RSS Feeds

Translate

8.12.2008

Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati

Pandangan al-Imam al-Syafi'i terhadap menghadiahkan bacaan kepada orang yang sudah mati
(menurut al-Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-Najm 53, ayat 39:)

Berkata al-Imam Ibnu Kathir:
(( Dan daripada ayat yang mulia ini, al-Imam al-Syafi’i rahimahullah dan orang yang mengikutinya telah beristinbat bahawa bacaan itu tidak sampai hadiah pahalanya kepada orang-orang yang mati kerana ianya bukan daripada amalan mereka dan bukan juga daripada usaha mereka. Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w. tidak mensunatkannya ke atas umatnya dan tidak pula menggalakkan mereka kepadanya atau menunjukkan mereka kepadanya samada dengan nas mahupun isyarat. Perkara ini tidak pula dinukilkan daripada seorangpun para sahabat r.a. Jika perkara ini baik pasti mereka akan mendahului kita kepadanya.

Perbincangan tentang al-qurubat (perkara yang mendekatkan kepada Allah) adalah perkara yang dibataskan kepada nas-nas dan tidak sekali-kali boleh diuruskan oleh jenis-jenis qiyas mahupun pendapat.

Berkenaan doa dan sedekah, kedua perkara ini telah disepakati sampai pahalanya dan dinyatakan berkenaannya dalam syarak.

Berkenaan hadith yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Sekiranya mati seorang insan, amalannya terputus kecuali daripada tiga: daripada anak salih yang mendoakannya, atau sedekah berterusan selepasnya, atau ilmu yang dimanfaatkan.” Tiga perkara ini sebenarnya adalah daripada usahanya, titik peluhnya dan amalannya, seperti mana terdapat dalam hadith: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah daripada usahanya. Dan sesungguhnya anaknya adalah daripada usahanya.”

Sedekah yang berterusan seperti waqaf dan sebagainya adalah daripada kesan amalannya dan waqafnya. Allah Ta’ala telah berfirman (Yasin: 12): “Sesungguhnya kami yang menghidupkan orang yang mati dan kami catatkan apa yang mereka dahulukan dan juga kesan-kesan mereka.”
Ilmu yang disebarkannya kepada manusia lalu diteladani oleh manusia selepasnya juga adalah daripada usahanya dan amalannya. Telah terdapat dalam hadith sahih: “Sesiapa yang mengajak kepada hidayat, dia akan dapat pahalanya seperti pahala-pahala orang yang meneladaninya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun.” ))

Cetak Halaman

6 comments:

faisol said...

terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Ahmad said...

Assalamu'alaikum Ustaz,
Petikan drpd Abassommar:


Allaamah al-Qurtubi [ra] states that, 'Some of our Ulama have based the permissibility of Isaal-e-Sawaab of the recitation of the Qur'aan on the Hadith of Sahih Bukhari (Hadith216, 1361) and Sahih Muslim wherein there is mention of Rasulullah [Sallallaahu Alayhi Wasallam] placing fresh branches on 2 graves and He [Sallallaahu Alayhi Wasallam] said, 'Perhaps their punishment will be lightened through it as long as the branches do not dry up.' (The Ulama explain the reason for this to be the Tasbeeh that those fresh branches will recite).

Allaamah al-Qurtubi further states, 'If the Tasbeeh of trees can benefit the deceased, then why not the recitation of the Qur'aan by a believer in Allah?' (Al-Tazkirah pg.70)

Apa pandangan Ustaz?

yasir said...

saya nak respon komen dari ahmad, kalau salah tolong betulkan ustaz or elaborate ke.

yg hadis nabi letak pelepah kurma tu, perbuatan tu khusus untuk nabi sahaja dan nabi hanya buat tu sekali sahaja. dan sahabat2 lain yg tahu pun tak pernah tiru perbuatan nabi tu.

WA.

Fadlan_Mohd_Othman said...

salam kepada semua,
akhi Ahmad, menurut apa yang saya pelajari dahulu, perbuatan Nabi meletakkan dua pelepah kurma pada kubur itu adalah khas untuk Nabi. betul kata Yasir tu. antara dalilnya ialah tiada seorangpun para sahabat yang mengikuti perbuatan itu semasa menziarahi mana-mana kubur. ini menunjukkan perkara tersebut tidak disyariatkan untuk selain Nabi. wAllahu a'lam.

Anonymous said...

Ustaz, dalil khusus tu menunjukkan larangan terhadap umatnya ker? Kasi kuat sikit hujah tu supaya orang lebih yakin. Maaf yer.

Fadlan_Mohd_Othman said...

salam alaikum, bila disebut dalil khusus, ertinya khas untuk Nabi, orang lain tak boleh buat. contoh lain seperti kahwin lebih dari 4, hanya untuk Nabi s.a.w. sahaja. orang lain tak boleh.

Related Posts with Thumbnails