RSS Feeds

Translate


8.18.2008

Pedoman Rasulullah s.a.w. berkenaan pertemuan sesama saudara dan rakan.

Pedoman Rasulullah s.a.w. berkenaan pertemuan sesama saudara dan rakan .
1- Dalam keadaan bermukim (tidak mengembara):
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
رواه الترمذي كتاب الاستئذان والآداب باب ما جاء في المصافحة رقم 2728.

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya, seorang lelaki berkata, ‘Wahai Rasulullah, jika seorang lelaki di kalangan kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, bolehkan dia tunduk untuknya?’ Jawab Baginda, “Tidak.” Katanya lagi, ‘Adakah dia memeluknya dan mengucupnya?’ Jawab Baginda, “Tidak.” Katanya lagi, ‘Adakah dia mengambil tangannya dan bersalam dengannnya?’ Jawab Baginda, “Ya.” Abu Isa berkata, ‘Hadith ini Hasan.’
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا
رواه ابن ماجه كتاب الأدب باب المصافحة رقم 3702.
وقال الألباني صحيح دون فقرة المعاتقة.

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya, ‘Kami berkata, ‘Wahai Rasulullah, Adakah kami boleh tunduk sesama sendiri?’ Jawab Baginda, “Tidak.” ‘Adakah kami boleh peluk sesama sendiri?’ Jawab Baginda, “Tidak, akan tetapi hendaklah kamu semua bersalaman.”

Berdasarkan hadith di atas, jelaslah bahawa amalan sunnah semasa pertemuan sesama saudara dan rakan ialah bersalaman dan bukannya memeluk, melaga hidung, melaga pipi, mencium ataupun mengucup.
Al-Imam Ibn Hajar (dalam Fathul Bari edisi CD Hadith Encyclopedia) telah berkata: “al-Nawawi berkata, (Bersalaman semasa berjumpa ialah satu sunnah yang disepakati ulama).”
وَقَالَ النَّوَوِيّ : الْمُصَافَحَة سُنَّة مُجْمَع عَلَيْهَا عِنْد التَّلَاقِي.

Katanya lagi: “Dikecualikan daripada perintah umum untuk bersalaman, wanita asing dan lelaki muda yang cantik.”
وَيُسْتَثْنَى مِنْ عُمُوم الْأَمْر بِالْمُصَافَحَةِ الْمَرْأَة الْأَجْنَبِيَّة وَالْأَمْرَد الْحَسَن .

2- Berjumpa selepas pengembaraan.
عن أنس قال :كان أصحاب النبي (رسول الله) صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا وإذا قدموا من سفر تعانقوا.
أورده الحافظ زكي الدين عبد العظيم بن عبد القوي المنذري في الترغيب والترهيب وقال: رواه الطبراني ورواته محتج بهم في الصحيح.
وقال الألباني: حسن. (صحيح الترغيب والترهيب ج3 ص32 رقم2719).

Maksudnya: diriwayatkan daripada Anas bin Malik, ‘Dahulu, sahabat-sahabat Nabi / Rasulullah s.a.w., jika mereka bertemu mereka akan bersalaman. Jika mereka bertemu selepas pengembaraan, mereka akan berpelukan.’
Sekian, wAllahu A‘lam.

Cetak Halaman

3 comments:

y.mercury said...

ustaz, apa hukum selalu peluk cium mcm org arab tu? sheikh2 pun buat juga.

Fadlan-Mohd-Othman said...

asSalam alaikum Yasir, emm kalau ikut hadith tu memang tak patutlah kan. tapi kalau peluk cium kerana rindu atau lama tak jumpa insyaAllah tak pa.

Fadlan-Mohd-Othman said...

emm satu lagi, kena ingat bahawa sheikh2 tu tak pernah pun diiktiraf sebagai dalil dalam agama kita...

Related Posts with Thumbnails