RSS Feeds

Translate


6.06.2013

Manhaj ASWJ dalam menilai fakta

huruf pertama Cetak Halaman
 


MANHAJ AHLI AL-SUNNAH WAL-JAMAAH DALAM MENILAI FAKTA

Fadlan bin Mohd. Othman
Jabatan Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
أما بعد؛


1-      KEWAJIPAN MEMASTIKAN KESAHIHAN FAKTA[1]:

Firman Allah Ta’ala (al-Hujurat 49:6):
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) óOä.uä!%y` 7,Å$sù :*t6t^Î/ (#þqãY¨t6tGsù br& (#qç7ŠÅÁè? $JBöqs% 7's#»ygpg¿2 (#qßsÎ6óÁçGsù 4n?tã $tB óOçFù=yèsù tûüÏBÏ»tR ÇÏÈ  
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.


كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع  (مسلم في المقدمة)
Maksudnya: Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.

Al-Imam Muhammad Ibn Sirin (110H) telah berkata:
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم (مسلم في المقدمة)
Maksudnya: Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah) adalah din (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.

2-      LANGKAH-LANGKAH PENAPISAN FAKTA:

2.1.Wajib mengambil fakta –pertama sekali- daripada Allah (al-Quran) dan RasulNya (al-Sunnah):
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qãBÏds)è? tû÷üt/ Äytƒ «!$# ¾Ï&Î!qßuur ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# ììÏÿxœ ×LìÎ=tæ ÇÊÈ  
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujurat 49:1)

2.2.Sekiranya berlaku pertembungan fakta, wajib mengembalikan fakta kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (al-Sunnah):[2]
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãèÏÛr& ©!$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# Í<'ré&ur ͐öDF{$# óOä3ZÏB ( bÎ*sù ÷Läêôãt»uZs? Îû &äóÓx« çnrŠãsù n<Î) «!$# ÉAqߧ9$#ur bÎ) ÷LäêYä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ß`|¡ômr&ur ¸xƒÍrù's? ÇÎÒÈ  
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Al-Nisa 4:59)

2.3.Wajib bagi semua muslim menerima usaha mengembalikan fakta kepada Allah dan RasulNya.

2.4.Sekiranya dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk kembali kepada Allah dan RasulNya, dan masih wujud juga pertelagahan, wajib melantik pengadil yang mengadili antara mereka berdua.

2.5.Wajib kembalikan fakta yang diperselisihkan kepada ulil-amr (pemerintah dan ulamak) selepas al-Quran dan al-Sunnah:
#sŒÎ)ur öNèduä!%y` ֍øBr& z`ÏiB Ç`øBF{$# Írr& Å$öqyø9$# (#qãã#sŒr& ¾ÏmÎ/ ( öqs9ur çnrŠu n<Î) ÉAqߧ9$# #n<Î)ur Í<'ré& ̍øBF{$# öNåk÷]ÏB çmyJÎ=yès9 tûïÏ%©!$# ¼çmtRqäÜÎ7/ZoKó¡o öNåk÷]ÏB 3 Ÿwöqs9ur ã@ôÒsù «!$# öNà6øŠn=tã ¼çmçGuH÷quur ÞOçF÷èt6¨?]w z`»sÜøŠ¤±9$# žwÎ) WxŠÎ=s% ÇÑÌÈ  
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (al-Nisa 4:83)

2.6.Wajib menerima penyelesaian pengadil selagi tidak menyalahi al-Quran, al-Sunnah atau al-Ijmak.

2.7.Sesiapa yang mengajak kepada penyelesaian pengadil atau menerimanya, maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dan bersifat dengan sifat orang-orang yang beriman dan berjaya:
$yJ¯RÎ) tb%x. tAöqs% tûüÏZÏB÷sßJø9$# #sŒÎ) (#þqããߊ n<Î) «!$# ¾Ï&Î!qßuur u/ä3ósuÏ9 öNßgoY÷t/ br& (#qä9qà)tƒ $uZ÷èÏJy $uZ÷èsÛr&ur 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd tbqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÎÊÈ  
Maksudnya: Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan. (al-Nur 24:51)

2.8.Sesiapa yang diajak kepada penyelasian pengadil lalu menolak, maka dia telah berlaku zalim dan bersifat dengan sifat orang-orang munafiq:
#sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% öNçlm; (#öqs9$yès? 4n<Î) !$tB tAtRr& ª!$# n<Î)ur ÉAqߧ9$# |M÷ƒr&u tûüÉ)Ïÿ»uZßJø9$# tbrÝÁtƒ šZtã #YŠrßß¹ ÇÏÊÈ  
Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

2.9.Mengenal pasti pembawa fakta:[3]
2.9.1.      Golongan fasiq.
2.9.2.      Ahli bid‘ah.
2.9.3.      Musuh dakwah.
2.9.4.      Golongan yang fanatik.
2.9.5.      Golongan yang hasad.

2.10.                    Mengkaji isi kandungan fakta:
2.10.1.  Perbandingan fakta dengan sumber yang lebih kuat.
2.10.2.  Kewarasan dan kemunasabahan fakta.
            Al-Imam Ibn al-Jauzi telah berkata:
إذا رأيت الحديث يباين المعقول أو يخالف المنقول أو يناقض الأصول فاعلم أنه موضوع (تدريب الراوي للسيوطي)
Maksudnya: Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahuilah ianya hadith yang palsu.
2.10.3.  Kesesuaian fakta dengan tarikh.

2.11.                    Tidak terlalu cepat mengeluarkan hukum:[4]
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْأَشَجِّ أَشَجِّ عَبْدِ الْقَيْسِ إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ  (مسلم: 24)
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah berkata kepada al-Ashaj dari kabilah Abdul Qais, “Sesungguhnya di dalam diri kamu terdapat dua sifat yang disukai Allah; kewarasan dan tenang.”
2.12.                    Hukum ke atas perbuatan dan bukannya pembuat:
يَا أَبَا ذَرٍّ أَعَيَّرْتَهُ بِأُمِّهِ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ (مسلم: 29)
Maksudnya: Wahai Abu Zar,  adakah engkau menghinanya dengan ibunya? Sesungguhnya engkau seorang lelaki yang mempunyai satu sifat jahiliyyah.

2.13.                    Tidak membidas (jarh) pembuat dengan bidasan yang keras:
أُتِيَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَدْ شَرِبَ الْخَمْرَ قَالَ [ اِضْرِبُوْهُ.] قَالَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ : فَمِنَّا الضَّارِبُ بِيَدِهِ وَالضَّارِبُ بِنَعْلِهِ وَالضَّارِبُ بِثَوْبِهِ. فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ: أَخْزَاكَ اللهُ. قَالَ [ لاَ تَقُوْلُوْا هَكَذَا، لاَ تُعِيْنُوْا عَلَيْهِ الشَّيْطَانَ.] (البخاري: 6279)
Maksudnya: Seorang lelaki yang telah minum arak telah dibawa kepada Nabi. Baginda mengarahkan, “Pukul dia.” Berkata Abu Hurairah, “Maka di antara kami, ada yang memukul dengan tangan, memukul dengan kasut, dan memukul dengan pakaian. Apabila dia berpaling (untuk pulang), beberapa orang dari kaum yang hadir telah berkata, “Semoga Allah menghina kamu.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Jangan kamu semua sebut begitu, jangan membantu syaitan merosakkannya.”

3-      KESIMPULAN:

Di akhir nota ringkas yang merupakan kata-kata kunci kepada tajuk perbincangan, ingin saya mengutarakan beberapa formula yang seharusnya digunapakai oleh semua muslim umumnya dan semua pelajar khususnya, seperti berikut:
1.      Formula (نصحح ولا نجرح / Kita memperbaiki dan bukannya membidas) atau (نخطئ ولا نطعن / Kita menyanggah dan bukannya menuduh)!
2.      Formula (إذا حكمت حوكمت، وإذا تعلمت هديت، وإذا دعوت أجرت / Jika anda menghukum anda akan diadili, jika anda belajar anda akan diberi petunjuk dan jika anda berdakwah anda akan diberi ganjaran)![5]

Di samping itu saya ingin juga mengutarakan nasihat-nasihat berikut:
1.      Utamakan ilmu, amalan dan dakwah; jangan sibuk dengan perkara yang merosakkan 3 rangkai ini.
2.      Beri perhatian kepada perkara yang anda akan disoal tentangnya kelak; abaikan perkara yang tidak akan disoal kepada anda.
3.      Carilah perkara yang memberi manfaat kepada anda; abaikan perkara yang tidak bermanfaat.
4.      Usahakan apa yang termampu atau dalam bidang kuasa anda; tinggalkan apa yang tidak termampu atau di luar bidang kuasa anda.
5.      Junjung dalil al-Quran dan al-Sunnah mengikut kefahaman generasi perintis umat; jauhi fanatik terhadap sesiapa sahaja selain dua sumber agung ini.[6]

Semoga kita semua mendapat petunjuk kepada kebenaran dan kekuatan untuk mengamalkannya serta petunjuk tentang kebatilan dan kekuatan untuk meninggalkannya.

Segala puji bagi Allah Ta‘ala jua, Yang telah menyempurnakan amalan baik dengan izinNya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan saudara-saudara baginda.


[1] Sila lihat: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-tokohnya, Karya Bestari, Hlm. 11.
[2] Untuk fakta ‘2.2’ hingga ‘2.8’, sila lihat: ‘Ar‘ur, Manhaj al-I‘tidal Fi Qadaya al-Iman wal-Tabdi‘ wal-Takfir wa Fi Naqd al-Jama‘at wal-Rijal wa Turuq al-Taghyiir, al-Riyadh: Dar al-Tabi‘in, 1423H-2002, Hlm. 186-187.
[3] Untuk fakta ‘2.9’ hingga ‘2.10’, sila lihat: Dr. Mohd Asri, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-tokohnya, Hlm. 21-38.
[4]  Untuk fakta ‘2.11’ hingga ‘2.13’, sila lihat:  Kertas kerja ketiga ‘Adab-adab Berbeza Pendapat Dalam Islam’ (oleh Fadlan Mohd. Othman) yang telah dibentangkan di Seminar Adab-adab Berbeza Pendapat Dalam Islam, di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, anjuran bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur dan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia, pada 24-9-2005.
[5] Sila lihat: ‘Ar‘ur, Manhaj al-I‘tidal, Hlm. 198.
[6] Ibid, Hlm. 210.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails