1.5.Konsep
Terperinci Penjanaan Taqwa Dalam
Bulan Ramadan (Perintah)
·
Bersabar di hadapan provokasi. Sabda Rasulullah s.a.w.:
قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ
آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ
جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ
فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ
اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا
أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ. [1]
Maksudnya: Allah berfirman, {Setiap amalan anak Adam
adalah untuk dirinya kecuali puasa, ianya adalah untukKu dan Akulah yang akan
memberi ganjarannya}. Puasa adalah perisai. Jika tiba hari puasa salah seorang
dari kamu, janganlah dia bercakap lucah atau berjimak dan mengangkat suaranya.
Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebut, ‘Saya
berpuasa.’ Demi tuhan yang jiwa Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut
orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada kasturi. Orang yang
berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; semasa dia berbuka dia akan gembira dan
semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya.
Ø Penerapan taqwa: Puasa
mendidik muslim agar menahan dirinya daripada pergaduhan. Dengan ini puasa
mendidik sifat mulia iaitu sifat sabar dalam jiwa muslim. Setelah diterapkan
sifat ini, hendaklah diteruskan walaupun Ramadan telah berakhir. Tidak
dinafikan bahawa praktikal sifat ini adalah begitu sukar. Oleh itu, Allah
menjanjikan pahala yang tidak terhad kepada orang yang sentiasa bersabar.
Firman Allah Ta‘ala (al-Zumar 39:10):
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad,
akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai
hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah)
orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar
di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu
ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
Ø
Sekiranya sifat sabar dapat diterapkan maka sempurnalah
agama seseorang muslim itu. Ini kerana sabar itu merangkumi tiga aspek utama
penghayatan agama iaitu:
i.
Sabar dalam mengamalkan ketaatan.
ii.
Sabar dalam meninggalkan maksiat
iii.
Cekal dalam menghadapi musibah.
0 comments:
Post a Comment