RSS Feeds

Translate


5.31.2013

Menggenggam Bara Api

huruf pertama Cetak Halaman



Menggenggam Bara Api: Antara Motivasi dan Tribulasi

Dr Fadlan Mohd Othman
Student Affairs Division
Al-Madinah International University
 
 
[ فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامًا الصَّبْرُ فِيهِنَّ مِثْلُ الْقَبْضِ عَلَى الْجَمْرِ ] رواه الترمذي
Sesungguhnya di belakang kamu kelak merupakan hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran di masa itu seperti memegang bara api.

Siri 1- HADITH TENTANG ORANG ASING:

Di dalam sebuah hadith Rasulullah r telah bersabda di dalam sebuah hadith riwayat Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ.][1]

Maksudnya: Sesungguhnya Islam telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia mula. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu.

Dalam riwayat lain:

عن عَبْد اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِي قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ وَنَحْنُ عِنْدَهُ [طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ] فَقِيلَ مَنْ الْغُرَبَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ [أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِي أُنَاسِ سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ] [2]

Maksudnya: Sepohon pokok (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Maka ditanya; Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Mereka ialah orang-orang yang saleh di kalangan jumlah manusia rosak yang banyak, orang yang mengingkari mereka lebih banyak dari orang yang mentaati mereka.

Dalam riwayat lain:

عَنْ جَدِّهِ (عمرو بن عوف بن زيد) أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ [ إِنَّ الدِّينَ بَدَأَ غَرِيبًا وَيَرْجِعُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي.] [3]

Maksudnya: Sesungguhnya agama ini telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Mereka ialah orang-orang yang memulihkan sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia selepasku.


Siri 2- CIRI-CIRI ORANG ASING DAN GANJARAN MEREKA:

Secara menyeluruh, orang-orang asing ini mempunyai ciri-ciri berikut:
1-                       Beramal saleh menepati ikhlas dan sunnah.
2-                       Menghidupkan, mempertahankan serta menyebar sunnah Rasulullah r.

Di dalam sebuah hadith, Rasulullah r telah menerangkan ganjaran mereka yang berpegang dengan ajaran Islam di akhir zaman seperti berikut:

عَنْ أَبِي أُمَيَّةَ الشَّعْبَانِيِّ قَالَ أَتَيْتُ أَبَا ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيَّ فَقُلْتُ لَهُ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهَذِهِ الْآيَةِ قَالَ أَيَّةُ آيَةٍ قُلْتُ قَوْلُهُ تَعَالَى يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ قَالَ أَمَا وَاللَّهِ لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْهَا خَبِيرًا سَأَلْتُ عَنْهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَلْ ائْتَمِرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنَاهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ حَتَّى إِذَا رَأَيْتَ شُحًّا مُطَاعًا وَهَوًى مُتَّبَعًا وَدُنْيَا مُؤْثَرَةً وَإِعْجَابَ كُلِّ ذِي رَأْيٍ بِرَأْيِهِ فَعَلَيْكَ بِخَاصَّةِ نَفْسِكَ وَدَعْ الْعَوَامَّ فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامًا الصَّبْرُ فِيهِنَّ مِثْلُ الْقَبْضِ عَلَى الْجَمْرِ لِلْعَامِلِ فِيهِنَّ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلًا يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِكُمْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ وَزَادَنِي غَيْرُ عُتْبَةَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنَّا أَوْ مِنْهُمْ قَالَ بَلْ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ.]  [4]

Maksudnya: Daripada Abu Umayyah al-Sya‘bani berkata, “Aku telah datang kepada Abu Tha‘labah al-Khusyani dan bertanya: Bagaimanakah tafsiran kamu terhadap ayat ini? Jawabnya: Ayat mana? Aku berkata: firman Allah Ta‘ala (Maksudnya: ) Katanya: Demi Allah, sesungguhnya kamu telah bertanya kepada orang yang mengetahui tentang tafsirnya. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah r, lalu Baginda menjawab “Maksudnya ialah: hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran sehinggalah apabila kamu melihat ketaatan terhadap rasa tamak, ikutan terhadap hawa nafsu, mendahulukan dunia dan rasa bangga seseorang itu terhadap pendapatnya; di masa itu hendaklah kamu menjaga diri kamu sendiri dan tinggalkanlah hal orang lain. Sesungguhnya di belakang kamu kelak merupakan hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran di masa itu seperti memegang bara api. Orang yang beramal dengan Islam di masa itu mendapat pahala lima puluh orang yang beramal seperti amalan kamu sekarang (sahabat).” –berkata Abdullah bin al-Mubarak: Seorang perawi selain Utbah telah menambah- ada orang yang bertanya: Wahai Rasulullah, adakah pahala lima puluh dari kalangan kami (sahabat) atau dari kalangan mereka? Jawab Rasulullah “Bahkan pahala lima puluh dari kalangan kamu (sahabat).”

Siri 3- PERBANDINGAN ANTARA DULU DAN SEKARANG (PERIHAL "ORANG ASING"):

Islam telah bermula dalam keadaan asing. Rasulullah r telah diutuskan membawa Islam yang berlandaskan Tauhid di dalam masyarakat Arab yang ditenggelami oleh syirik. Dengan ini dakwah Baginda adalah sangat asing dengan keadaan orang Arab waktu itu.

Rasulullah r memberitahu kita bahawa di akhir zaman nanti -kita termasuk juga dalam tempoh ini-, keadaan akan kembali seperti pada permulaan dakwah Islam. Syirik akan berleluasa, Tauhid akan menjadi perkara asing. Apabila Tauhid dinodai unsur-unsur syirik, Syari’ah juga turut ternoda dan rosak. Manakan tidak, sedangkan kita telahpun mengetahui bahawa Aqidah Tauhid adalah teras Syari’ah yang suci dari unsur-unsur syirik dan bid’ah.

Islam adalah suatu agama yang asing di kalangan agama-agama lain. Di dalam Islam itu sendiri, ASWJ juga adalah asing di kalangan pecahan golongan-golongan Islam yang lain.

Siri 4- BID’AH TIMBUL SUNNAH LENYAP (PERIHAL "ORANG ASING"):

Setiap kali satu bid’ah dicipta, pasti akan lenyap satu Sunnah. Seorang tabi‘in Hasan bin Atiyah telah berkata:

مَا ابْتَدَعَ قَوْمٌ بِدْعَةً فِي دِينِهِمْ إِلَّا نَزَعَ اللَّهُ مِنْ سُنَّتِهِمْ مِثْلَهَا ثُمَّ لَا يُعِيدُهَا إِلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. [5]

Maksudnya: Hasan bin Atiyah telah berkata: Tiada satupun kaum yang membuat bid’ah dalam agama mereka kecuali Allah Ta‘ala akan mencabut satu perkara yang sepertinya daripada sunnah mereka, dan kemudian Dia tidak akan mengembalikannya kepada mereka sehinggalah datangnya hari kiamat.

Lama kelamaan, sesiapa sahaja yang berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah r dalam Aqidah dan Syari’ah akan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan. Dia akan dituduh sebagai; sesat, pembawa bid’ah, mereka-reka benda baru, masih muda dan mentah, menentang amalan ‘ibadah’ yang diwarisi, kolot, pelampau dan lain-lain lagi.

Pada hakikatnya, merekalah orang-orang asing itu.. Merekalah yang akan mendapat ganjaran sepohon pokok di syurga kelak. Ini adalah janji dari Allah Ta’ala untuk mereka kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh menentang arus yang keras lagi kuat. Mereka perlu kepada dua perkara dalam memastikan kesinambungan amalan mereka, iaitu:

1-                       Keyakinan (Keikhlasan) yang teguh.
2-                       Kesabaran yang kuat.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Sajdah (32: 24):

 

â $oYù=yèy_ur öNåk÷]ÏB Zp£Jͬr& šcrßöku $tR͐öDr'Î/ $£Js9 (#rçŽy9|¹ ( (#qçR%Ÿ2ur $uZÏG»tƒ$t«Î/ tbqãZÏ%qムÇËÍÈ á

Maksudnya: Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.

Sesungguhnya Rasulullah r telahpun memberitahu kita keadaan jalan ke neraka dan keadaan jalan ke syurga dengan sabdanya dalam sebuah hadith:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [ حُفَّتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ.] [6]

Maksudnya: Syurga itu telah dihiasi dengan perkara-perkara yang tidak disukai, dan neraka itu telah dihiasi dengan perkara-perkara yang sesuai dengan syahwat (hawa nafsu).


Siri 5- IMAN DAN PENGHARAPAN:

Di dalam melakukan suruhan dan meninggalkan larangan ajaran Islam, seseorang itu mestilah benar-benar beriman bahawa perkara tersebut disyari’atkan oleh Allah Tacala dan benar-benar mengharapkan ganjaran baik dari Tuhannya. Antara dalil yang menganjurkan dua perkara ini ialah:

1- Hadith pertama:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.] [7]

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang silam.

2- Hadith kedua:

عَنْ أَبِيهِ (عامر بن سعد بن أبي وقاص) أَنَّهُ كَانَ قَاعِدًا عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ إِذْ طَلَعَ خَبَّابٌ صَاحِبُ الْمَقْصُورَةِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ [ مَنْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ مِنْ بَيْتِهَا وَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ تَبِعَهَا حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ مِنْ أَجْرٍ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُحُدٍ] فَأَرْسَلَ ابْنُ عُمَرَ خَبَّابًا إِلَى عَائِشَةَ يَسْأَلُهَا عَنْ قَوْلِ أَبِي هُرَيْرَةَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَيْهِ فَيُخْبِرُهُ مَا قَالَتْ وَأَخَذَ ابْنُ عُمَرَ قَبْضَةً مِنْ حَصْبَاءِ الْمَسْجِدِ يُقَلِّبُهَا فِي يَدِهِ حَتَّى رَجَعَ إِلَيْهِ الرَّسُولُ فَقَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ صَدَقَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَضَرَبَ ابْنُ عُمَرَ بِالْحَصَى الَّذِي كَانَ فِي يَدِهِ الْأَرْضَ ثُمَّ قَالَ لَقَدْ فَرَّطْنَا فِي قَرَارِيطَ كَثِيرَةٍ. [8]

Maksudnya: Daripada Amir bin Sa‘d bahawa dia pernah duduk bersama Abdullah bin Umar apabila muncul Khabbab yang berkata: Wahai Abdullah bin Umar, tidak kamu mendengar apa yang dikatakan oleh Abu Hurairah bahawa dia telah mendengar Rasulullh r bersabda: “Sesiapa yang keluar mengiringi jenazah dari rumahnya (jenazah itu) dan sembahyang ke atasnya kemudian dia mengiringi jenazah itu sehingga ianya dikebumikan, dia akan memperoleh pahala sebanyak dua qirat, setiap satu bersamaan bukit Uhud. Sesiapa yang sembahyang ke atas jenazah kemudian pulang kerumahnya, dia akan memperoleh pahala seperti satu bukit Uhud.” Maka Ibnu Umar pun menghantar Khabbab supaya menanya Aisyah berkenaan kesahihan kata-kata Au Hurairah dan datang semula untuk memberitahu jawapan Aisyah. Sementara itu, Ibnu Umar memegang segenggam batu-batu masjid dan membalik-balikkannya dengan tangannya. Apabila utusannya pulang dan memberitahu bahawa Aisyah telah membenarkan kata-kata Abu Hurairah, Ibnu Umar membaling batu-batu itu ke tanah dan berkata: Sesungguhnya, kami telah melepaskan banyak qirat.

3- Hadith ketiga:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا. [9]

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah bahawa seorang badawi telah datang kepada Rasulullah r dan berkata: Tunjukkanlah aku satu amalan, sekiranya aku beramal dengannya, aku akan masuk syurga. Jawab Baginda: “Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkannya sesuatupun, mendirikan solat yang difardhukan, menyelaraskan zakat yang difardhukan dan kamu berpuasa bulan Ramadhan.” Dia berkata: Demi tuhan yang jiwaku berada di dalam tanganNya, aku tidak akan tambah amalan lain selain amalan-amalan ini. Selepas lelaki itu pergi, Rasulullah r bersabda: “Sesiapa yang ingin melihat lelaki dari kalangan ahli syurga, bolehlah dia melihat lelaki ini.”


Siri 6- KAITAN ANTARA HAQ DAN BILANGAN:

Sesungguhnya bilangan yang sikit tidak sekali-kali menjadi dalil bahawa sesuatu perkara itu tidak benar / haq. Yang haq itu dikenalpasti dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya dengan jumlah orang yang beramal dengannya. Di antara ayat-ayat yang menerangkan perkara ini ialah:

1- Firman Allah Ta‘ala dalam surah Al-An’aam 6:116):

â bÎ)ur ôìÏÜè? uŽsYò2r& `tB Îû ÇÚöF{$# x8q=ÅÒム`tã È@Î6y «!$# 4 bÎ) tbqãèÎ7­Ftƒ žwÎ) £`©à9$# ÷bÎ)ur öNèd žwÎ) tbqß¹ãøƒs ÇÊÊÏÈ á

Maksudnya: Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap allah).

2- Firman Allah Ta‘ala dalam surah Saba (34:13):
â ×@Î=s%ur ô`ÏiB yÏŠ$t6Ïã âqä3¤±9$# ÇÊÌÈ á
Maksudnya: Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih.


Kesimpulannya, hendaklah orang yang benar-benar inginkan kebenaran kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pada masa yang sama dia mesti ingat bahawa dengan memasuki jalan ini, bermakna dia akan menjadi orang asing. Di dalam mengharungi rintangan-rintangan sepanjang jalan yang mulia ini, hendaklah dia sentiasa ikhlas dan sabar sehinggalah Allah Ta’ala meredhainya. Itulah sebenarnya tujuan murni dan destinasi sejati kehidupan di dunia ini menuju alam ukhrawi…



[1]  صحيح مسلم رقم (145) كتاب الإيمان باب (65) بيان أن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا وإنه يأرز بين المسجدين.
[2]   مسند أحمد رقم (6650)
[3]  سنن الترمذي رقم (2630) باب (13) ما جاء أن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا.
[4] سنن الترمذي رقم (3058). وقال الألباني في صحيح الترغيب: صحيح لغيره رقم 3172.

[5] رواه الدارمي رقم 98
[6] رواه مسلم ك الجنة وصفت نعيمها وأهلها رقم 5049
[7] رواه البخاري ك الإيمان ب صوم رمضان احتسابا من الإيمان رقم 37
[8] رواه مسلم  ك الجنائز ب فضل الصلاة على الجنائز واتباعها رقم 1574
[9] رواه البخاري ك الزكاة ب وجوب الزكاة رقم 1310
 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails