RSS Feeds

Translate


7.23.2013

Hikmah Ramadan_5



1.3.Konsep Terperinci Penjanaan Taqwa Dalam Bulan Ramadan (Perintah)

·                     Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا  [1]
Maksudnya: “Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa, dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun.

Ø   Penerapan taqwa: Memberi makan adalah satu amalan murni di mana ianya menggambarkan kesucian hati dan kesanggupan untuk berkongsi. Di dalam bulan-bulan lain, amalan mulia ini hendaklah diteruskan semata-mata mengharapkan pahala daripada Allah Ta‘ala. Firman Allah Ta‘ala (al-Insan 76:8):


Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.   


[1]  HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Man Fattar Saima, No. 735. Dihukum Sahih oleh al-Albani.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails