Dr. Fadlan
Mohd. Othman
Student Affairs Division
Al-Madinah International University
(Jabatan
Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah
Fakulti
Pengajian Islam UKM)
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من
شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
أما بعد؛
Pendahuluan
Di
dalam pemahaman dan pengamalan Islam pelbagai penyelewengan dan pencemaran telah
berlaku. Justeru, adalah wajar digunakan kaedah penapisan/penolakan (اَلتَّصْفِيَةُ)
dan pendidikan/pengisian (اَلتَّرْبِيَةُ).
Tujuan penapisan ialah untuk mengasingkan antara yang hak dari yang batil.
Manakala pendidikan dibuat sebagai susulan selepas kebenaran dan kebatilan
menjadi jelas, lalu ditolak yang batil dan diterapkan yang hak. Firman Allah
Ta'ala dalam surah Al-Anfaal (8:37):
Maksudnya:
SUPAYA ALLAH MEMISAHKAN (GOLONGAN) YANG BURUK DARI
YANG BAIK DAN MENJADIKAN (GOLONGAN) YANG BURUK ITU SEBAGIANNYA DI ATAS SEBAGIAN
YANG LAIN, LALU KESEMUANYA DITUMPUKKAN-NYA , DAN DIMASUKKAN-NYA KE DALAM NERAKA
JAHANNAM. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MERUGI.
Jikalau kita telitikan, kaedah ini
terdapat di dalam dua kalimah syahadah;
(لاَ
إِلَهَ) bererti penolakan terhadap sebarang tuhan
yang berhak diabdikan diri kepadanya, manakala (إِلاَّ
اللهُ) bererti mengisikan kekosongan dengan
pengakuan terhadap hak mutlak Allah Ta’ala untuk diabdikan diri kepadaNya. Dua
elemen ini sebenarnya dapat bahkan wajib dijadikan formula dalam kehidupan kita
samada kehidupan agama mahupun dunia.
Dengan ini kita dapati bahawa
pendidikan yang dilakukan tanpa usaha penapisan terlebih dahulu atau seiringan,
hanya akan menambahkan kekeliruan dengan wujudnya unsur campur-aduk tanpa
batasan. Bidang-bidang yang perlu ditapis lalu dididik merangkumi Aqidah,
Rujukan Hukum (Tahakum), Sunnah, Fiqh, Tafsir, Penyucian jiwa (Tazkiah),
Pemikiran (Fikr), Sejarah, Dakwah dan Bahasa Arab.[3]
Rasulullah s.a.w. sendiri telah
melaksanakan kaedah ini di dalam dakwah Baginda s.a.w. Di Mekah, selama 13
tahun Baginda telah memulakannya dengan menolak segala unsur-unsur syirik
dengan penuh tekun dan gigih. Di Madinah pula, selama 10 tahun Baginda
menyusulkan dengan pendidikan berlandaskan Aqidah yang suci dan terpelihara.
Kertas kerja ini akan menumpukan kepada
perbezaan antara Ahli al-Sunnah dengan Ahli al-Kalam. Fokus utama adalah
terhadap Masdar al-Talaqqi (Sumber Agama) dan al-Istidlal (Pendalilan). Jika
kita benar-benar meneliti, kita akan dapati punca segala kesilapan ialah dalam
salah satu daripada dua perkara ini ataupun kedua-duanya sekali. Semoga
perbincangan berikut akan dapat membuka minda kita untuk menilai antara
kebenaran dan kebatilan.
Perbandingan Ahli al-Sunnah dan Ahli al-Kalam dalam
sumber agama
Perbandingan antara Ahli
al-Sunnah dengan Ahli al-Kalam dalam sumber agama dapatlah dilakarkan seperti
berikut:
No
|
Ahli al-Sunnah
|
Ahli al-Kalam
|
1
|
Yang utama
ialah Al-Quran & al-Sunnah, Aql Salim penguat hujah
|
Yang utama
ialah Aql @ Logik Falsafi, Al-Quran & al-Sunnah sampingan
|
2
|
Berpandukan
kefahaman Salaf Salih
|
Berpandukan
kefahaman Ahli Falsafah
|
3
|
Merujuk kepada
Ulama Ahli al-Sunnah
|
Tidak merujuk
kepada Ulama Ahli al-Sunnah
|
Perbandingan Ahli al-Sunnah dan Ahli al-Kalam dalam
pendalilan
Perbandingan antara Ahli
al-Sunnah dengan Ahli al-Kalam dalam pendalilan dapatlah dilakarkan seperti
berikut:
No
|
Ahli al-Sunnah
|
Ahli al-Kalam
|
1
|
Mendahulukan
Naql ke atas Aql, dan tiada percanggahan antara kedua-duanya
|
Mendahulukan
Aql ke atas Naql, berlaku percanggahan antara kedua-duanya
|
2
|
Berpegang
kepada Naql dalam permasalahan ghaib
|
Berpegang
kepada Aql dalam permasalahan ghaib
|
3
|
Menolak ta’wil
falsafi
|
Menggunakan
ta’wil falsafi
|
4
|
Tidak
membezakan antara al-Quran dan al-Sunnah dalam pendalilan
|
Mentakwil
al-Quran, menerima Mutawatir & menolak Ahad dalam Aqidah
|
5
|
Berpegang
kepada al-Muhkam
|
Berpegang
kepada al-Mutashabih
|
Al-Qanun
al-Kulli !!!
Al-Imam Fakhr al-Din al-Razi telah berkata:
Fasal ketiga puluh dua berkenaan: Sesungguhnya burhan
aql sekiranya bertentangan dengan zahir naql, bagaimanakah keadaannya?
Ketahuilah, sesungguhnya dalil-dalil pasti akal
sekiranya menetapkan sesuatu perkara kemudian kita dapati dalil-dalil naql yang
zahirnya menunjukkan sebaliknya; maka di situ keadaannya tidak lari daripada
empat perkara;
1)
Sama ada dipercayai maksud aql dan naql, maka ertinya dipercayai
dua perkara yang berlawanan, dan ini mustahil;
2)
Atau kita batalkan kedua-duanya, maka ertinya
dibohongi dua perkara yang berlawanan, dan ini mustahil;
3)
Atau dipercayai zahir naql dan dibohongi zahir aql, maka
ini batil kerana kita tidak mampu mengetahui kesahihan zahir naql kecuali jika
kita tahu dengan dalil aql; penetapan al-Sani‘ (Tuhan Pencipta) dan
sifat-sifatNya, juga perihal petunjuk mukjizat ke atas kebenaran Rasulullah
s.a.w. dan kemunculan mukjizat pada Muhammad s.a.w.. Jika sanggahan berlaku ke
atas dalil aql yang pasti, maka aql berstatus diragui serta tidak diterima
kenyataannya. Jika inilah hakikatnya, maka aql terkeluar daripada diterima
kenyataannya dalam dasar-dasar ini. Jika dasar-dasar ini tidak sabit, maka terkeluarlah
dalil naql daripada memberi sebarang faedah. Dengan ini jelaslah bahawa
sanggahan ke atas aql untuk mentashihkan naql hanya membawa kepada sanggahan ke
atas aql dan naql sekaligus, dan ini batil.
4)
Dengan terbatalnya empat bahagian ini, tiada yang
tinggal kecuali diputuskan maksud dalil aql yang pasti, bahawa dalil-dalil naql
ini dikatakan tidak sahih atau dikatakan sahih tetapi ertinya bukanlah yang
zahir.
Kemudian jika kita membenarkan ta’wil, kita
melakukannya secara tambahan dengan membawa segala ta’wilan secara terperinci.
Kalau kita tidak membenarkan ta’wil pula, kita serahkan sahaja ilmu tentangnya
kepada Allah Ta‘ala.
Inilah dia al-Qanun al-Kulli yang dirujuk pada semua
perbincangan mutashabihat.[4]
Kesimpulan
Dengan penjelasan ringkas
ini, diharapkan kita telahpun dapat membezakan antara Ahli al-Sunnah dengan
Ahli al-Kalam, dari dua sudut asasi iaitu, sumber ilmu dan pendalilan. Semoga
kita menepati firman Allah Ta‘ala agar dibezakan antara jalan kebenaran dengan
jalan kerosakan. Firman Allah Ta‘ala (al-An‘am, 6:55):
Maksudnya: “....DAN DEMIKIANLAH KAMI TERANGKAN AYAT-AYAT AL-QURAN
( SUPAYA JELAS JALAN ORANG-ORANG YANG SOLEH ) DAN SUPAYA JELAS PULA JALAN
ORANG-ORANG YANG BERDOSA”
Dalam hadith Sahih al-Bukhari, riwayat Huzaifah ibnu
al-Yaman :
كَانَ الـنَّاسُ
يَسْـَأَلُونَ رَسُـولَ الِله
عَنِ الْخَيْر ِ وكُنْـتُ أسْـألُهُ
عَن ِ الشَّـرِّ مَخَـافَة َ أَنْ
يُدْركَـنِي
Maksunyda: Orang ramai sering bertanyakan kepada
rasulullah saw tentang kebaikan, tetapi aku sering bertanyakan kepada baginda tentang kejahatan kerana takut ia akan menimpaku (
dalam keadaan aku tidak menyedarinya).
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.
Bibliografi
Al-Quran
al-Karim.
Al-‘Aqil, Dr. Muhammad bin ‘Abd
al-Wahhab. 1419H-1998. Manhaj al-Imam al-Shafi‘i fi Ithbat al-‘Aqidah.
Al-Riyad: Adwa’ al-Salaf.
Al-‘Aql, Dr. Nasir Abd al-Karim. 1417H.
Al-Halqah al-Thaniyah al-Ahwa’ wa al-Firaq wa al-Bida‘ ‘Ibr Tarikh al-Islam.
Al-Riyad: Dar al-Watan
Al-‘Aql, Dr. Nasir Abd al-Karim. 1417H.
Manahij Ahl al-Ahwa’ wa al-Iftiraq wa al-Bida‘ wa Usuluhum wa Simatuhum.
Al-Riyad: Dar al-Watan
Al-Amin, al-Sadiq al-Amin. 1418H-1998.
Mauqif al-Madrasah al-‘Aqliyyah min al-Sunnah al-Nabawiyyah. Al-Riyad: Maktabat
al-Rushd.
Al-Athari, Ali bin Hasan bin Ali bin Abd al-Hamid.
1414h. Al-Tasfiyah wa al-Tarbiyah wa Atharuhuma fi Isti’naf al-Hayah
al-Islamiyyah. Riyadh: Dar al-Tauhid li al-Nashr wa al-Tawzi‘.
Al-Qausi, Dr. Mufrih bin Sulaiman.
Al-Manhaj al-Salafi Ta‘rifuh Tarikhuh Majalatuh Qawa‘iduh Khasa’isuh. Al-Riyad:
Dar al-Fadilah.
Al-Razi, Fakhr al-Din. 2001. Asas
al-Taqdis. Tahqiq Dr. Ahmad Hijazi al-Saqa. Al-Qahirah: Maktabat al-Kulliyyat
al-Azhariyyah.
Dr. Muhamad Yusri. 1426H-2005.
Al-Mubtadi ‘ah wa Mauqif Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah minhum. Dar Taibah
al-Khadra’.
[1] Kertas kerja
Ini disediakan untuk Wacana Methodhologi Ahlussunnah Wal Jamaah
Dalam Usul & Muamalat, 26
Jun 2011 bersamaan 24 Rejab 1432H, di MEDIU, Plaza Masalam, Shah Alam.
[3] Al-Athari, Ali bin Hasan bin
Ali bin Abd al-Hamid. 1414h. Al-Tasfiyah wa al-Tarbiyah wa Atharuhuma fi
Isti’naf al-Hayah al-Islamiyyah. Riyadh: Dar al-Tauhid li al-Nashr wa
al-Tawzi‘. Hlm. 34-94.
[4] Al-Razi, Fakhr al-Din. 2001.
Asas al-Taqdis. Tahqiq Dr. Ahmad Hijazi al-Saqa. Al-Qahirah: Maktabat
al-Kulliyyat al-Azhariyyah.
0 comments:
Post a Comment