RSS Feeds

Translate


9.28.2011

Kuatkan bahasa Arab anda!

Cetak Halaman

Saranan untuk menguatkan bahasa Arab!

Assalamu alaikum ikhwah yang dikasihi sekelian. Semalam, semasa saya memandu kereta untuk pulang dari UKM ke rumah, saya merasakan ada baiknya jika saya berkongsi apa yang telah saya sarankan kepada pelajar-pelajar dan rakan-rakan saya di UKM untuk menguatkan bahasa Arab.

Saranan itu sebenarnya merupakan satu perkara yang pernah saya sendiri lakukan 22 tahun lepas. Saya diberikan satu kaset (semasa itu komputer masih di zaman permulaan) yang bertajuk al-Taubah al-Sadiqah oleh al-Shaikh Sa‘d al-Braik. Sayapun mendengar dari mula hingga akhir, dan bayangkan, berapa peratuskah yang saya faham? Emm, saya rasa hanya sekitar 5 peratus sahaja. Lalu, sayapun mengulangi kaset itu dan mencatatkan mufradat atau vocabulary yang terdapat dalam kaset itu dengan membuka kamus. Dan begitulah saya lakukan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Alhamdulillah saya dapat menikmati kehebatan isi kaset itu secara menyeluruh.

Justeru, saya ingin menyarankan kepada ikhwah sekelian agar mencuba cara ini. Sudah tentu usaha ini memerlukan kesabaran. Akan tetapi saya merasakan usaha ini jauh lebih mudah sekarang jika dibandingkan dengan dua puluh tahun lepas. Manakan tidak, sekarang ini kita hanya perlu ada komputer dan internet lalu;

1- Kita dapat memilih mana-mana ceramah bahasa Arab yang telah dimuatnaik ke dalam internet.

2- Kita dapatlah mencatat perkataan yang tidak difahami terus ke dalam fail Words.

3- Kita boleh bertanya ‘Shaikh Google Translate’ berkenaan perkataan yang tidak difahami itu.

4- DAN, akhirnya dengan satu ceramah, kita akan dapat begitu banyak mufradat atau vocabulary!

Ikhwah yang dikasihi sekelian, cubalah cara ini, semoga Allah Ta‘ala memudahkan usaha kita untuk menguatkan penguasaan bahasa Arab kita. Cuma, nasihat saya, jika anda berjaya menyelesaikan satu ceramah, janganlah berhenti pula! Sebaliknya hendaklah anda teruskan dan teruskan…

Selamat mencuba, semoga Allah mempermudahkan usaha anda!

Nota: berikut adalah link ceramah yang saya dengar 22 tahun lepas :

http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=audioinfo&audioid=107291

1 comments:

pastmemories said...

MashaAllah Ustaz. harap ustaz boleh bagi lebih banyak post tentang mempelajari bahasa arab ni.

Saya sendiri dalam proses mempelajari bahasa arab secara sendiri. Dan mungkin ustaz boleh ulaskan tips-tips yang ustaz gunakan untuk memantapkan bahasa arab ustaz.

Pos ustaz ni memang membakar kembali semangat saya untuk belajar bahasa arab. Harap ada post seumpama ini lagi. Bitaufiq

Related Posts with Thumbnails