RSS Feeds

Translate


9.26.2011

Pensyariatan dan pelaksanaan Hudud

Cetak Halaman Kita terima hudud seratus peratus.
Orang yang menolak pensyariatan hudud, tiada sebarang syak bahawa dia telah murtad jika sebelum itu dia Muslim. Akan tetapi, dari sudut pelaksanaan, untuk mencapai aplikasi hudud yang cemerlang, kita harus melalui pelbagai proses seperti pemahaman kepada masyarakat baik yang Muslim mahupun kafir, penyediaan infrastuktur kehidupan yang sesuai untuk semua dan meneliti sudut keselamatan Negara.
Apapun yang terpenting ialah usaha bersepadu untuk memperkasa dakwah semula baik kepada Muslim mahupun Kafir. Jika masyarakat tak bersedia, dikhuatiri Umat Islam sendiri menolak hudud sebelum Umat Kafir, seperti yang pernah berlaku di beberapa negara Umat Islam.

Dari sudut Sirah, pelaksanaan hudud berlaku selepas wujudnya kerajaan dan masyarakat yang memahami Islam dari sudut Akidah terlebih dahulu disusuli dengan penerimaan total terhadap kepimpinan Rasulullah saw sebagai sumber Syariat.

Jika ditanya sampai bila kita perlu berdakwah? Sudah puluhan tahun dakwah dilaksanakan, adakah belum sampai masanya lagi? Jawapannya ialah kita dituntut untuk berusaha secara berterusan. Jika benar dakwah kita ikhlas dan menyeluruh di mana Umat Islam benar-benar menjadi contoh dalam ikutan mereka terhadap Rasulullah s.a.w. yang membawa konsep "rahmatan lil'alamin", maka ya tibalah masanya untuk perlaksanaan hudud.

Akan tetapi, jika Umat Islam masih dibelenggu dengan pelbagai masalah dalaman dan masih tidak jelas jati dirinya, selagi itulah dakwah bersepadu perlu dipergiat dan diperkasa. Pada peringkat awalan ini, matlamat utama yang wajar ialah pembentukan individu Muslim yang mampu menerima kebaikan orang lain dan mengakui kesilapan diri sendiri; satu petunjuk bahawa di dalam diri ada keinsafan dan keadilan.

1 comments:

Anonymous said...

Saya ada 1 kisah yg mg terjadi pd ahli keluarga saya. Nenek sy tggal d kampung (atuk sy dh mninggal dunia) yg mana kwsnnya 'bendera hijau'. Itu x mengapa.

Yg mjadi mslhnya adalah msyrkt kampung tu yg fanatik. Utk makluman, ya nenek sy org 'bendera merah'. Apabila lalu dpn rumah nenek sy akan disebut kuat2 "kafir2". Masa atuk sy mninggal pun cuma bbrapa kerat shj yg dtg ziarah. Sedih.

Apakah ini yg dikatakan pjuangan ISLAM? Kenapa bendera hijau x betul2 terapkan ISLAM yg sbnr dlm diri para pengundinya dahulu? Inikah contoh moral ISLAM msyrkt kampung yg bbendera hijau di situ?

Hurm :(

Related Posts with Thumbnails