribu dinar dituang pada riba Nabi
s.a.w, maka sabdanya tiada mudarat cUthman apa yang dikerja kemudian daripada ini.
|
92
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
MajmaC al-Zawa'id oleh al-Haythami
|
Dacif
|
11
|
Sabda Nabi
s.a.w: Barangsiapa beri tangguh orang papa atau kukur hutang daripadanya,
nescaya menaung Allah s.w.t akan dia pada naungNya pada hari yang tiada
naungan melainkan naunganNya.
|
97
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Al-CIlal li Ibn Abi Hatim oleh Abu ZurCah
al-Razi
|
Hasan
|
12
|
Sabda Nabi
s.a.w: Ini tiga ayat khatm surah al-Baqarah, barangsiapa baca akan
dia, tiada hampir oleh syaitan rumahnya tiga malam iaitu daripada "li
Allah ma fi
al-samawat".
|
101
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Al-Kamil fi al-DuCafa' oleh ibn CAdiyy
|
Dacif
|
0 comments:
Post a Comment