1-1- Aqidah adalah kata asas bagi;
عَقَدَ يَعْقِدُ عَقْداً وَعُقْدَةً وَعَقِيْدَةً
Dari sudut bahasa ia bererti satu ikatan yang kuat dan teguh.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Taha (20:27):
{وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِّسَانِيْ يَفْقَهُوْا قَوْلِيْ}
Maksudnya: DAN LEPASKANLAH KEKAKUAN (SIMPULAN) DARI LIDAHKU SUPAYA MEREKA MENGERTI PERKATAANKU.
FirmanNya lagi di dalam surah Al-Falaq (113:4):
{وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِيْ الْعُقَدِ}
Maksudnya: DAN DARI KEJAHATAN WANITA-WANITA TUKANG SIHIR YANG MENGHEMBUS PADA BUHULAN-BUHULAN.(SIMPULAN-SIMPULAN TALI).
1-2- Di dalam istilah syara’ pula aqidah ialah: kepercayaan yang teguh di dalam hati yang membawa kepada keyakinan dan seterusnya membuahkan ketenangan jiwa. Oleh itu syak dan was-was bukanlah aqidah.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Hujurat (49:15):
{إِنَّـمَا الْـمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوْا…}
Maksudnya: SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN HANAYALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA KEMUDIAN MEREKA TIDAK RAGU-RAGU …
1-3- Aqidah Islam berteraskan TAUHID:
Aqidah yang berteraskan Tauhid amat penting kerana inilah aqidah yang sahihah yang didokong oleh Nabi Adam dan seluruh nabi-nabi selepasnya sehinggalah ke Nabi Muhammad. Aqidah ini tetap dan tidak berubah sehinggalah ke akhir zaman nanti.
Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nahl (16:36):
{وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِيْ كُلِّ أُمَّةٍ رَسُوْلاً أَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْت}
Maksudnya: DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUTUSKAN RASUL PADA TIAP-TIAP UMAT (UNTUK MENYERU): “SEMBAHLAH ALLAH (SAHAJA) DAN JAUHILAH THAGUT ITU.”
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Anbiya’ (21:25):
{وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ إِلاَّ نُوْحِيْ إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُوْنِ}
Maksudnya: DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASULPUN SEBELUM KAMU MELAINKAN KAMI WAHYUKAN KEPADANYA, “BAHAWASANYA TIADA TUHAN YANG BERHAK DIABDIKAN DIRI KEPADANYA MELAINKAN AKU, MAKA BERIBADAHLAH KAMU SEKELIAN KEPADAKU.”
Lihatlah juga surah Hud (11:25-26) & (11:50) & (11:61) & (11:84), dan surah Al-A’raf (7:85) & (7:73) & (7:65)
Tidak dibenarkan bertolak ansur di dalam Aqidah. Di dalam sebuah hadith, seorang lelaki telah berkata:
مَا شَاءَ اللهُ وَشِئْتَ.
Yang bermaksud: Apa yang Allah kehendaki dan juga kamu.
Lalu Baginda telah menjawab dengan bersabda:
[ أَجَعَلْتَنِيْ مَعَ اللهِ عَدْلاً (وَفِيْ لَفْظٍ: نِدًّا )؟! لاَ، بَلْ مَا شَاءَ اللهُ وَحْدَهُ. ] رواه أحمد والبيهقي.
Maksudnya: Adakah kamu menjadikan aku sekutu bagi Allah! Tidak, bahkan apa yang Allah kehendaki, Dia satu sahaja.
Para nabi mempunyai aqidah yang serupa tetapi syariah mereka berbeza-beza bersesuaian dengan masa, tempat dan kaum mereka.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Maidah (5:48):
{لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً}
Maksudnya: UNTUK TIAP-TIAP UMAT TELAH KAMI JADIKAN SYARIAH DAN CARA PERJALANAN YANG JELAS.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
[ اَلأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ لِّعَلاَّتٍ، أُمَّهَاتُـهُمْ شَتَّى وَدِيْنُهُمْ وَاحِدٌ.] رواه أحمد وابن حبان والحاكم.
Maksudnya: Para nabi merupakan adik-beradik sebapa dan berlainan ibu, ibu-ibu mereka berlainan tetapi agama mereka satu. HR Al-Bukhari.
Adapun furu’ (cabang) iaitu syariah islamiyah, ia mepunyai beberapa sudut penting;
1- Syariah adalah sesuai untuk semua masa, tempat dan kaum kerana Al-Quran telah merangkumi semua nilai-nilai murni naluri (fitrah) kemanusiaan dan yang terdapat di dalam kitab-kitab yang diturunkan Allah Ta’ala sebelum ini. Perkara-perkara ini diterangkan secara terperinci.
Seperti: hukum membunuh, mencuri, riba, perkara haram dsb.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Maidah (5:48):
{وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْـحَقِّ مُصَدِّقاً لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ}
Maksudnya: DAN KAMI TELAH TURUNKAN Al-QURAN KEPADAMU DENGAN MEMBAWA KEBENARAN, MEMBENARKAN APA YANG SEBELUMNYA, IAITU KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN SEBELUMNYA, DAN PENGHUKUM TERHADAP KITAB-KITAB TERSEBUT.
2- Berkenaan perkara-perkara yang berbangkit mengikut peredaran zaman ke arah kemajuan duniawi, syariah ini mempunyai asas-asas yang mana dengannya seseorang mujtahid atau alim itu dapat mengeluarkan hukum Allah Ta'ala dalam perkara tersebut.
Seperti: tabung uji, klon dsb.
3- Berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan adat resam satu-satu kaum dan bangsa, Al-Quran telah meletakkan asas-asas yang mesti dipatuhi dan ia dapat menyesuaikan adat tersebut dengan ajaran Islam.
Seperti: menutup aurat dengan sebarang pakaian, makanan dan minuman yang halal dsb.
4- Di dalam syariah, umat Islam diberi kelonggaran untuk bertolak ansur. Asalkan sesuatu pendapat itu mempunyai dalil yang sahih dan mengandungi sudut-sudut kefahaman berlainan yang boleh diterima.
Antara peristiwa-peristiwa yang menetapkan perkara ini ialah:
4-1 Kisah solat asar di Bani Quraizah:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنه قال قال النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الأَحْزَابِ [ لاَ يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌ الْعَصْرَ إِلاَّ فِيْ بَنِـيْ قُرَيْظَةَ.] فَأَدْرَكَ بَعْضُهُمْ الْعَصْرَ فِيْ الطَّرِيْقِ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: لاَ نُصَلِّيْ حَتَّى نَأْتِيَهُمْ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ نُصَلِّيْ، لَمْ يُرِدْ مِنَّا ذَلِكَ. فَذُكِرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَلَمْ يُعَنِّفْ وَاحِداً مِنْهُمْ. رواه البخاري
Maksudnya: Diriwayatkan dari Ibnu Umar, beliau telah berkata: Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda pada hari Ahzab: Janganlah seorangpun mengerjakan solat asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah. Maka di dalam perjalanan, apabila masuk waktu asar, telah berkata satu kumpulan: Kita tidak boleh solat kecuali selepas tiba di kawasan mereka. Dan berkata satu kumpulan lagi: Kita mesti solat segera, bukan itu erti arahan Baginda. Kemudian perkara itu diberitakan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tetapi Baginda tidak memarahi seorangpun dari mereka.
4-2 Kisah puasa di dalam pengembaraan:
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قال : كُنَّا نُسَافِرُ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَلَمْ يَعِبْ الصَّائِمُ عَلَى الْمُفْطِرِ، وَلاَ الْمُفْطِرُ عَلَى الصَّائِمِ. رواه البخاري ومسلم.
Maksudnya: Diriwayatkan dari Anas Bin Malik, beliau berkata: Kami pernah bermusafir / mengembara bersama Nabi صلى الله عليه وسلم , dan orang yang berpuasa tidak memperlekehkan orang yang berbuka, dan tidak pula orang yang berbuka memperlekehkan orang yang berpuasa.
4-3 Kisah bacaan / qiraat:
عَنْ عَبْدِ اللهِ رضي الله عنه : أَنَّهُ سَمِعَ رَجُلاً يَقْرَأُ آيَـةً سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَرَأَ خِلاَفَهَا، فَأَخَذْتُ بِيَدِهِ فَانْطَلَقْتُ بِهِ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ [ كِلاَكُمَا مُحْسِنٌ فَاقْرَآ .] أَكْبَرُ عِلْمِيْ أَنَّهُ قَالَ [ فَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ اخْتَلَفُوْا فَأَهْلَكَهُمْ.] رواه البخاري
Maksudnya: Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Mas’ud: bahawa beliau telah mendengar seorang lelaki (Ubai Bin Ka’b) membaca sepotong ayat di mana beliau mendengar nabi membacanya dengan cara yang lain. Katanya: Maka aku segera memegang tangannya dan bergegas bertemu Nabi صلى الله عليه وسلم lalu Baginda bersabda: Kedua-dua kami telah berlaku baik. Bacalah (mengikut apa yang aku ajarkan kepadamu). Sesungguhnya umat sebelum kamu telah berselisihan dan ini telah membinasakan mereka.
Cetak Halaman
skip to main |
skip to sidebar
RSS Feeds
Pensyarah Kanan / Senior Lecturer Jabatan Pengajian Al-Quran Dan Al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Translate
Carian Al-Quran/Al-Hadith
Search in the Hadith |
Label
bernama TV
Ceramah Shaikh Salim al-Hilali di KGPA
Fiqhul Waqi'
Iman
Isu Semasa
Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah
Kelas agama
Manhaj ASWJ
Pendirian Muslim
Pengajaran Hidup
pengumuman
Permasalahan Dakwah
Permasalahan Fiqh
Permasalahan Hadith
Permasalahan Tafsir
Rakaman
Salam Pengenalan
Siaran langsung
Siasah
Solat
Sunnah
Taqwa
Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam
Statistik
Copyright 2009
Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman. Powered by Blogger
Blogger Showcase - Submit Your Blog Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress theme by Site5
Blogger Showcase - Submit Your Blog Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress theme by Site5
1 comments:
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Post a Comment